Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ra] | منارا

Definisi : bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya; ~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); ~ kawalan bangunan berben­tuk menara di lapangan terbang tempat me­ngawal lalu lintas udara, terutamanya per­lepasan dan pendaratan kapal terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ra] | منارا

Definisi : 1 bangunan yg tinggi: ~ Eiffel; ~ api rumah api utk panduan kapal. 2 bahagian bangunan yg tinggi (spt di masjid, di gereja). ~ kawalan menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya bagi perlepasan dan pendaratan kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menara


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENARA BULAT

Menara bulat merupakan ciri-ciri yang menarik

pemandangan landskap di kebanyakan bahagian

Ireland. Menara-menara ini dibina berdekatan

gereja dan biara antara tahun 900-an M. dan tahun

1200-an. Ia digunakan sebagai menara loceng untuk

membunyikan loceng tangan dan sebagai tempat

persembunyian semasa berlakunya serangan oleh

pihak Viking. Ketinggian menara ini berbeza-beza,

dari 21 meter hingga 38 meter dan berdiameter

dari empat meter hingga 5.5 meter. Menara yang

masih ada dianggarkan berjumlah 100 buah.

UMUM 
MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur ialah menara

komunikasi yang tertinggi di Asia Tenggara. Menara

setinggi 421 meter ini terletak di atas Bukit Nanas,

Kuala Lumpur. Menara ini dibina berasaskan seni

bina yang menggabungkan ciri-ciri ketimuran dan

kebaratan serta bersesuaian dengan kebudayaan

Malaysia dan reka bentuk Islam. Menara ini telah

dirasmikan pada 1 Oktober 1996 oleh Dato’ Seri Dr.

Mahathir Mohamad. Menara ini dimiliki

sepenuhnya oleh Menara Kuala Lumpur Sendirian

Berhad (MKLSB), iaitu

sebuah anak syarikat

TELEKOM Malaysia.

UMUM 
MENARA MARTELLO

Menara Martello ialah menara pertahanan yang

dibina pada tahun 1804 di sepanjang pantai selatan

dan pantai tenggara England serta pantai timur

Ireland. Menara itu dibina sebagai benteng

pertahanan terhadap ugutan serangan Napoleon.

William Pitt mengarahkan supaya 74 buah menara

Martello dibina di sepanjang pantai Essex, Kent,

dan Essex Timur. Menara Martello meniru sebuah

menara di Tanjung Mortella; Corsica. Tinggi

menara ini kira-kira 12 meter dan temboknya

setebal tiga meter. Tiga laras senapang dilekapkan

pada bumbung setiap menara.

UMUM 
MENARA BABEL

Menara Babel ialah menara di Babylon, iaitu

kota di Mesopotamia purba. Ia berbentuk piramid

yang berteres, iaitu reka bentuk yang dikenali

sebagai ziggurat. Menara ini mempunyai tujuh

tingkat berserta sebuah kuil kecil di atasnya. Orang

Babylon menamakan menara ini Etemenanki, yang

bermakna rumah asas syurga dan bumi. Babel ialah

nama Ibrani bagi Babylon. Babylon bermakna pintu

gerbang tuhan dalam bahasa Babylon.

UMUM 
MENARA PELURU

Menara peluru ialah struktur yang digunakan

untuk membuat peluru bagi senjata api. Pada

masa dahulu, menara peluru ialah menara kayu

atau batu yang berukuran antara 15 meter hingga

30 meter tinggi. Plumbum cair dicurahkan melalui

suatu bekas yang mempunyai lubang di bahagian

atas menara. Setiap ketulan kecil plumbum yang

jatuh, membentuk sebuah bebola yang bulat. Ia

menyejuk dalam bentuk ini apabila jatuh ke dalam

bekas yang mengandungi air sejuk. Pada hari ini,

kebanyakan peluru dibuat dalam menara yang

berukuran sehingga 58 meter tinggi.

UMUM 
MENARA CONDONG PISA

Menara Condong Pisa ialah sebuah menara

loceng yang terletak di Pisa, Itali. Strukturnya

terkenal kerana kecondongannya sebanyak 4.4

meter daripada garisan asal apabila diukur daripada

tingkat ketujuh. Menara ini condong kerana tapak

asasnya telah dibina di atas tanah yang tidak stabil.

Pembinaan menara berkenaan bermula pada tahun

1173 dan telah disiapkan antara tahun 1360 dan

1370. Tanah di bawah menara berkenaan mula

terbenam selepas tiga tingkat pertama siap dibina.

Menara berkenaan ditutup pada awal tahun 1990-an

bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilakukan

dengan segera.

UMUM 
MENARA EIFFEL

Menara Eiffel ialah kerangka menara besi

tempaan yang besar di Champ de Mars Paris.

Alexandre Gustave Eiffel

mereka bentuk untuk Pesta

Dunia pada tahun 1889.

Pelannya telah memenangi

pertandingan mereka

bentuk tugu peringatan

untuk pesta tersebut.

UMUM 
MENARA LOCENG

Menara loceng, dalam bahasa Inggeris disebut

campanile. Istilah ini berasal daripada perkataan Itali

yang bermaksud loceng. Kebanyakan menara

loceng terdapat di Itali. Bentuk menara biasanya

segi empat tetapi ada juga yang berbentuk bulat.

Sebahagian besarnya dibina di atas struktur yang

berasingan, tetapi ada yang disambungkan pada

gereja. Loceng di menara ini berfungsi untuk

memanggil orang bersembahyang. Menara serupa

ini juga didirikan di dewan bandar raya yang

berfungsi sebagai menara pengawal dan struktur

yang menjadi kebanggaan orang ramai.

UMUM 
MENARA

Menara ialah binaan tinggi, biasanya lanjung,

yang terdapat di rumah ibadat umat Islam yang

dinamakan masjid. Kebanyakan masjid mempunyai

dua hingga enam menara. Azan dilaungkan oleh

muazin dari puncak menara untuk menyeru umat

Islam bersolat lima kali sehari. Menara mempunyai

satu atau dua balkoni tempat muazin berdiri.

Menara boleh berbentuk bulat, segi empat, atau

banyak segi. Kebanyakannya dibina daripada bata

atau batu, dan mempunyai tangga di bahagian

dalamnya. Menara adalah satu daripada ciri paling

biasa dalam seni bina Islam.

UMUM 
PUNCAK MENARA

Puncak menara , istilah seni bina yang

digunakan untuk menggambarkan struktur tirus

yang terletak di atas sebuah menara. Kebanyakan

puncak menara tinggi dan meruncing ke atas. Ia

mungkin berbentuk seperti piramid yang

memanjang, berbentuk kon atau oktagon.

Kebanyakan puncak menara diperbuat daripada

batu atau kayu yang dilitupi dengan kerikil atau

sabak.

UMUM 
123

Kembali ke atas