Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ri/] | مناريق

Definisi : 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; 2. ki mencabut, mengambil, menghunus, menyedut, dll: kipas-kipas itu hendak-lah dipasang supaya dapat ~ udara yg bersih dr luar masuk ke dlm bilik itu; 3. = ~ hati memikat hati: permainan yg sungguh istimewa dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ri/] | مناريق

Definisi : 1 menghela sesuatu supaya bergerak ke arah diri sendiri (supaya keluar, tercabut dll): Kepala kereta api itu dpt ~ tiga puluh tan arang batu mendaki bukit dgn kederasan empat batu sejam. 2 = ~ hati memikat atau menawan hati: Tempat itu indah dan ~. 3 ki menyedut; menghisap. ~ beca mengayuh beca. ~ diri meletakkan jawatan; tidak mahu menerima sesuatu jawatan; berundur dr sesuatu kumpulan, perhubungan dll; mengundurkan diri. ~ layar menaikkan layar. ~ muka masam menunjukkan muka yg masam. ~ nafas menyedut udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarik
Kata Terbitan : menarik, tertarik, tarikan, penarikan, penarik,

Puisi
 

Sayang Cik Mat anak seorang,
     Pandai menarik kaki dulang;
Lautan besar saya harung,
     Ini pula kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menarik pangkur ke dada.

Bermaksud :

Insaf akan diri sendiri. pangkur = pacul.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menarik turis dengan tontonan adat pesta kawin Betawi unikSri Warso WahonoSinar Harapan10.01.1985
Menarik tetapi tiada sambutanMohd Lazim EndutUtusan Malaysia15.04.1993
Menarik bukan Melayu ceburi drama Kumpulan Sri Buana Teater jadiperintisRahmat OthmanBerita Harian05.10.1987
Menarik dijadikan pedoman hidupWan Mokhtar Wan HassanUtusan Malaysia01.04.1995
Menarik dan mendebarkanGhazali MustaphaHarian Metro24.07.1991
Menarik dibaca, sesuai untuk bakal penulis novelArfah Abd. WahidBerita Harian18.10.2000
Kronologi menarik ke arah MalaysiaTiadaUtusan Sarawak21.07.2008
Acara menarik meriahkan sambutan 52 tahun DBPTiadaUtusan Borneo23.06.2008
Perspektif menarik sastera tradisionalNazmi YaakubBerita Harian20.03.2006
Aktiviti menarik sempena Kempen Membaca 2006-Harian Metro30.08.2006
12345678910...

Kembali ke atas