Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.prak.tik.kan] | ممڤرکتيککن

Definisi : menjalankan spt yg ter­sebut dlm teori dll, melaksanakan, mengamal­kan, melakukan: sekarang mereka cuba ~ apa yg mereka pelajari di Pusat Latihan Perguruan dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.prak.tik.kan] | ممڤرکتيککن

Definisi : melakukan apa-apa yg dinyatakan dlm teori: Dia sedang ~ segala yg dipelajarinya dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
praktik
Kata Terbitan : mempraktikkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
authoritarianautoritarianSains PolitikPolitik PerbandinganKonsep yang menerangkan sesebuah organisasi atau negara yang mempraktikkan undang-undang atau peraturan yang ketat dan agak keras ke atas rakyatnya. Kehidupan rakyat terikat kuat kepada autoriti pemerintah dalam pelbagai aspek seperti kegiatan ekonomi, pergerakan sosial, pendidikan, kebudayaan dan politik. Pemerintah dalam sistem ini biasanya daripada golongan elit yang mempunyai darjah toleransi yang sangat rendah. Golongan elit ini juga menggunakan kaedah yang keras seperti menindas untuk mengekalkan kuasa. Pemerintah autoritarian tidak pula berusaha mengawal ideologi politik rakyatnya, melainkan sekiranya mengancam kedudukan kuasa mereka. Contoh negara autoritarian ialah Indonesia semasa era Soeharto dan Filipina di bawah pemerintahan Marcos.
autocratic leaderpemimpin autokratikPengurusanPerancanganSeseorang ketua yang bersikap tegas dan keras terhadap pengikutnya dengan tidak mempedulikan pandangan dan pendapat mereka dalam menetapkan matlamat organisasi. Pemimpin autokratik lazimnya mempraktikkan komunikasi sehala dengan memberikan arahan supaya dituruti oleh pengikutnya. Dalam keadaan tertentu, gaya kepemimpinan autokratik boleh menjadi berkesan, misalnya dalam organisasi ketenteraan, organisasi yang sedang menghadapi krisis dan pendekatan dalam menangani situasi pekerja yang terlalu ramai atau kurang bermotivasi.
theory of performing artteori seni persembahanKesenianDrama dan TeaterDasar yang menentukan kaedah mentakrif dan menilai hasil karya sesuatu bentuk persembahan supaya dapat diukur kewibawaannya. Teori seni persembahan merupakan satu cara untuk menilai estetika seni persembahan. Tokoh seperti Aristotle, Stanislavski, Andre Helbo, Richard Schechner, Rudolf Laban adalah antara mereka yang mengemukakan dasar untuk menilai dan mempraktikkan seni persembahan dalam sesuatu konteks dan tuntutan persekitaran.

Kembali ke atas