Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.ro.léh]/[mem.per.o.léh] | ممڤراوليه

Definisi : mendapat, menerima (men­capai, menemui, dsb) dgn ikhtiar atau usaha: sagu diperoleh drpd pokok rumbia; kanak-kanak ~ kemahiran sedikit demi sedikit; keuntungan yg diperolehnya berlipat ganda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.ro.léh]/[mem.per.o.léh] | ممڤراوليه

Definisi : mendapat atau mencapai sesuatu dgn usaha: Kita telah ~ kemerdekaan tanpa menumpahkan da­rah setitik pun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,

Peribahasa

Jatuh berkait.

Bermaksud :

Memperoleh sesuatu kerana diminta.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
haqq syurbhak memperoleh airPerniagaan IslamTiadaKekuasaan yang dibenarkan oleh syarak pada individu atau entiti untuk memperoleh bekalan air bagi tujuan perniagaan, perindustrian, perladangan dan penternakan. Sumber yang berkaitan dengan hak ini ialah air yang tidak dimiliki oleh individu tertentu dan penggunaannya tidak memudaratkan orang lain seperti sungai, telaga atau tasik.
acquisitive wantkemahuan memperolehSosiologiTiadaTiada
acquiring an interestmemperoleh kepentinganEkonomiTiadaTiada
Yellow bookBuku kuningTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerBuku panduan terbitan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang menerangkan cara untuk memperoleh tahap pencapaian Kriteria Penilaian Sistem Komputer Terpercaya (TCSEC) bagi persekitaran khusus daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Buku panduan ini juga memberi alasan teknikal tentang kepentingan keperluan kriteria tersebut dan perlu diikuti pemohon yang ingin memperoleh status TCSEC. Buku Kuning dibangunkan pada tahun 1988 oleh Philips dan Sony serta diterima pakai oleh ISO pada tahun 1989. Buku Kuning disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna kuning.
acquisitionpengambilalihanPengurusanPerancanganTindakan memperoleh pemilikan barangan atau aset daripada pihak lain dengan cara membayar harga barangan yang ditawarkan. Pemilikan juga boleh berlaku dengan membeli lebih 50 peratus atau memiliki majoriti pegangan saham syarikat. Tujuan utama pengambilalihan dilakukan adalah untuk mendapatkan kuasa dan hak dalam pembuatan keputusan perniagaan syarikat.
acquisitionpemerolehanSosiolinguistikTiadaProses memperoleh bahasa secara tidak formal dalam persekitaran semula jadi secara keseluruhannya.
land accretionpenambahan tanahKejuruteraanTiadaMemperoleh tanah di kawasan berair, seperti paya atau berhampiran laut, dengan cara menanam pohon-pohon maritim untuk menggalakkan pengendapan kelodak atau dengan cara membuang bahan-bahan korekan di kawasan yang berkenaan.
land reclamationpenebusgunaan tanahKejuruteraanTiadaMemperoleh tanah di kawasan berair, seperti paya atau berhampiran laut, dengan cara menanam pohon-pohon maritim untuk menggalakkan pengendapan kelodak atau dengan cara membuang bahan-bahan korekan di kawasan yang berkenaan.
ectocommensalektokomensalBiologiEkologiKomensal yang memperoleh makanan bukan daripada organisma yang satu lagi, misalnya sesetengah epifit, seperti orkid yang tumbuh di atas cabang pokok yang menggunakan pokok hanya sebagai tempat melekat. Epifit ini membuat makanan sendiri melalui fotosintesis, tanpa merosakkan perumah. Lihat juga endokomensal.
endocommensalendokemensalBiologiEkologiKomensal yang memperoleh makanan daripada organisma yang satu lagi, misalnya protozoa, bakteria saprofit, dan kulat yang hidup dalam tisu atau ruang tumbuhan tinggi tanpa merosakkan perumah. Ada juga organisma jenis ini yang dijumpai di dalam usus haiwan, yang memakan makanan yang tidak dihadamkan oleh perumah dan melengkapkan kitar hidupnya tanpa disedari oleh perumah. Lihat juga ektokomensal.
12345678910...

Kembali ke atas