Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mun.ca/] | ممونچق

Definisi : 1. menuju ke puncak, membum­bung tinggi-tinggi, meningkat ke paras dsb yg tinggi atau makin tinggi, tinggi-tinggi: api yg sedang marak dan ~ sekali; 2. menjadi sangat (genting, tegang, dll), meluap-luap (semangat dll), melambung (harga): kemarahannya kian ~; kegiatan pejuang-pejuang BK yg ~ dr hari ke hari; harga barang-barang di kedainya ~ naik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mun.ca/] | ممونچق

Definisi : meningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puncak (kata nama)
Bersinonim dengan kemuncak, mercu, hujung, yang tertinggi, yang teratas, rabung;,
Kata Terbitan : memuncak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
KEGEMILANGAN KRJAAN MELAYU DIPUNCAK / MEMUNCAK PD KURUN 15. SILA BETULKANAyat yang betul ialah kemuncak kegemilangan kerajaan Melayu adalah pada kurun ke-15.Tatabahasa04.03.2009
salam tuan. Apakah terjemahan bagi istilah ekonomi: "business boom"? Terima kasih, tuan.Cadangan kami business boom diterjemahkan kepada perniagaan memuncak.Penyemakan dan penterjemahan02.04.2018
Hi. Apakah perbezaan maksud perkataan "rabung" dan "puncak"? Dan jika maksud perkataan tersebut adalah jauh berbeza. TQ.Menurut data kami, perkataan rabung ialah  1 puncak bumbung rumah. 2 alur atau lekuk pada bahagian tepi sesuatu alat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) manakala perkataan puncak bermaksud 1 bahagian yang tertinggi pada sesuatu: ~ gunung; ~ tiang. 2 yang tertinggi (harga, jawatan dan lain-lain): Dalam masa peperangan Korea dahulu, harga getah asli telah mencapai ~nya. memuncak meningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)Makna20.12.2018

Kembali ke atas