Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.ning] | ممڤنيڠ

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), pening­pening, Quercus argentata; 2. = ~ gajah sj tumbuhan (pokok), Quercus curtisii; 3. = ~ bangka sj tumbuhan (pokok), berangan padi, Quercus spicata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempening


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mempeningmempeningPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Lithocarpus spp., dan Quercus spp. daripada famili Fagaceae. Spesies utamanya termasuk Lithocarpus cantleyanus, L. cyclophocus dan Quercus argetata. Gubal kayu mempening berwarna lebih muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kekuningan atau kemerahan. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana taburan vesel yang tidak sekata dan ruji yang lebar. Ira kayunya lurus dan kadangkala bersimpul, dan ada permukaan jejari kayu terdapat pola garisan perak. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 575 hingga 1010 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu mempening sukar diproses, dan mempunyai ketahanan semula jadi yang sederhana. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan sederhana, hiasan dalaman, papan panel, lantai parket, perabot, dan venir hirisan.
oak gallmanjakaniHerbaTiadaPuru yang dihasilkan pada pokok mempening (Quercus infectoria) akibat tindak balas pokok terhadap tusukan sejenis tebuan. Puru ini mengandungi bahan kimia tanin, asid galik dan asid elagik yang mempunyai sifat antimikrob dan boleh mengekalkan keanjalan dinding uterus. Manjakani biasanya digunakan untuk rawatan lepas bersalin.
codominantkodominanBiologiEkologiKeadaan apabila satu spesies atau lebih sam-sama menjadi dominan dalam satu komuniti tumbuhan, misalnya famili mempening, Lauraceae, dan berangan, Fagaceae yang sama-sama dominan dalam hutan pergunungan bawah di Semenanjung Malaysia.
silver grain figurecorak ira perakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCorak yang terhasil daripada pemotongan tentang ruji yang lebar. Tisu ruji yang terpotong menampakkan corak ira berwarna perak yang ketara seperti yang terbentuk pada permukaan kayu ok, mempening, dan berangan.
coarse grain, open grainira kasarPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanIra kayu yang mempunyai gelang pertumbuhan yang lebar dan jelas, dengan perbezaan yang ketara antara kayu awal dan kayu akhir. Istilah ini digunakan juga bagi ira pada kayu yang mempunyai liang yang besar, seperti ira kayu berangan dan mempening.

Kembali ke atas