Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : meletakkan jawatan, enggan menerima jawatan, keluar dr perhimpunan dgn kemahuan sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : meletakkan jawatan; tidak mahu menerima sesuatu jawatan; berundur dr sesuatu kumpulan, perhubungan dll; mengundurkan diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarik
Kata Terbitan : menarik, tertarik, tarikan, penarikan, penarik,

Peribahasa

Seperti kerbau tersepit leher: dihela tanduk sudah panjang,
     dilalukan badan sudah besar.

Bermaksud :

Terdorong melakukan sesuatu pekerjaan yang salah, tidak mungkin menarik diri lagi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
absenceketidakhadiranUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKegagalan sesuatu pihak untuk menghadiri atau menarik diri daripada persidangan atau perbicaraan. Contohnya, Amerika Syarikat telah menarik diri dan tidak hadir semasa perbicaraan dalam kes Nicaragua lawan Amerika Syarikat.
retiringbersara (IND.WANG)SukanTiadaBerundur: Perihal pemukul yang sengaja menarik diri daripada permainan kerana kecederaan.
finalspertandingan akhirSukanTiadaAcara saringan yang secara automatik menjadi acara akhir, apabila ramai perenang menarik diri dan mengakibatkan bilangan perenang kurang atau sama dengan bilangan lorong.
buy-sell agreementperjanjian jual beliPentadbiran PerniagaanTiadaPerjanjian yang rakan kongsi sesebuah perniagaan bersetuju bahawa apabila salah seorang rakan kongsi mati atau menarik diri perniagaan, bahagian perniagaannya akan dijual kepada rakan kongsi yang lain.
lucky loserpekalah bertuahSukanTiadaPeserta yang telah tersingkir dalam pusingan awal sesuatu perlawanan tetapi berpeluang memasuki pusingan yang seterusnya bagi mengisi tempat disebabkan oleh peserta lain yang terpaksa menarik diri daripada perlawanan tersebut.
League of NationsLiga BangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaPerang Dunia Pertama oleh kuasa yang menang dalam peperangan tersebut semasa Persidangan Keamanan Paris. Great Britain dan Perancis kekal menjadi anggota pertubuhan ini sehingga dibubarkan, manakala anggota lain seperti Jerman, Kesatuan Soviet, Jepun dan Itali sama ada lewat menyertai pertubuhan ini atau menarik diri selepas beberapa waktu. Walaupun Presiden Amerika Syarikat, Woodrow Wilson merupakan penyokong kuat penubuhan organisasi ini, negara tersebut tidak menjadi anggota kerana bangkangan daripada senatnya. Selama kewujudannya, pertubuhan ini tidak berjaya menghalang pencerobohan dan kekejaman daripada terus berleluasa disebabkan ketiadaan komitmen dalam kalangan anggotanya. Antara kegagalan pertubuhan ini dalam menjaga keamanan dunia ialah penaklukan Jepun ke atas Manchuria (1931) dan penaklukan Itali terhadap Abyssinia (1935). Pertubuhan ini akhirnya telah digantikan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
‘aqd isqatahakad pengguguranPerniagaan IslamTiadaAkad untuk menggugurkan sesuatu hak, sama ada berbayar atau tidak. Akad pengguguran tanpa bayaran dikenali sebagai ‘aqd isqat mutlaqah, iaitu akad pengguguran mutlak. Contohnya, pemiutang menggugurkan tanggungan pembayaran hutang yang wajib dibayar oleh penghutang. Akad pengguguran berbayar dikenali sebagai ‘aqd isqat mu‘awadah, iaitu akad pengguguran dengan balasan. Contohnya, pemilik hak shuf‘ah menarik diri daripada memperoleh hak tersebut dengan mengenakan bayaran kepada rakan kongsi.
schizophreniaskizofreniaPsikologiPsikologi UmumSatu bentuk psikopatologi yang menyebabkan keutuhan personaliti, emosi dan kognitif individu tergugat dengan teruk. Istilah yang sering dikaitkan dengan kecelaruan ini ialah psikosis, gila atau tidak waras. Tanda-tanda kebiasaan yang terdapat kepada pesakit ini ialah delusi, halusinasi, apati, pemikiran abnormal dan perceraian antara emosi dengan pemikiran. Emosi pesakit ini biasanya bercelaru. Contohnya, apabila diberitahu ibunya meninggal dunia, individu skizofrenia hanya akan ketawa berdekah-dekah atau tidak menunjukkan apa-apa perasaan. Pesakit ini juga boleh menarik diri daripada orang ramai, hilang minat terhadap aktiviti luaran dan gagal mengawal tabiat atau aktiviti harian. Sekurang-kurang terdapat empat jenis skizofrenia, iaitu tidak terurus, katatonik, paranoid dan tanpa pembezaan.
groom (verb)menggayaPentadbiran PerniagaanTiadaMenjadikan diri atau rupa diri lebih menarik, kemas dan bersih.
egoismegoismeKesusasteraanTiadaSikap mementingkan diri sendiri atau berasakan diri sendiri lebih penting daripada orang lain. Egoisme membenarkan individu itu berasa megah, dan menganggap dirinya sebagai asing daripada individu yang lain Dalam sastera, watak egoisme ialah watak yang mementingkan diri sendiri, memandang rendah pada pendapat orang lain, sering menampilkan dirinya kepada umum, suka menarik perhatian orang, dan bermegah dengan pandangan sendiri. Banding ego.
123

Kembali ke atas