Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.kat] | مميکت

Definisi : 1. menangkap burung dll dgn menggunakan burung lain yg jinak, men­jebak: berburu kerbau jalang, dan ~ ayam hutan; 2. memerangkap (musuh dll), meman­cing: tingkap itu sengaja dibuka utk ~ pencuri masuk; 3. melakukan sesuatu supaya seseorang (sesuatu) tertawan atau tertarik hati: seorang anak muda mata keranjang telah ~ Minah; ~ hati memujuk-mujuk dan menarik­-narik hati: lagu-lagu Minang moden makin ~ hati pendengar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.kat] | مميکت

Definisi : 1 menangkap burung dll dgn menggunakan burung yg jinak sbg denak: Ketika di kampung dahulu, saya suka benar ~ burung serindit bersama kawan-kawan. 2 melakukan sesuatu utk menarik minat atau utk menarik hati orang: Dia berjaya ~ gadis yg dicintainya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pikat
Kata Terbitan : memikat, terpikat, pemikat,

Puisi
 

Kalau memikat burung bayan,
     Jangan pula dijual beli;
Biar jadi telinga tempayan,
     Jangan jadi telinga kuali.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Hendak memikat balam,
     balam jugalah penunggunya.

Bermaksud :

Hendak mencari orang pandai, maka orang yang pandai pulalah yang tahu mencarinya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eye catching techniqueteknik memikat perhatianKomunikasiTiadaTeknik komunikasi secara visual untuk memikat perhatian khalayak dengan cara memberi penonjolan kepada mesej atau media tertentu.
school holding powerkuasa memikat sekolahPendidikanTiadaTiada
ciri pseudepisematikpseudepisematic characterBiologiEkologiCiri yang membolehkan seseekor haiwan memikat musuh dan memusnahkannya. Misalnya cahaya pada sesetengah ikan boleh menarik perhatian krustasea kecil dan moluska yang menjadi makanan ikan tersebut.
cover linetajuk penambat-TiadaTajuk ringkas di kulit hadapan bahan terbitan bagi memikat perhatian pembaca.
news formatformat beritaKomunikasiTiadaSusunan atau aturan berita yang diolah supaya dapat memikat khalayak sasaran. Umumnya, format berita boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu piramid terbalik dan piramid menegak.
advertisement callpanggilan pikatBIOLOGITiadaBunyi seperti bunyi cengkerik yang dikeluarkan oleh katak jantan dewasa untuk memikat katak betina.
balladbaladaKesusasteraanTiadaBentuk puisi yang dilagukan atau dibacakan dan dapat dikenali melalui persembahan episodnya yang dramatik, memikat hati dalam bentuk kisah yang mudah.
reproductive colourwarna pembiakanBiologiEkologiWarna yang kelihatan pada bulu burung jantan semasa musim pembiakan, yang bertujuan untuk memikat burung betina. Bulu burung betina pula kurang berwana-warni untuk tujuan perlindungan apabila berada di dalam sarang.
communication skillkemahiran komunikasiKomunikasiTiadaKemahiran menyampaikan mesej dengan menggunakan unsur-unsur komunikasi secara lisan atau tulisan sehingga dapat memikat perhatian pihak lain.
parable playlakon teladanKesenianDrama dan TeaterDrama alegori yang menggunakan kisah lain supaya penonton membandingkannya dengan kisah sebenar. Drama ini diolah atas kekuatan memikat penonton dan menarik simpati. Lakon teladan yang berkesan biasanya dipersembahkan dalam bentuk drama sebabak.
12

Kembali ke atas