Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ri/] | مناريق

Definisi : 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; 2. ki mencabut, mengambil, menghunus, menyedut, dll: kipas-kipas itu hendak-lah dipasang supaya dapat ~ udara yg bersih dr luar masuk ke dlm bilik itu; 3. = ~ hati memikat hati: permainan yg sungguh istimewa dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ri/] | مناريق

Definisi : 1 menghela sesuatu supaya bergerak ke arah diri sendiri (supaya keluar, tercabut dll): Kepala kereta api itu dpt ~ tiga puluh tan arang batu mendaki bukit dgn kederasan empat batu sejam. 2 = ~ hati memikat atau menawan hati: Tempat itu indah dan ~. 3 ki menyedut; menghisap. ~ beca mengayuh beca. ~ diri meletakkan jawatan; tidak mahu menerima sesuatu jawatan; berundur dr sesuatu kumpulan, perhubungan dll; mengundurkan diri. ~ layar menaikkan layar. ~ muka masam menunjukkan muka yg masam. ~ nafas menyedut udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarik
Kata Terbitan : menarik, tertarik, tarikan, penarikan, penarik,

Puisi
 

Sayang Cik Mat anak seorang,
     Pandai menarik kaki dulang;
Lautan besar saya harung,
     Ini pula kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menarik pangkur ke dada.

Bermaksud :

Insaf akan diri sendiri. pangkur = pacul.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
perentasan; Id. aktivis peretas) Individu yang menggunakan teknik penggodaman untuk menyerang suatu sistem komputer sasaran sebagai tindak balas kepada sesuatu keadaan semasa, seperti keadaan politik atau persaingan perniagaan. Tujuannya untuk menarik perhatian masyarakat dan media massa terhadap pandanganya berkenaan keadaan atau kejadian tersebut. aktiviti penggodam (Ig. hacktivism; Br. aktiviti perentas; Id. aktivitas perentasan) Perbuatan menggunakan teknik penggodaman untuk menyerang prasarana pengkomputeran suatu sasaran. Perbuatan ini bertujuan untuk mengganggu operasi biasa tetapi tidak merosakkan sistem perisian atau merosakkan data dengan teruk. Aktiviti ini difikirkan boleh menarik perhatian masyarakat terhadap pendapat dan pandangan ahli godam yang mungkin kerap kali tidak diendahkan dan dipedulikan oleh sesebuah organisasi, industri atau badan kerajaan. alat pengesahan (Ig. authentication tool; Br. alat

Kembali ke atas