Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ra] | منارا

Definisi : bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya; ~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); ~ kawalan bangunan berben­tuk menara di lapangan terbang tempat me­ngawal lalu lintas udara, terutamanya per­lepasan dan pendaratan kapal terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ra] | منارا

Definisi : 1 bangunan yg tinggi: ~ Eiffel; ~ api rumah api utk panduan kapal. 2 bahagian bangunan yg tinggi (spt di masjid, di gereja). ~ kawalan menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya bagi perlepasan dan pendaratan kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menara


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
escape towermenara darurat; menara penyelamatmenara kecemasan; menara penyelamatmenara kecemasan; menara penyelamatAeroangkasa
fire towermenara kebakaranmenara pengesan api; menara kebakaranmenara pengesan api; menara kebakaranPerhutanan
access towermenara laluan; menara aksesmenara laluanmenara laluanAeroangkasa
control towermenara kendalimenara kawalmenara kawalKejuruteraan Kapal Terbang
water towermenara airmenara airmenara airPertanian
stabiliser towermenara penstabilmenara penstabilmenara penstabilKejuruteraan
spray towermenara semburmenara semburmenara semburKejuruteraan
plate towermenara pelatmenara platmenara platKejuruteraan
packed towermenara jejalmenara padatmenara padatKejuruteraan
bubble towermenara gelembungmenara gelembungmenara gelembungKejuruteraan
123

Kembali ke atas