Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.mo.ran.dum] | ميمورندوم

Definisi : (mémorandum) 1. dokumen yg merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, dsb; ~ persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yg tidak melibatkan implikasi undang-undang; 2. nota ringkas tentang se­suatu perkara edaran dalaman (mis dlm pejabat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.mo.ran.dum] | ميمورندوم

Definisi : /mémorandum/ 1 catatan atau peringatan utk masa yg akan datang. 2 laporan dll mengenai sesuatu yg telah disetujui tetapi belum lagi ditandatangani atau disahkan. ~ persefahaman perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek usaha sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memorandum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud memorandum?Menurut AKmus Dewan, memorandum merujuk kepada dokumen yg merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, atau persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yg tidak melibatkan implikasi undang-undang. Memorandum juga ditakrifkan sebagai nota ringkas tentang sesuatu perkara atau edaran dalaman.Makna29.09.2007
Ain Za 12:43PM Assalamualaikum dan salam sejahtera... nak bertanya sikit Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) atau Majlis Penandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) yang mana lagi sesuai Menandatangani or PenandatangananMajlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).Tatabahasa22.08.2016
Salam sejahtera, Bolehkah saya dapatkan contoh format Memorandum Persefahaman? Terima kasih.

Memorandum Persefahaman merujuk kepada dokumen yang merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, atau persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yang tidak melibatkan implikasi undang-undang. Tidak ada contoh/format Memorandum Persefahaman dalam sumber rujukan kami. Lazimnya Memorandum Persefahaman ini dianggap sulit oleh sesebuah organisasi dan tidak dipaparkan kepada awam.

Lain-lain11.04.2011
1. Utk tajuk latar pentas, yang mana betul? Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Dengan Miros Atau Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Dengan Miros 2. Pihak yang mana perlu didahului dalam susunan ayat? Antara DBKL Dengan Miros atau Antara Miros dengan DBKL terima kasih1. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Miros"  dan  "Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Miros". Penggunaan "Majlis" sesuai digunakan sekiranya majlis tersebut khusus untuk hal tersebut. dan "Sesi" pula sekiranya majlis tersebut dibuat bersama-sama atau gabungan dalam satu majlis.
2. Berkenaan dengan pihak mana perlu didahului bergantung kepada pihak yang berperanan penting / tuan rumah yang menganjurkan majlis tersebut. 
Lain-lain19.07.2017
Salam, Mohon panduan ayat manakah yang betul? Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara X dengan Y atau Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara X dan YFrasa yang betul ialah "Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara X dan Y".Tatabahasa18.10.2013
MOUMemorandum of UnderstandingLain-lain31.03.2008
Apakah perbezaan antara minit dan memorandum di sektor awam Malaysia?Dalam Kamus Dewan, minit bermaksud catatan tentang apa yang telah dibincangkan atau dipersetujui dalam mesyuarat. Memorandum ialah dokumen yang merakamkan syarat-syarat perjanjian; dan nota ringkas tentang sesuatu perkara edaran dalaman. Dalam amalan pengurusan di jabatan kami, minit jelas maknanya dan boleh digunakan dalam urusan dalaman dan luar jabatan, tetapi memorandum hanya digunakan dalam peringkat dalaman.Makna25.03.2014
Assalamualaikum. Adakah boleh kita gunakan perkataan memorandam selain daripada memorandum

Waalaikummussalam saudara Nizam,

Menurut Kamus Dewan, memorandum merujuk kepada dokumen yg merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, atau persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yg tidak melibatkan implikasi undang-undang. Memorandum juga ditakrifkan sebagai nota ringkas tentang sesuatu perkara atau edaran dalaman.

Tidak terdapatnya perkataan memorandam dalam maklumat kami.

Ejaan01.10.2012
bagaimana untuk menulis memorandum

Encik Mohamad Shafuan,

Memo merupakan nota ringkas edaran dalaman (pejabat) tentang sesuatu perkara. Memo biasanya ditulis menggunakan bahasa yang mudah, ringkas dan betul dari segi tatabahasa.

Lain-lain18.04.2010
saya ingin bertanya, bolehkah pihak DBP senaraikan kelemahan dan kelebihan tulisan Rumi dan Jawi yang terkandung di dalam Memorandum ASAS 50 1954? Sekiranya tidak boleh, boleh pihak DBP cadangkan ke mana soalan ini harus ditujukan agar diperolehi jawapan? Terima kasih

Angkatan Sasterawan 1950 (ASAS 50) diwujudkan di Singapura pada tahun 1950. Tujuan penubuhannya adalah untuk meluaskan dan meninggikan mutu sastera Melayu, melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan membuat pembaharuan dalam sastera Melayu. Walau bagaimanapun, kami tidak ada maklumat berkenaan kelemahan dan kelebihan tulisan Rumi dan Jawi dalam Memorandum ASAS 50 1954. Mungkin tuan boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui carian di Internet atau sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Lain-lain01.09.2021
12

Kembali ke atas