Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menara gading


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul? a) melanjutkan pelajaran ke menara gading b) melanjutkan pelajaran di menara gadingMelanjutkan pelajaran ke menara gading.Tatabahasa17.04.2015
Anas Hashim Feb 22nd, 12:52pm Menara Gading = Universiti atau Tetek Perempuan?. Jadi mana satuvyabg betul?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi.Lain-lain22.02.2015
Makna peribahasa menara gading. Ada penulis A.Aida dan Nuri akidah dlm buku simpulan bahasa melayu memberi makna yang betbeza sekali. Boleh mengelirukan murid.Dalam data rujukan kami, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti).

Kontroversi makna simpulan bahasa, menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi.
Makna20.02.2015
1) kedua-dua anaknya berjaya ke menara gading 2)kedua-kedua orang anaknya berjaya ke menara gading 3)kedua-dua kucing itu mati 4) kedua-dua ekor kucing iu mati 5)guru besar-guru besar 6)guru-guru besar yg mana ayat yg betul?Ayat yang betul seperti yang berikut:

1) Kedua-dua orang anaknya berjaya ke menara gading.
 
2) Kedua-dua ekor kucing itu mati.

3) Guru-guru besar...
Tatabahasa09.09.2013
Irwan A. Rahman Feb 17th, 8:45pm Assalammualaikum. Sahabat. Saya Irwan Ketua Kemunikasi TV AlHijrah. Mohon pencerahan -> Menara Gading = Tetek PerempuanDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa, menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi.Makna17.02.2015
Ween Zarul Feb 18th, 5:26am Saya ambil gambar ini di FB sepupu saya.... Cuba lihat simpulan bahasa menara gading.. Sungguh mengecewakan....Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi.Lain-lain25.02.2015
adakah simpulan bahasa ' Menara Gading' masih digunakan utk merujuk universiti? atau tdk boleh digunaksn slps disamaettikan dgn maksud 'tetek perempuan'?Polemik dalam media tentang makna "menara gading" sebenarnya hanyalah merujuk istilah Melayu lama yang digunakan dalam penceritaan pada zaman Hikayat Hang Tuah. Walau bagaimanapun, kini istilah itu tidak sesuai digunakan kerana menara gading sinonim dengan universiti.Tatabahasa24.04.2015
Salina telah nail menara gading. Adakah penggunaan perkataan "naik" betel Salam ayat itu.Ayat yang betul ialah "Salina telah ke menara gading."Tatabahasa17.07.2013
Boleh terangkan semua maksud yang berkaitan dengan kata majmuk menara gadingMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud a) keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti).Tatabahasa20.02.2015
Salina telah naik menara gading. Adakah penggunaan perkataan "naik" betul dalam ayat itu.Perkataan naik tidak sesuai digunakan dalam ayat. Perkataan yang sesuai ialah "ke". Ayat yang betul ialah "Salina telah ke menara gading."Tatabahasa17.07.2013
12

Kembali ke atas