Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nam.bah.kan] | منمبهکن

Definisi : menambah sesuatu pd yg sudah ada supaya jadi besar (banyak dll): bunga wang itu ditambahkan pd pokoknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.bah.kan] | منمبهکن

Definisi : menjadikan sesuatu sbg tambah: ~ asid pd bes. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menambahkan

Peribahasa

Membuat mahu menuras tidak.

Bermaksud :

Membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas belajar untuk menambahkan pengetahuannya tentang pekerjaan tersebut. menuras = menapis.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, mohon tuan jelaskan mana satu antara penggunaan pasangan kata berikut yang betul: a) menambahkan...pada b) menambahkan...kepada Terima kasih atas bantuan tuan.Contoh yang ada dalam data kami ...menambahkan rasa pada bes..., lihat menambahkan">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menambahkan untuk maklumat lanjut.Tatabahasa04.08.2014
Minta maaf kerana pertanyaan saya kurang jelas. Kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan Kegiatan kokurikulum dapat menambahkan ilmu pengetahuan memang tidak salah dari segi tatabahasa iaitu bersesuaian dengan pola ayat FN+FK. Adakah ayat pertama lebih pelik dari segi konteks kerana orang tidak dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kalau ayat ini dinyatakan dengan frasa keterangan iaitu Kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan menyertai kegiatan kokurikulum adakah ayat ini lebih betul. Terima kasih.Ayat "Kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan menyertai kegiatan kokurikulum" adalah betul.Tatabahasa20.03.2016
Kemusyikilan 1: Kamus Pelajar: menambahkan asid pd bes. Penerangan DBP: menambah gula dalam air kopi. Kamus Pelajar: menambah bilangan penuntutnya Penerangan DBP: menambahkan produktiviti Persoalannya, yang manakah yang betul? Kemusykilan 2: Mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas Persoalannya, kalau kata "tambah" bukan kata adjektif, apakah jenis golongan kata? Dan, bolehkah 'tambah' menerima awalan rangkap memper-, dan adakah kata adjektif "banyak", "lebar" dan "luas" mengungkapkan maksud "tambah"? Kemusykilan 3: Tatabahasa Dewan: ... membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya. membacakan = membaca sst untuk sso. mengambilkan = mengambil sst untuk sso. Mengapakah Tatabahasa Dewan menggunakan kata sendi "kepada" dalam ayat tersebut? Kemusykilan 4: Pertanyaan kewujudan kata nama terbitan "pelibatan" dan "pelihatan" belum dijawab lagi. Sekian.

1. Tidak nampak perbezaan yang nyata (hampir sama) antara makna menambah dan menambahkan. Oleh itu ayat menambahkan asid pd bes, menambah gula dalam air kopi, menambahkan produktiviti, semuanya betul. 2. Tambah ialah Kata Kerja, mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Walau bagaimanapun dalam entri banyak, lebar, luas tidak mengungkapkan maksud tambah. Kata tambah boleh menerima awalan memper... untuk membentuk kata terbitan mempertambah. 3. Ayat, membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya, betul dan kata sendi nama kepada hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang menjadi sasaran. 4. Kata terbitan pelibatan/penglibatan dan pelihatan/penglihatan wujud dan membawa makna yang sama antara kedua-duanya. Walaupun melibatkan - pelibatan, melihat - pelihatan, berdasarkan korpus penglibatan dan penglihatan banyak digunakan dan sama situasinya dengan pelibatan dan pelihatan. Sekian.

Tatabahasa19.07.2008
Adakah kata "tambah" kata adjektif? Dan, bolehkah kata "tambah" menerima awalan rangkap "memper-"? Yang mana betul: (a) menambah produktiviti atau menambahkan produktiviti (b) menambah gula dalam air kopi atau menambahkan gula dalam air kopi? Hal ini demikian kerana maksud dan contoh penggunaannya agak mengelirukan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Sekian, terima kasih.Tambah - bukan keta adjektif. Merujuk Kamus Dewan, tambah boleh menerima awalan memper... - mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Menambah bermaksud menjadikan lebih banyak/besar/kuat dsb, atau memberi tambah/menokok, manakala menambahkan bermaksud menambahkan sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar. Oleh itu yang betul ialah, a)menambahkan produktiviti (b) menambah gula dalam air kopi.Tatabahasa08.07.2008
1) Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan... 2) Dengan membaca, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan... Adakah ayat (1) gramatis? Terima kasih.Salam sejahtera, Pilihan pertama ialah ayat gramatis. Sekian, terima kasih.Tatabahasa23.04.2020
Assalamualaikum.... 1. Apakah maksud 'tawas' secara terperinci? sila sertakan ayat bagi menambahkan kefahaman saya. 2. Apakah maksud 'ekahala'? sila sertakan ayat bagi menambahkan kefahaman saya.Tawas ialah sejenis garam galian berwarna putih serta kelat rasanya, manakala ekahala bermaksud mempunyai atau mengikut satu hala sahaja.Makna16.01.2010
Pertanyaan tentang penggunaan ialah dan adalah Ayat yang mana satu betul. a. Antara kebaikan membaca ialah menambahkan ilmu pengetahuan. b. Antara kebaikan membaca adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Kata pemeri ialah perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu kata ialah dan adalah. Kata pemeri ialah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri ialah digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Matematik (FN+FN), ii) Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah(FN+FN).

Kata pemeri adalah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri adalah tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA), ii) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA).


Oleh itu,  berdasarkan keterangan di atas, jawapan yang dicadangkan untuk persoalan daripada
tuan/puan ialah: Antara kebaikan membaca adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Tatabahasa25.08.2019
Tuan, bagaimanakah uslub membedakan kata "menambah" daripada kata "menambahkan" dari segi objek?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menambah bermaksud 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll) 2. memberi tambah, menokok 3. menjumlahkan dengan, mencampur. Menambahkan bermaksud menambah sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar (banyak dll).Makna02.09.2015
Apakah perbezaan antara "tambah" dan "tambahkan". Contohnya dalam ayat berikut: 1) Tambah gula 2)Tambahkan guna 3)Anda boleh menambah helaian dalam fail itu 4) Anda boleh menambahkan helaian dalam fail itu Soalan saya yang sebelumnya tidak dijawabAkar kata tambah, apabila menerima imbuhan boleh menjadi tambahkan, menambah dan menambahkan. Tambahkan gula lazimnya digunakan dalam ayat suruhan. Menambah dan menambahkan ialah kata kerja dan penggunaannya hendaklah disesuaikan dengan konteks maknanya, menambah bermaksud menjadi lebih banyak dan menambahkan bermaksud menambah sesuatu pd yg sudah ada supaya jadi besar.Tatabahasa01.09.2017
Bagaimanakah untuk menentukan penggunaan partikel -kah di belakang kata kerja? Contoh : menambah pengetahuan atau menambahkan pengetahuanBerkenaan dengan soalan anda, adakah soalan tersebut merujuk penggunaan partikel -kah atau -kan? Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, berkemungkinan soalan tuan merujuk kepada penggunaan -kan iaitu menambah dan menambahkan. Untuk kata kerja lazimnya yang ada -kan diikuti sesuatu (tidak bernyawa), manakala kata kerja yang tiada -kan diikuti objek hidup atau bernyawa seperti manusia atau haiwan. Terima kasih.Tatabahasa06.06.2020
123456

Kembali ke atas