Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.ra.ngi] | ممرڠي

Definisi : 1. berperang dgn, berperang melawan: senjata itu sekarang digunakan pula utk ~ rakyat Indonesia; 2. melawan, membasmi, menghapuskan: faham-faham yg berdasarkan syirik mestilah diperangi habis-habisan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.ra.ngi] | ممرڠي

Definisi : 1 membuat serangan tentera terhadap; berperang dgn; memulakan perang terhadap: Raja Haji Ali dan Raja Hussain datang mengadap baginda kerana merundingkan hal hendak ~ Ratih. 2 menentang sesuatu supaya hapus; melawan utk membasmi sesuatu: ~ kemiskinan di kalangan penduduk luar banar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perang
Kata Terbitan : peperangan, berperang, memerangi, memerangkan, memperperangkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
war on povertymemerangi kemiskinanEkonomiTiadaTiada
act of public enemiesperbuatan musuh masyarakatUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan melanggar undang-undang yang dilakukan oleh kumpulan individu, yang dianggap oleh undangundang antarabangsa sebagai musuh masyarakat. Walau bagaimanapun, penentuan siapakah musuh masyarakat menjadi perdebatan terutamanya dalam konteks perbezaan politik tentang definisi keganasan antarabangsa. Kuasa Barat mahu menetapkan persoalan siapakah musuh masyarakat berdasarkan fakta khusus sesuatu kes yang berbeza daripada yang lain, sedangkan dunia membangun mahu mengikat hegemoni kuasa Barat kepada suatu definisi undangundang yang tetap. Satu definisi undang-undang akan mempertingkatkan keberkesanan kerjasama antarabangsa dalam memerangi keganasan dan berfungsi sebagai batasan kepada unilateralisme kuasa Barat.

Kembali ke atas