Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nang] | منڠ

Definisi : 1. berjaya (dlm perlawanan, pepe­rangan, dll), berhasil mengalahkan (musuh, saingan), mendapat kejayaan: barang siapa ~ dialah menjadi raja; 2. keuntungan atau ganjaran kerana berjaya mengalahkan musuh dll: berapa ~ orang itu berjudi? 3. lulus (dlm peperiksaan), beroleh hadiah (dlm pertan­dingan, peraduan, dll); 4. tidak kalah (kurang) drpd, lebih drpd; alah ~ tak tahu, bersorak boleh prb tidak masuk campur dlm perlawanan (perbantahan dll); alah sabung (main), ~ sorak prb biarpun kalah, cakap besar juga; memenangi 1. beroleh menang (dlm per­lawanan dll), berhasil atau berjaya mengalah­kan: kanak-kanak yg lemah tidak akan ber-peluang ~ permainan itu; 2. mendapat ke­jayaan atau hadiah dlm pertandingan (pe­raduan dll): novel karangannya telah ~ Pe-raduan Novel Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1962; 3. ki mendapat, memperoleh, memiliki: Badrul yakin bahawa dia dapat ~ hati perempuan itu; memenangkan 1. menyebabkan (menjadi­kan) menang: barang diberi Allah umur panjang serta dimenangkan Allah drpd se-gala musuhnya; 2. menganggap satu pihak sahaja yg menang, memihak (menyebelah) kpd: mereka bertiga sahajalah yg selalunya ~ Masinah; kemenangan 1. perihal menang: satu ke-ramaian yg besar telah diadakan di kota itu utk merayakan ~ tersebut; ~ percuma keme­nangan yg diperoleh tanpa bertanding (ke­rana pihak lawan gagal atau enggan memenuhi peraturan pertandingan dll); 2. kelebihan, keunggulan: ~ moral; pemenang orang (pihak dll) yg menang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nang] | منڠ

Definisi : 1 berjaya dlm perlawanan, peperangan dll; dpt mengalahkan lawan atau musuh: Pasukan bola sepak Malaysia telah ~ dgn tiga gol tidak berbalas. 2 mendapat keuntungan kerana bertaruh, bermain judi dll: Berapa ringgit engkau ~ berjudi tadi? memenangi mendapat kejayaan dlm perlawanan, peperangan dll: Pasukannya telah ~ perlawanan itu. memenangkan 1 menjadikan menang; menyebabkan menang; menjayakan: Kekuatan senjata dan ekonomi telah ~ Amerika Syarikat dlm Perang Dunia Kedua dahulu. 2 menganggap sesuatu pihak itu betul atau menang: Emaknya selalu ~ adik. kemenangan hal menang; kejayaan. pemenang orang (pasukan dll) yg menang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
menang (kata kerja)
Bersinonim dengan berjaya, mendapat kejayaan, beroleh hadiah, mencapai kemajuan, berhasil, beruntung, lulus, ghalib;,
Kata Terbitan : memenangi, memenangkan, kemenangan, pemenang,

Puisi
 

Usik dayang mengatih benang,
     Benang kusut terlalulah susah;
Kalau tuan mengaku menang,
     Biarlah saya mengaku kalah.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Alah menang tak tahu,
     bersorak boleh.

Bermaksud :

Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menang sorak, menang perlawanan..Johan JaaffarMingguan Malaysia31.05.1998
Ramli AR Menang puisi, Ruhani menang CerpenTiadaUtusan Borneo24.07.2008
Menang Bahasa Melayu nan indah dan tinggiDirector Rais YatimUtusan Melayu11.09.2006
Menang jangan sampai jadi abuLanang SejagatMingguan Malaysia13.08.1995
Menang dan KalahLivia Empanang TakaUtusan Borneo26.01.1996
Menang Sabong Kampong TergadaiMohammad Isa NabryBerita Harian18.06.1964
Menang disanjung kalah dikutukTiadaWatan19.05.1981
Menang kerana pakai bomoh?Pak Pandir ModenUtusan Malaysia05.05.1983
Menang jadi arang, kalah jadi abuHantu RayaUtusan Melayu29.09.1980
Menang sorak tapi sastra tergadaiYahaya IsmailMingguan Malaysia01.06.1975
12345678910...

Kembali ke atas