Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ngis] | مناڠيس

Definisi : melahirkan perasaan duka dll dgn mencucurkan air mata dan sedu-sedan dll: ia masih gementar ketakutan dan ~ sedan-sedan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ngis] | مناڠيس

Definisi : melahirkan perasaan sedih, pilu dll dgn mengeluarkan air mata dan suara yg tersedu-sedu: Kami lihat mata keluarga si mati itu bengkak kerana banyak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangis
Kata Terbitan : menangis, menangisi, tangisan,

Puisi
 

Asam kandis asam gelugur,
     Dua urat asam belimbing;
Menangis mayat dalam kubur,
     Melihat papan menjadi dinding.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Awak menangis diberi pisang.

Bermaksud :

Bujukan (pujukan) yang tepat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat-ayat di bawah betul dan gramtis? (a) Seorang kanak-kanak sedang menangis. (b) Tiga orang kanak-kanak sedang menangis. (c) Banyak kanak-kanak sedang menangis.Ketiga-tiga ayat tersebut betul.Tatabahasa08.11.2015
Salam sejahtera. Saya ada 1 soalan 1. Adik menangis kerana telah dimarah oleh ibu. 2.Adik menangis kerana telah dimarahi oleh ibu. Ayat pertama dan boleh diterima atau tidak kerana tiada imbuhan akhiran "i" pada kata kerja?Ayat yang betul ialah "Adik menangis kerana telah dimarahi oleh ibu".Tatabahasa20.09.2013
Adik menangis kerana tidak dapat ___ kesakitan itu. perkataan "menelan" sesuai dalam ayat di atas ??Perkataan yang tepat ialah menahan kesakitan.Tatabahasa23.07.2013
Salam sejahtera. Mana satukah ayat yang lebih tepat? 1a) Ali meraung kesakitan. atau 1b) Ali meraung dalam kesakitan. 2a) Ali menangis kesakitan. Atau 2b) Ali menangis dalam kesakitan. Adakah ayat tersebut salah sekiranya ada penggunaan ‘dalam’? Terima kasih.Ayat yang lebih tepat ialah Ali meraung kesakitan dan Ali menangis kesakitan. Tatabahasa17.09.2021
saya ada satu kemuskilan: apakah perbezaan antara menjatuhi,menjatuhkan,dijatuhi dan dijatuhkan. Adakah ayat ini tepat:Apabila dia dijatuhi hukuman penjara,kaum keluarganya menangis teresak-esak.atau Apabila dia dijatuhkan hukuman penjara,kaum keluarganya menangis teresak-esak.Sekian

Saudara/ saudari,

'Apabila dia dijatuhkan hukuman penjara, kaum keluarganya menangis teresak-esak' adalah salah dan penggunaan yang betul ialah penggunaan perkataan dijatuhi. Apabila dia dijatuhi hukuman penjara,kaum keluarganya menangis teresak-esak. Apitan di-...-i ialah bentuk pasif meN-...-i yang menandakan lokatif, iaitu tempat berlakunya perbuatan - menjatuhi + objek (orang). Rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 207.

Untuk pertanyaan perbezaan antara menjatuhi, menjatuhkan, dijatuhi dan dijatuhkan pula, saudara/saudari boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (hlmn. 613) bagi maklumat lanjut.

Tatabahasa05.08.2012
Wahai,anakku sayang,jangan menangis lagi! Ayat ini betul tak?Jika tidak betul, Wahai menjadi apa?Ayat “Wahai anakku sayang, jangan menangis lagi!” betul. Perkataan “wahai” merupakan kata seru untuk menarik perhatian, menyatakan rasa sedih dan lain-lain.  Tatabahasa03.08.2022
Salam sejahtera, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa "menangis tidak berlagu" ? 2. Adakah penggunaan perkataan basi dalam ayat ini betul, " Erin menghulurkan kepada peniaga itu wang yang genap dan tidak mempunyai basi."Frasa "menangis tak berlagu" bermaksud mengalami kesedihan.

Penggunaan perkataan "basi"adalah salah.Perkataan yang betul ialah baki.
Lain-lain26.06.2013
Yang manakah lebih tepat 1. mengemop lantai atau mengelap lantai 3. Ibu sedang menjahit. atau Ibu sedang menjahit baju. 4. Nenek sedang memasak. atau nenek sedang memasak ikan. 5. Adik menangis kerana sakit perut. atau Adik menangis kerana dia sakit perut.1. Kedua-dua boleh digunakan.
2. Ibu sedang menjahit baju.
3. Nenek sedang memasak ikan.
4. Adik menangis kerana perutnya sakit.
Tatabahasa17.08.2014
Salam sejahtera puan, apakah kesalahan ayat-ayat berikut :- 1. Ibu tua itu menangis apabila dilakukan seperti abdi oleh anaknya sendiri. 2. Buah-buah tembikai yang besar dan manis di dalam kotak-kotak itu. Terima kasih.1. Ibu tua itu menangis kerana dilakukan seperti abdi oleh anaknya sendiri.
2. Buah-buah tembikai yang besar dan manis disimpan di dalam kotak-kotak itu.
Tatabahasa19.02.2013
Betul atau salah? 1. keluar rumah 2. keluar dari rumah 3. mengemas katil 4. mengemaskan katil 5. peti kecemasan 6. peti pertolongan cemas 7. ambulans 8. kereta ambulans 9. Adik menangis kerana sakit. 10. Adik menangis kerena dia sakit. 11. terjaga dari tidur. 12. terjaga daripada tidur 13. mengeluarkan wang dari dompet 14 mengeluarkan wang daripada dompet 15. terjaga dari tidur 16 terjaga daripada tidur 17. Dia ada hanya sebatang pen. 18. Dia hanya ada sebatang pen. 19. Tiada sesiapa yang datang menolongnya. 20. Tiada sesiapa pun yang datang menolongnya. 21. Tanam-tanaman dihanyutkan air. 22. Tanam-tanaman dihanyutkan oleh air. 23. menggantung belon 24. menggantungkan belon Saya difahamkan bagi benda abstrak, kita tidak boleh menggunakan penjodoh bilangan. Mengapakah saya masih nampak frasa seperti sebuah lagu? Apakah penjodoh bilangan bagi lagu, cerita, tin dan negeri?

Ayat yang betul ialah ayat no. 2, 4, 6, 7, 9, 12, 14, 16, 18, 19 & 20, 21, 24.  Penjodoh bilangan dengan kata nama abstrak sangat terbatas penggunaannya. Selama ini hanya terdapat dua penjodoh bilangan sahaja yang digunakan dalam konteks berkenaan, iaitu patah untuk perkataan dan buah untuk cerita, puisi, negara, masyarakat, parti politik, persatuan dsbnya. 

Tatabahasa25.10.2010
1234

Kembali ke atas