Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tambat
Kata Terbitan : bertambat, menambat, tertambat, tambatan, pertambatan, penambat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah compelling yang diberi menambat hati dalam carian kata....adakah satu lagi istilah yang lebih mantap untuk satu perkataan yang menggambarkan istilah COMPELLING contohnya usability = kebolehgunaanBerdasarkan data yang ada compelling diterjemahkan kepada menambat perhatian atau mendorong. Jika kedua-dua terjemahan ini kurang tepat, sila kemukakan conteks penggunaan kata tersebut untuk kami mencari padanan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan04.08.2014
salam hormat.. saya ingin tahu bagaimana sesebuah novel itu boleh dikategorikan sebagai novel yang mempunyai nilai komersial & nilai intelektual serta bagaimana pula sebaliknya?Salam hormat. Untuk pengetahuan saudara, novel yang mempunyai nilai komersial ialah novel yang lebih mengutamakan keuntungan daripada penjualan novel tersebut atas kemampuannya menambat hati pembaca untuk membelinya. Antara ciri-ciri novel komersial ialah mempunyai tema cerita yang banyak menekankan persoalan cinta yang sememangnya memenuhi ruang kehidupan muda-mudi, ceritanya santai yang tidak meninggalkan kesan pembacaan, dan plot cerita yang mudah yang tidak perlu menggunakan daya intelektual yang tinggi untuk memahaminya. Biasanya novel komersial juga merupakan novel popular yang diminati oleh golongan remaja. Novel intelektual pula ialah novel yang memberi banyak maklumat  dalam pelbagai bidang ilmu yang dapat menambah pengetahuan pembaca. Tema dan persoalannya serius yang memaparkan tentang  keagungan tamadun bangsa, mengandungi unsur falsafah dan pemikiran,  dan plot cerita yang kompleks yang memerlukan daya berfikir yang tinggi daripada pembaca untuk memahaminya. Dengan membaca novel intelektual, pembaca akan mendapat kesan intelektual yang tinggi yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan. Lain-lain08.01.2010
Adakah perkataan "tawari" itu betul? atau kita haya boleh menggunakan menawari?Istilah tawari tidak wujud dalam sistem kami. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud menawari ialah memĀ­berikan sesuatu (pekerjaan dsb) kepada, mengubat (dengan jampi, mantera, guna-guna, tepung tawar, dan lain-lain), menjampi, memanterai, menambari, atau memujuk, memikat, menambat (hati perempuan). Istilah27.12.2016
Apakah yang dimaksudkan dengan novel popular dan novel berat? Apakah perbezaan yang ketara antara kedua-dua jenis novel?

             Untuk pengetahuan saudara, belum ada definisi yang tuntas berkaitan dengan novel popular dan novel serius. Walau bagaimanapun kedua-dua novel ini dapat  dibezakan. Antara ciri-ciri novel popular ialah mempunyai tema cerita yang banyak menekankan persoalan cinta yang sememangnya memenuhi ruang kehidupan muda-mudi, ceritanya santai yang tidak meninggalkan kesan pembacaan, dan plot cerita yang mudah tidak perlu menggunakan daya intelektual yang tinggi untuk memahaminya. Biasanya novel popular diminati oleh golongan remaja. Novel  popular juga  mempunyai nilai komersial, yang lebih mengutamakan keuntungan daripada penjualan novel tersebut atas kemampuannya menambat hati pembaca untuk membelinya.

 

              Manakala novel serius pula dikenali juga sebagai novel intelektual iaitu novel yang memberi banyak maklumat  dalam pelbagai bidang ilmu yang dapat menambah pengetahuan pembaca. Tema dan persoalannya serius yang memaparkan tentang  keagungan tamadun bangsa, mengandungi unsur falsafah dan pemikiran,  dan plot cerita yang kompleks yang memerlukan daya berfikir yang tinggi daripada pembaca untuk memahaminya. Dengan membaca novel serius, pembaca akan mendapat kesan intelektual yang tinggi yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan. 

Sastera28.11.2019

Kembali ke atas