Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ngis] | مناڠيس

Definisi : melahirkan perasaan duka dll dgn mencucurkan air mata dan sedu-sedan dll: ia masih gementar ketakutan dan ~ sedan-sedan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ngis] | مناڠيس

Definisi : melahirkan perasaan sedih, pilu dll dgn mengeluarkan air mata dan suara yg tersedu-sedu: Kami lihat mata keluarga si mati itu bengkak kerana banyak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangis
Kata Terbitan : menangis, menangisi, tangisan,

Puisi
 

Asam kandis asam gelugur,
     Dua urat asam belimbing;
Menangis mayat dalam kubur,
     Melihat papan menjadi dinding.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Awak menangis diberi pisang.

Bermaksud :

Bujukan (pujukan) yang tepat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cerenge[tS«.ÄE.NE]kata adjektifberkenaan seseorang yang mudah menangis.Adek cerenge beto maroh siket doh nangeh.[A.de/ tS«.ÄE.NE b«.to mA.čh si.ket dh nA.Neh]Adik mudah menangis betul, marah sikit sudah menangis.
   2. menangis yang berpanjangan.Anok koi selok kene sawan.[A.no/ koj s«.l/ k«.n« sA.wAn]Anak saya menangis berpanjangan terkena sawan.
merahang[m«.ÄA.hAN]kata kerjamenangis dengan suara yang kuat.Budok tu merahang nok menan.[bu.d/ tu m«.ÄA.hAN n/ mE.nAn]Budak itu menangis dengan kuat kerana hendakkan barang mainan.
melengoh[m«.l«.Nh]kata kerjamenangis.Jangan melengoh sini, bosan koi denga.[dZA.NAn m«.l«.Nh si.ni bo.sAn koj d«.NA]Jangan menangis di sini, bosan saya mendengarnya.
lah soyak[lAh s.jA/] berkenaan kanak-kanak yang menangis berlebih-lebihan.Adek lah soyak pase mok tingga.[A.de/ lAh s.jA/ pA.sE m/ tiN.gA]Adek menangis tersesak-esak kerana ditinggal emak.
   2. berkenaan ketawa, menangis, bergaduh atau cakap yang tidak berhenti dan menyebabkan bunyi yang sangat bising; cemeriau, cemeridau.Cempiau ngat rumoh Pak Abu bila anak cucu balek.[tS«m.pi.jAw NAt Äu.mh pA/ A.bu bi.lA A.nA/ tSu.tSu bA.le/]Bising sangat rumah Pak Abu apabila anak cucunya balik.
enyeng[E.øEN]kata kerjamengejek seseorang sehingga menangis.Mok marah akak pase enyeng adek.[m/ mA.ÄAh A.kA/ pA.sE E.øEN A.de/]Emak memarahi kakak kerana enyeng adik.
lah sarong[lAh sA.ÄoN] berkenaan melakukan sesuatu seperti menangis, makan, ketawa dan lain-lain terlampau berlebih-lebihan.Wokme tengok cerita lawok sampe lah sarong.[w/.m« tE.N/ tS«.Äi.tA lA.w/ sAm.pE lAh sA.ÄoN]Kami menonton cerita lawak sampai ketawa terbahak-bahak.
kibik[ki.bi/]kata adjektifberkenaan wajah yang hampir menangis.Budak tu kene maroh cekgu, kibik muke.[bu.dA/ tu k«.n« mA.čh tSE/.gu ki.bi/ mu.k«]Budak itu dimarahi guru, kibik mukanya.
cemeridau[tS«.m«.Äi.dAw]kata adjektifberkenaan ketawa, menangis, bergaduh atau cakap yang tidak berhenti dan menyebabkan bunyi yang sangat bising; cemeriau, cempiau.Tok boleh tido pase budok cemeridau tepi jalan.[to/ b.leh ti.do pA.sE bu.d/ tS«.m«.Äi.dAw t«.pi dZA.lAn]Tak boleh tidur sebab budak bising tepi jalan.
12

Kembali ke atas