Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ngis] | مناڠيس

Definisi : melahirkan perasaan duka dll dgn mencucurkan air mata dan sedu-sedan dll: ia masih gementar ketakutan dan ~ sedan-sedan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ngis] | مناڠيس

Definisi : melahirkan perasaan sedih, pilu dll dgn mengeluarkan air mata dan suara yg tersedu-sedu: Kami lihat mata keluarga si mati itu bengkak kerana banyak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangis
Kata Terbitan : menangis, menangisi, tangisan,

Puisi
 

Asam kandis asam gelugur,
     Dua urat asam belimbing;
Menangis mayat dalam kubur,
     Melihat papan menjadi dinding.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Awak menangis diberi pisang.

Bermaksud :

Bujukan (pujukan) yang tepat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Orang Bugis memberi salam, Pak Utih menyambut girang; Menangis siang menangis malam, Sirih tidak pulang ke gagang.Pantun Melayu SarawakKasih
Bagaimana badak takkan menangis, Dipijak lembu berpuluh kali; Bagaimana awak takkan menangis, Awak bisu disuruh menyanyi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Batang manggis berkematu, Putik kandis jatuh tergolek; Abang menangis di muka pintu, Adik menangis di dalam bilik.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hari hujan hati menangis, Hendak duduk lantainya basah; Laki setan bininya iblis, Tegak beramuk duduk berbantah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak lembu duduk menangis, Ditentang kambing sampai ke lumpur; Awak bisu duduk di majlis, Orang berunding awak berdengkur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu menteri berjaja jagung, Orang menangis mengurut dada; Pilulah hati dara sekampung, Bujangnya habis disikat janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Walaupun beruk sudah terlena, Anak menangis terjaga lagi; Walaupun datulah tua bangka, Banyaklah gadis setia menanti.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak periuk tidak dijerang, Anak menangis tak mau diam; Sejak beruk hendak meminang, Banyak gadis tak tidur malam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak periuk tidak berisi, Anak menangis terbuntang lapar; Sejak beruk kematian bini, Banyaklah gadis datang melamar.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Patahlah kaki induk siamang, Usai menangis tidur jadinya; Patahlah hati Datuk Lubalang, Misainya habis dicukur bininya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12345678910

Kembali ke atas