Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ra] | منارا

Definisi : bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya; ~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); ~ kawalan bangunan berben­tuk menara di lapangan terbang tempat me­ngawal lalu lintas udara, terutamanya per­lepasan dan pendaratan kapal terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ra] | منارا

Definisi : 1 bangunan yg tinggi: ~ Eiffel; ~ api rumah api utk panduan kapal. 2 bahagian bangunan yg tinggi (spt di masjid, di gereja). ~ kawalan menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya bagi perlepasan dan pendaratan kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menara


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
splitterpemisah; pemecah;menara pemisahKejuruteraanTiada1. Menara pemisah: Menara pemeringkatan yang memisahkan suapan kepada dua komponen ke arah yang berlainan.
towermenaraKejuruteraanKejuruteraan KimiaBinaan tegak yang mempunyai pelbagai bentuk, antaranya silinder dan segi empat. Terdapat beberapa jenis, misalnya menara penyejukan dan menara semburan.
solar towermenara suriaMatematikTiadaMenara yang dilengkapi dengan selostat yang dapat memantulkan cahaya matahari tegak ke bawah supaya dapat dikaji dengan spektroheliograf atau alat astronomi lain di bawah menara ini.
bubble towermenara gelembungKejuruteraanKejuruteraan KimiaMenara yang digunakan apabila fasa cecair mengehad dan mengawal kadar pemindahan jisim, seperti dalam pembersihan sisa buangan air tercemar. Unit ini dikendalikan bersongsangan dengan menara semburan dengan gas diagihkan ke dalam fasa cecair dalam bentuk gelembung. Pemindahan jisim berlaku ketika pembentukan dan penaikan gelembung gas.
towermenaraKesenianSeni BinaSuatu struktur binaan yang mempunyai saiz ketinggian melebihi kelebarannya. Struktur menara yang besar dan tinggi lazimnya berperanan sebagai mercu tanda sesebuah bangunan. Antara menara tertua yang pernah dibina pada zaman awal ialah zigurat di Sumeria pada tahun 4000 sebelum masihi.
forced draft cooling towermenara penyejukan alir bebas paksaanKejuruteraanKejuruteraan KimiaMenara penyejuk industri yang menggunakan kipas untuk meniup arus udara bagi menyejukkan arus air suap balik yang panas. Sinonim menara penyejukan alir bebas aruhan.
packed towermenara terpadatKejuruteraanKejuruteraan KimiaMenara penukar jisim dengan dua arus gas dan cecair yang tidak akan bertindak balas atau melarut dibawa bersentuhan antara satu sama lain. Unit ini digunakan untuk penukaran jisim di antara fasa gas dan cecair bagi proses penyerapan, atau penyejukan. Menara ini terdiri daripada satu turus tegak yang diisi dengan bahan tertentu. Cecair disembur dari bahagian atas turus dan mengalir ke bawah melalui bahan terpadat dalam bentuk satu lapisan saput atau arus yang berpecah. Gas pula dimasukkan dari bahagian bawah turus berlawanan dengan arah pengaliran cecair.
zigguratziguratKesenianSeni BinaMenara kuil dalam seni bina Sumeria dan kerajaan Babylon Assyrian yang diperbuat daripada bata lumpur. Menara ini mempunyai dinding berbentuk condong dan diperbuat daripada bata bakar. Menara ini mempunyai beberapa siri dinding condong dan pentas yang boleh dilalui melalui tangga sehingga ke puncak. Di bahagian puncaknya terdapat kuil untuk tujuan keagamaan bagi masyarakat tersebut. Zigurat dipercayai dibina sekitar tahun 300 tahun sebelum Masihi. Zigurat mempunyai bentuk seperti piramid yang bertangga.
Kentledgepengimbang KentledgeKejuruteraanKejuruteraan MekanikBahan sekerap logam yang digunakan sebagai pemberat yang diletakkan di bahagian dasar menara kren untuk mengimbangi menara kren.
crane towermenara krenKejuruteraanTiadaMenara penyokong derik yang membawa tiang dan jentera kren.
12345678910...

Kembali ke atas