Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.ro.léh]/[mem.per.o.léh] | ممڤراوليه

Definisi : mendapat, menerima (men­capai, menemui, dsb) dgn ikhtiar atau usaha: sagu diperoleh drpd pokok rumbia; kanak-kanak ~ kemahiran sedikit demi sedikit; keuntungan yg diperolehnya berlipat ganda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.ro.léh]/[mem.per.o.léh] | ممڤراوليه

Definisi : mendapat atau mencapai sesuatu dgn usaha: Kita telah ~ kemerdekaan tanpa menumpahkan da­rah setitik pun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,

Peribahasa

Jatuh berkait.

Bermaksud :

Memperoleh sesuatu kerana diminta.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MANA YG LEBIH TEPAT MENCARI MAKLUMAT ATAU MEMPEROLEH MAKLUMAT -ALI MELAYARI INTERNET UNTUK MENCARI MAKLUMAT. -ALI MELAYARI INTERNET UNTUK MEMPEROLEH MAKLUMAT.Mencari bermasksud berusaha untuk mendapat (memperoleh) sesuatu dan memperoleh bermaksud mendapat, menerima (mencapai, menemui, dsb) dengan ikhtiar atau usaha. Kedua-dua perkataan ini betul, namun berdasarkan konteks kami mencadangkan perkataan mencari digunakan.Tatabahasa29.04.2014
Saya ada sedikit kemusykilan dengan tatabahasa ini iaitu.. memperoleh dan memperolehi.Soalan saya adakah memperolehi boleh digunakan ataupun perlu menggunakan memperoleh?Ejaan yang betul ialah memperoleh.Tatabahasa08.05.2013
mana satu yang betul? 1. 'mempercepat' atau 'mempercepatkan'? 2. 'memperoleh' atau 'memperolehi'?Yang betul ialah mempercepat dan memperoleh. Kata adjektif cepat apabila menerima imbuhan memper... menjadi mempercepat bukan mempercepatkan. Bagi kata memperoleh 'memper... 'apabila bergabung dengan kata dasar daripada kata tugas untuk membentuk kata kerja membawa makna mendapat sesuatu.Tatabahasa29.05.2007
Dalam jawapan yang diberikan oleh pihak DBP, saya ternampak suatu susunan kata yang menyebabkan saya keliru. Pihak DBP memberi saya jawapan tersebut: " berusaha memperoleh sesuatu" Tetapi, ayat yang betul bukan "berusaha untuk memperoleh sesuatu" kah? (Saya menambah Frasa Sendi "untuk" antara perkataan "berusaha" dengan "memperoleh“) Tolong berikan jawapan. Saya menunggu :)Bentuk yang gramatis ialah "berusaha untuk memperoleh sesuatu"Tatabahasa28.04.2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Tuan/Puan Saya ingin bertanya berkaitan penggunaan perkataan "memperoleh". Setahu saya, berdasarkan Kamus dewan bahasa keempat, hanya wujud perkataan 'memperoleh'. adakah ini benar kerana masih ada sesetengah artikel yang saya baca masih menggunakan perkataan memperolehi. Adakah perkataan 'memperolehi' sudah tidak boleh digunakan dalam semua ayat?Betul seperti yang diketahui, kata terbitan yang betul ialah memperoleh, dari kata dasar oleh menghasilkan kata terbitan beroleh, memperoleh, perolehan pemeroleh dan pemerolehan.Tatabahasa11.01.2012
Cikgu, frasa "memperoleh kejayaan" atau "beroleh kejayaan" yang mana betul? Atau kedua-dua pun betul?Kedua-duanya betul.Tatabahasa26.05.2014
Untuk ayat-ayat yang berikut, adakah penggunaan kata sendi betul? (a) Bapa memperoleh buah mangga daripada pokok mangga. (b) Bapa memperoleh buah mangga dari pokok mangga yang terdapat di belakang rumah.Kata sendi yang betul adalah "daripada" kerana pokok mangga dalam konteks ayat tersebut merupakan sumber, bukannya tempat atau arah.

Bapa memperoleh buah mangga daripada pokok mangga.

Tatabahasa15.11.2015
BAGAIMANA PENGGUNAAN KATA 'MEMPEROLEH' DAN 'MEMPEROLEHI'?Penggunaan yang tepat ialah memperoleh bermaksud mendapat, menerima (mencapai, menemui, dsb) dgn ikhtiar atau usaha: Contoh ayat, ~ rahmat drpd Allah; ~ kesenangan hidupLain-lain13.08.2010
memperolehi atau memperoleh yang mana satu betul dan sebabnyaEjaan yang betul ialah memperoleh.Tatabahasa26.04.2007
1. Melalui lawatan ini, kami berasa sangat seronok dan gembira kerana kami dapat memperoleh atau mendapat pelbagai ilmu pengetahuan tentang sains dan matematik 2. Kami berasa sangat seronok dan gembira kerana kami dapat memperoleh atau mendapat pelbagai ilmu pengetahuan tentang sains dan matematik melalui lawatan ini. Manakah ayat yang betul? Atau kedua-dua pun boleh digunakan?

Kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan.

1. Melalui lawatan ini, kami berasa sangat seronok dan gembira kerana kami dapat memperoleh atau mendapat pelbagai ilmu pengetahuan tentang sains dan matematik (ayat songsang).

 2. Kami berasa sangat seronok dan gembira kerana kami dapat memperoleh atau mendapat pelbagai ilmu pengetahuan tentang sains dan matematik melalui lawatan ini.

Tatabahasa06.04.2020
12345678910...

Kembali ke atas