Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ra] | منارا

Definisi : bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya; ~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); ~ kawalan bangunan berben­tuk menara di lapangan terbang tempat me­ngawal lalu lintas udara, terutamanya per­lepasan dan pendaratan kapal terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ra] | منارا

Definisi : 1 bangunan yg tinggi: ~ Eiffel; ~ api rumah api utk panduan kapal. 2 bahagian bangunan yg tinggi (spt di masjid, di gereja). ~ kawalan menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya bagi perlepasan dan pendaratan kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satukah yang benar? - menara Eiffel - Menara EiffelJawapan yang tepat ialah Menara Eiffel kerana merupakan kata nama khas. Sehubungan dengan itu, peril dieja dengan huruf besar.Ejaan08.12.2015
Yang mana satukah lebih tepat sebagai nama bangunan: Menara Kembar Petronas; atau Menara Berkembar Petronas? Sekian, terima kasih.Menara Berkembar PetronasTatabahasa30.10.2008
Salam, apakah istilah yang betul untuk KLCC? Istilah yang biasa saya dengar ialah Menara Berkembar Petronas. Namun, dalam Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 1 untuk SJK menggunakan istilah Menara Kembar Petronas. Jadi, yang mana satukah adalah betul? Terima kasih."Menara Kembar Petronas" dan "Menara Berkembar Petronas", kedua-dua frasa ini betul dan banyak ditemukan dalam carian di internet. Walau bagaimanpun merujuk bentuk kata yang sedia ada frasa "Menara Berkembar Petronas" lebih tepat sama seperti Rumah Berkembar dan Landasan Kereta Api Berkembar.Istilah22.05.2013
Saya mohon pandangan sama ada perkataan "menara tinjau" boleh diterjemahkan sebagai "observation tower". Saya berpendapat perkataan yang lebih sesuai digunakan sebagai padanan kepada perkataan "menara tinjau" ialah perkataan "surveillance tower" manakala bagi perkataan "observation tower", "menara cerapan". Walau bagaimanapun, dalam konteks ini, menara tinjau tersebut digunakan untuk memerhati hidupan liar dalam kawasan taman negara. Mohon nasihat dan pandangan. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak memberi khidmat nasihat untuk bahasa Inggeris. Dalam pangkalan data istilah DBP, padanan bahasa Melayu untuk "observation tower" ialah menara cerapan.Istilah19.09.2016
Yang manakah betul? a) melanjutkan pelajaran ke menara gading b) melanjutkan pelajaran di menara gadingMelanjutkan pelajaran ke menara gading.Tatabahasa17.04.2015
penggunaan perkataan 'MENARA' boleh kah digunakan untuk kediaman (pangsapuri servis)Menurut Kamus Dewan, menara bermaksud bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya. Oleh itu, menara hanya boleh digunakan bagi menamai pangsapuri sekiranya pangsapuri itu mempunyai ketinggian melebihi 15 tingkat.Makna16.08.2007
Anas Hashim Feb 22nd, 12:52pm Menara Gading = Universiti atau Tetek Perempuan?. Jadi mana satuvyabg betul?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi.Lain-lain22.02.2015
Apakah kata tanya yang sesuai bagi soalan di bawah: ___________ ketinggian Menara Condong Teluk Intan? 25.5 meter ialah ketinggian Menara Condong Teluk Intan.Kata tanya yang sesuai ialah Berapakah ketinggian Menara Condong Teluk Intan?Tatabahasa10.10.2023
Makna peribahasa menara gading. Ada penulis A.Aida dan Nuri akidah dlm buku simpulan bahasa melayu memberi makna yang betbeza sekali. Boleh mengelirukan murid.Dalam data rujukan kami, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti).

Kontroversi makna simpulan bahasa, menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi.
Makna20.02.2015
1) kedua-dua anaknya berjaya ke menara gading 2)kedua-kedua orang anaknya berjaya ke menara gading 3)kedua-dua kucing itu mati 4) kedua-dua ekor kucing iu mati 5)guru besar-guru besar 6)guru-guru besar yg mana ayat yg betul?Ayat yang betul seperti yang berikut:

1) Kedua-dua orang anaknya berjaya ke menara gading.
 
2) Kedua-dua ekor kucing itu mati.

3) Guru-guru besar...
Tatabahasa09.09.2013
12345678910...

Kembali ke atas