Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ri/] | مناريق

Definisi : 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; 2. ki mencabut, mengambil, menghunus, menyedut, dll: kipas-kipas itu hendak-lah dipasang supaya dapat ~ udara yg bersih dr luar masuk ke dlm bilik itu; 3. = ~ hati memikat hati: permainan yg sungguh istimewa dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ri/] | مناريق

Definisi : 1 menghela sesuatu supaya bergerak ke arah diri sendiri (supaya keluar, tercabut dll): Kepala kereta api itu dpt ~ tiga puluh tan arang batu mendaki bukit dgn kederasan empat batu sejam. 2 = ~ hati memikat atau menawan hati: Tempat itu indah dan ~. 3 ki menyedut; menghisap. ~ beca mengayuh beca. ~ diri meletakkan jawatan; tidak mahu menerima sesuatu jawatan; berundur dr sesuatu kumpulan, perhubungan dll; mengundurkan diri. ~ layar menaikkan layar. ~ muka masam menunjukkan muka yg masam. ~ nafas menyedut udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarik
Kata Terbitan : menarik, tertarik, tarikan, penarikan, penarik,

Puisi
 

Sayang Cik Mat anak seorang,
     Pandai menarik kaki dulang;
Lautan besar saya harung,
     Ini pula kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menarik pangkur ke dada.

Bermaksud :

Insaf akan diri sendiri. pangkur = pacul.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
extractionpengekstrakanPerubatanTiada1. Proses menarik sesuatu keluar, misalnya menarik bayi songsang keluar dari rahim. 2. Proses mengasingkan bahan organik daripada sesuatu benda. 3. Proses mencabut sesuatu, misalnya mencabut gigi
pumping powerkuasa enjutPerikananTiadaDaya yang dikenakan semasa mengenjut joran ketika menarik hasil pancing. Semasa menarik ikan, joran dienjut berulang kali untuk mengarau tali ke dalam gelendong.
bousemenarik/mengetatkanSukanTiadaMenarik atau mengetatkan tali-temali tetap atau bahagian-bahagian tambatan secara mengikat bahagian-bahagian tersebut bersama menggunakan tali.
catchword titlejudul menarikPerpustakaanTiadaJudul yang mengandungi beberapa perkataan dan frasa menarik yang mudah diingat oleh pengguna yang ingin mendapatkan bahan atau maklumat.
catch titlejudul menarikPerpustakaanTiadaJudul yang mengandungi beberapa perkataan atau frasa yang menarik atau mudah diingat oleh pengguna yang ingin mendapatkan bahan atau maklumat.
high electron attracting tendencykecondongan kuat menarik elektronKimiaTiadaMerujuk kepada unsur yang mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menarik elektron ke arahnya.
attractantbahan penarikBiologiEntomologiBahan kimia yang dapat menarik perhatian serangga, misalnya gula dan propiononitril yang dapat menarik perhatian lalat rumah.
trollingmengolakPerikananTiadaKaedah menarik perhatian ikan pemangsa kepada umpan di dalam air. Dalam kaedah ini, tali pancing ditunda di bahagian belakang bot secara perlahan-lahan untuk menarik perhatian ikan, seperti tenggiri dan tongkol.
bells-and-whistlesloceng dan siulanTeknologi MaklumatTiadaCiri-ciri menarik yang ditambah dalam sistem komputer atau perisian untuk memberi gambaran canggih dan menarik minat pelanggan. Banding vanila biasa
absenceketidakhadiranUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKegagalan sesuatu pihak untuk menghadiri atau menarik diri daripada persidangan atau perbicaraan. Contohnya, Amerika Syarikat telah menarik diri dan tidak hadir semasa perbicaraan dalam kes Nicaragua lawan Amerika Syarikat.
12345678910...

Kembali ke atas