Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.kat] | مميکت

Definisi : 1. menangkap burung dll dgn menggunakan burung lain yg jinak, men­jebak: berburu kerbau jalang, dan ~ ayam hutan; 2. memerangkap (musuh dll), meman­cing: tingkap itu sengaja dibuka utk ~ pencuri masuk; 3. melakukan sesuatu supaya seseorang (sesuatu) tertawan atau tertarik hati: seorang anak muda mata keranjang telah ~ Minah; ~ hati memujuk-mujuk dan menarik­-narik hati: lagu-lagu Minang moden makin ~ hati pendengar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.kat] | مميکت

Definisi : 1 menangkap burung dll dgn menggunakan burung yg jinak sbg denak: Ketika di kampung dahulu, saya suka benar ~ burung serindit bersama kawan-kawan. 2 melakukan sesuatu utk menarik minat atau utk menarik hati orang: Dia berjaya ~ gadis yg dicintainya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pikat
Kata Terbitan : memikat, terpikat, pemikat,

Puisi
 

Kalau memikat burung bayan,
     Jangan pula dijual beli;
Biar jadi telinga tempayan,
     Jangan jadi telinga kuali.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Hendak memikat balam,
     balam jugalah penunggunya.

Bermaksud :

Hendak mencari orang pandai, maka orang yang pandai pulalah yang tahu mencarinya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Memikat Burung KayanganPutra JayaMutiara1 June 1957
Memikat orang asing melalui pelancunganTiadaDewan Budaya1 October 1979
Hikmat memikat wanitaMohamad Jajuli Abdul RahmanDewan Budaya1 June 1997
Bahasa Iklan Memikat PenggunaAb. Rahim MahmoodPelita Bahasa1 March 2000
Dewan Ekonomi memikatkhirul bariah Mat ArupDewan Ekonomi1 July 2008
Promosi untuk memikat pelangganSamat BuangDewan Siswa1 November 1994
Kesusasteraan yang memikatIsmail HusseinDewan Sastera1 March 1990
Putera Mongel Yang Memikat Kanak-kanak DuniaA. Samad SaidDewan Budaya1 August 2002
Putera Mongel yang memikat kanak-kanak duniaA. Samad SaidDewan Budaya1 August 2002
Aminah yang terus memikat [Ulasan buku "Semakin Dekat 1" oleh Aminah Mokhtar]Umi AmmarDewan Sastera1 May 2005
12

Kembali ke atas