Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.prak.tik.kan] | ممڤرکتيککن

Definisi : menjalankan spt yg ter­sebut dlm teori dll, melaksanakan, mengamal­kan, melakukan: sekarang mereka cuba ~ apa yg mereka pelajari di Pusat Latihan Perguruan dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.prak.tik.kan] | ممڤرکتيککن

Definisi : melakukan apa-apa yg dinyatakan dlm teori: Dia sedang ~ segala yg dipelajarinya dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
praktik
Kata Terbitan : mempraktikkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. adakah governan boleh diistilahkan sebagai tadbir urus? Ayat: mempraktikkan faktor-faktor governan yang baik dalam program khidmat masyarakat? Perbezaan governan dan tadbir urus apa ya? Kedua ialah program kitar, Ketiga ialah perkembangan program kitar semula, Keempat ialah usaha pengurangan .Adakah betul penggunaan ialah? Ayat: bertambahnya pengantaramukakan antara pihak berkepentingan. Adakah perkataan pengantaramukakan betul?
  1. Istilah yang tepat ialah “tadbir urus”. Berdasarkan data kami, istilah “tadbir urus” merupakan padanan bagi istilah “governance”.
  2. Penggunaan kata pemeri “ialah” pada contoh ayat yang diberikan adalah betul.
  3. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan pengantaramukaan yang bermaksud proses menghubungkan dua atau lebih alat, peranti, dan lain-lain yang berlainan supaya dapat saling berhubung. Namun, istilah ini digunakan khusus dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Dalam konteks ayat tersebut, perkataan yang sesuai digunakan ialah campur tangan.
Tatabahasa20.12.2021
Salam. 1. Adakah governan boleh diistilahkan sebagai tadbir urus? Ayat: mempraktikkan faktor-faktor governan yang baik dalam program khidmat masyarakat? Perbezaan governan dan tadbir urus ada beza ke? 3. ayat:bertambahnya pengantaramukakan antara pihak berkepentingan pengantaramukakan wujudkah dalam bahasa melayu.
  1. Istilah yang tepat ialah “tadbir urus”. Berdasarkan data kami, istilah “tadbir urus” merupakan padanan bagi istilah “governance”.
  2. Penggunaan kata pemeri “ialah” pada contoh ayat yang diberikan adalah betul.
  3. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan pengantaramukaan yang bermaksud proses menghubungkan dua atau lebih alat, peranti, dan lain-lain yang berlainan supaya dapat saling berhubung. Namun, istilah ini digunakan khusus dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Dalam konteks ayat tersebut, perkataan yang sesuai digunakan ialah campur tangan.

Tatabahasa22.12.2021
penggunaan perkataan "dari" dan "di terapkan" dalam ayat berikut: Seperti yang tuan/puan sedia maklum salah satu "dari" 'Quick-Wins' untuk mencapai penarafan bintang (star rating) 5 dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) adalah untuk memastikan Amalan 5S "di terapkan" di Kementerian Luar Negeri. Penggunaan yang betul perkataan "mencakup", "mempraktikkan" dan "dipraktikkan". Ayat tersebut seperti berikut: Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum juga, Amalan 5S ini "mencakup" konsep susun, sisih, seragam, sapu, dan sentiasa amal. Buat masa ini terdapat banyak lagi jabatan/bahagian yang belum lagi "mempraktikkan" amalan 5S ini. Sehubungan dengan itu Bahagian ini ingin menyarankan agar wakil di hantar ke Stor Utama, Wisma Putra yang terletak di Bahagian Pentadbiran untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagaimana Amalan 5S ini dapat "dipraktikkan" di Jabatan/bahagian lain. Perkataan "koding". Ayat: Sistem "koding" dan label yang seragam bagi setiap item stok selaras dengan kehendak Pekeliling tersebut. Adalah menjadi hasrat Bahagian agar tuan/puan dapat menghantar wakil untuk melihat dengan sendiri contoh Amalan 5S terbaik di Wisma Putra yang "dipraktikkan di Stro Utama. Sistem "koding" berwarna yang memudahkan penyusunan strok supaya selaras dengan kehendak Pekeliling berkaitan.

Penggunaan yang betul ialah:

1. Seperti yang tuan/puan sedia maklum salah satu daripada 'Quick-Wins' untuk mencapai penarafan lima bintang (star rating) daripada Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) adalah untuk memastikan Amalan 5S diterapkan di Kementerian Luar Negeri.

2. Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum, Amalan 5S ini mencakupi konsep susun, sisih, seragam, sapu, dan sentiasa amal. Buat masa ini terdapat banyak lagi bahagian/jabatan yang belum lagi mempraktikkan amalan 5S ini. Sehubungan dengan itu, kami menyarankan agar wakil setiap bahagian/jabatan dihantar ke Stor Utama, Wisma Putra yang terletak di Bahagian Pentadbiran untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagaimana Amalan 5S ini dapat dipraktikkan di bahagian/jabatan masing-masing.

3. Sistem pengekodan dan label yang seragam bagi setiap item stok selaras dengan kehendak Pekeliling tersebut. Adalah menjadi hasrat Bahagian agar tuan/puan dapat menghantar wakil untuk melihat dengan sendiri contoh Amalan 5S terbaik di Wisma Putra yang dipraktikkan di Stor Utama. Sistem pengekodan berwarna yang memudahkan penyusunan stor selaras dengan peraturan dalam Pekeliling yang berkaitan.

Tatabahasa31.03.2011
Boleh tak sesiapa beritahu definisi dipratikan?Tiada istilah "dipratikan". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "praktik" yang membawa maksud: 1. perbuatan melaksanakan teori (keya­kinan dll), pelaksanaan: biarpun cinta pd teorinya tidak dibatasi oleh kaya miskin, tetapi pd ~nya begitu; 2. perihal melakukan (menjalankan) pekerjaan profesional (doktor, peguam dll): sudah bertahun-tahun dia membuka ~; mempraktikkan menjalankan spt yg ter­sebut dlm teori dll, melaksanakan, mengamal­kan, melakukan: sekarang mereka cuba ~ apa yg mereka pelajari di Pusat Latihan Perguruan dahulu.Makna26.02.2014
Salam DBP, saya berpendapat entri-entri untuk "legislate" dan "enact" harus diperbetulkan sedikit. Dalam PRPM, kedua-dua kata ini diterjemah dengan kata akar "gubal." Untuk kata "legislate," penggunaan kata gubal itu betul sebab di parlimen undang-undang baharu dibentuk dan/atau (sebahagian) undang-undang sedia ada ditambah atau ditarik balik. Namun begitu, "to enact" bermaksud "to enforce," iaitu mempraktikkan (dalam masyarakat melalui badan-badan penguasaan) undang-undang yang sudah digubal dan dilulus melalui proses-proses dalam parlimen. Terima kasih.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'legislate' ialah menggubal manakala 'enact' bermaksud ialah memperbuat dalam bidang undang-undang

Makna07.11.2021
saya ingin bertanyakn mengenai peranan bahasa melayu dalam beberape aspek seperti berikut: 1. sebagai bahasa kebangsaan 2. sebagai bahasa rasmi 3. sebagai bahasa perpaduan 4. sebagai bahasa ilmu 5. sebagai bahasa komunikasi sosial saya juga ingin tahu beberapa lagi aspek bahasa melayu mengenai: 1. perkembangan terkini dan pemantapan bahasa melayu di alaf baru 2. pembakuan bahasa yang mantap 3. perkamusan 4. ejaan 5. peristilahan 6. tatabahasa 7. sebutan dan bagaimanakah caranya memartabatkn bahasa melayu dan mempraktikkan bahasa inggerisBagi membantu saudar mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, sususr Galur Bahasa Melayu atau buku Perancangan Bahasa Melayu atau boleh membuat rujukan di Pusat Dakumentasi Melayu DBP(PDM DBP)Lain-lain27.08.2007
dalam KBSR digunakan perkataan 'penyerapan nilai' manakala dalam KSSR menggunakan 'penerapan nilai'. kedua-dua perkataan tersebut merujuk kaedah pengajaran. Adakah penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam konteks pengajaran?

Kamus Dewan mentakrifkan penyerapan sebagai proses (perbuatan dan sebagainya) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil; pengambilan dan pemasukan ke dalam (sesuatu sistem, fikiran), penerimaan (dan penyebatian).


Penerapan pula ialah perihal (perbuatan dan sebagainya) mene­rap atau memasang (enjin dan lain-lain), pemasangan (enjin dan lain-lain); perihal (perbuatan dan sebagainya) mene­rapkan (mengenakan pada, menyerapkan, dan sebagainya), perbuatan  mempraktikkan.


Berdasarkan takrifan, penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam pengajaran.

Tatabahasa10.04.2013

Kembali ke atas