Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ruh.kan] | مناروهکن

Definisi : menaruh atau menyimpan utk orang lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menaruhkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menaruhkanmenaruh atau menyimpan utk orang lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengangin-anginkan1. = mem­­­peranginkan menaruhkan di tem­pat yg berangin (utk menyejukkan atau mengeringkan sesuatu), mengipasi: tembikar itu dikeluarkan dr tempat pembakar dan dianginkan hingga sejuk; 2. membayang-bayangkan, menyatakan dgn samar-samar: isterinya ~nya supaya anak mereka dijodohkan saja dgn anak saudaranya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menganginkan, mengangin-anginkan 1. = mem­­­peranginkan menaruhkan di tem­pat yg berangin (utk menyejukkan atau mengeringkan sesuatu), mengipasi: tembikar itu dikeluarkan dr tempat pembakar dan dianginkan hingga sejuk; 2. membayang-bayangkan, menyatakan dgn samar-samar: isterinya ~nya supaya anak mereka dijodohkan saja dgn anak saudaranya;Kamus Dewan Edisi Keempat
membubuh1. menaruh, meletakkan sesuatu: tanah ini boleh disuburkan semula dgn ~ baja; ~ harga menaruh (menentukan) harga; 2. menaruhkan, menambahkan: rantai itu dibubuh di pangkalan supaya kapal tidak boleh lalu; jangan lupa ~ tanda ringgit dan titik; 3. menulis, memasukkan (dlm surat, laporan, dll), menempatkan (huruf, tanda, dll dlm tulisan): segala kelakuan perang itu dibubuhnya dlm surat itu; ~ angka dua memberi berangka dua; ~ awalan dan akhiran memberi berawalan dan berakhiran; ~ koma menempatkan koma; ~ tandatangan menandatangani;Kamus Dewan Edisi Keempat
bubuh; membubuh 1. menaruh, meletakkan sesuatu: tanah ini boleh disuburkan semula dgn ~ baja; ~ harga menaruh (menentukan) harga; 2. menaruhkan, menambahkan: rantai itu dibubuh di pangkalan supaya kapal tidak boleh lalu; jangan lupa ~ tanda ringgit dan titik; 3. menulis, memasukkan (dlm surat, laporan, dll), menempatkan (huruf, tanda, dll dlm tulisan): segala kelakuan perang itu dibubuhnya dlm surat itu; ~ angka dua memberi berangka dua; ~ awalan dan akhiran memberi berawalan dan berakhiran; ~ koma menempatkan koma; ~ tandatangan menandatangani;membubuhi menaruh sesuatu, meletakkan sesuatu, menambah sesuatu dgn: bajunya berkembang besar dan dibubuhi kain yg lain warnanya;bubuhan 1. sesuatu yg dibubuh; 2. Id bunyi atau rangkaian bunyi yg dibubuh pd kata pokok (awalan, akhiran, dan sisipan); pembubuhan penaruhan, penempatan, penambahan: ~ tandatangan pd surat.Kamus Dewan Edisi Keempat
memasukkan1. membawa (membiarkan dll) masuk, mengisikan (ke dlm): ia ~ mesin taip ke dlm bilik; perusahaan ~ nanas ke dlm tin; dialah yg mula-mula ~ suatu konsep baru ke dlm kesusasteraan kita; 2. menjadi­kan seseorang ahli sesuatu pertubuhan dll: ramai ibu bapa ~ anak-anak mereka ke sekolah itu; 3. menaruhkan wang ke dlm sesuatu perusahaan dll, menanam modal: ia ~ RM50 ke dlm sebuah syarikat pd awal tiap-tiap tahun;Kamus Dewan Edisi Keempat
taruh1. wang dll yg dipasang dlm perjudian, tagan: tidaklah berani orang Kemboja me-lawan ayam Raja Chulan sebab ayamnya sangat bertuah konon, lagipun ~nya terlalu besar; 2. cagaran utk barang yg digadai dll, sandaran, tanggungan: diberikannya gelang emasnya sbg ~; 3. bp = menaruh menem­patkan, meletakkan, membubuh: tempat ~ basikal; 4. bp = menaruh menyimpan: saya ada ~ satu bungkusan surat kepunyaan saudara saya; ~ beras dlm padi prb menyimpan rahsia baik-baik; ~ mata melihat, memerhatikan, meng-awasi; ada beras ~ dlm padi, ada ingat ~ dlm hati prb kalau ada sesuatu cita-cita yg diingin-kan tidak perlulah dikhabarkan kpd orang sebelum dikerjakan; tidak dapat ~ muka malu melihat (dilihat) orang;bertaruh 1. memasang taruh (dlm perjudian), bertagan: adakah orang hendak menyabung ~ begitu kecil? 2. memastikan (menjamin) dgn membubuh taruh: saya berani ~ mereka itu masih bersekolah; ~ sirih menghantar sirih utk menempah bidan; bertaruhan saling memasang taruh (dlm perjudian), saling bertagan: mereka secara berkelakar ~ seorang dua puluh lima ringgit; bertaruhkan 1. bertaruh (bertagan) dgn, me-masang taruh dgn: mereka ~ wang; 2. sl menyerahkan supaya dididik, menyuruh me-me­­lihara, mengamanahkan, menitipkan: maka Bendahara pun ~ anak raja itu kpd saudagar itu; menaruh 1. meletakkan, menempatkan: ada sebuah rumah batu tempat ~ barang dagangan; 2. membubuh, menambah: lemang itu lebih sedap rasanya jikalau ditaruh banyak santan kelapa; 3. memberi atau membubuh (nama dll): maka ditaruhnya nama anaknya itu Syeikh Abdul Kadir utk mengambil berkat nama bapanya; 4. menentukan atau meletak-kan (harga): harga yg ditaruhnya itu terlalu tinggi; 5. memasang taruh, bertaruh: dia ~ lima ringgit dgn kawannya dlm perlawanan tinju itu; 6. menyuruh simpan (bela, pelihara), meng­amanahkan, menitip: murid-murid boleh ~ basikal mereka di sini; 7. menyimpan (wang dll), menabung (wang), menanam (modal): mereka digalakkan supaya ~ wang di dlm bank tersebut; 8. memelihara (binatang dll), membela: adalah Raja Iskandar Shah itu ~ seorang gundik; 9. memiliki, mempunyai: anakanda hendak mencari orang yg ~ burung borak; 10. menyimpan (dlm hati), merahsiakan sesuatu: dia itu tidak boleh dipercayai kerana tidak pandai ~ rahsia; 11. mempunyai perasaan (kasih, sayang, cinta, dendam, benci, dll), mempunyai (minat, kepercayaan, dll): ada juga seorang dua yg masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya ini; 12. tidak menggunakan (barang-barang), menyimpan: bagaimana datuk ini bagai pak si Bendul, diberi raja usungan ditaruh?~ bimbang berasa bimbang; ~ dendam ber-perasaan dendam; ~ fikiran mempertim­bangkan; ~ hati mencintai, suka kpd; ~ kasihan berasa kasihan; ~ keberatan berasa enggan; ~ mata melihat, memerhatikan; ~ perhatian memberi perhatian; ~ syak berasa syak (curiga, waswas);menaruhi 1. menaruh (meletakkan, me-n­yimpan, dll) di; 2. memasang taruh pd: dia ~ ayam putih itu;menaruhkan menaruh atau menyimpan utk orang lain;mempertaruhkan 1. menyuruh orang lain menyimpan (menyelenggarakan, menjaga, dll), mengamanahkan (kpd), menitipkan: ia hendak ~ anak cucunya kpd aku; 2. menye-rahkan (jabatan, pekerjaan, dll) kpd: sudah tiba masanya utk ~ jawatan itu kpd seorang yg lebih muda; 3. mencagarkan, meng-gadaikan: kerismu itu cukup utk diper­taruh-kan dgn rialku seratus ini; 4. memasang sbg taruhan (dlm perjudian): raja itu ~ negerinya dlm persabungan; 5. menyabung nyawa, mengorbankan (nyawa dll): dia sanggup ~ jiwanya utk menjaga nama baik keluarga-nya; 6. = menaruh menanam modal (dlm pasaran saham): dgn ~ RM2000 dlm stok, kamu boleh mendapat mendapat keuntungan yg banyak; taruhan 1. = pertaruh, petaruhan wang dll yg dipasang dlm perjudian, tagan: 50 sen sahaja ~ saya pd nombor 21; 2. sesuatu yg disuruh simpan (selenggara dll), titipan; 3. cagaran, gadaian: adat orang berhutang, tiada ~ ditangguh, tiada tangguhan cagaran, tiada cagaran ikutkan; 4. simpanan: wang ~; 5. (barang) yg hanya dipakai utk sesuatu upacara (spt pesta, majlis perkahwinan, dll): ayuhai Kembang, inilah kain ~ beta; 6. pengorbanan (nyawa dll), sabungan nyawa: termakan budi besar celakanya, kadang-kadang nyawa dan badan jadi ~nya; 7. (anak) yg dicintai (dikasihi): segala anak-anak dara ~ sekaliannya ber-terpaan hendak melihat Raja Zainal; anak ~; gadis ~ gadis pingitan; 8. hadiah yg ditawar-kan (kpd orang yg menangkap pengganas dll); pertaruhan 1. perihal bertaruh; 2. = pena-ruhan tempat menaruh, tabungan: bertahun-tahun kemudian, barulah wang itu keluar drpd ~, kadang-kadang utk belanja ke sekolah; 3. simpanan, titipan; berpenaruhan ark berada, berharta, kaya; pertaruh 1. sesuatu yg dipertaruhkan (cagaran, tanggungan, dll); 2. titipan: adapun ~ akulah anak kita Hussain kpd Bendahara; 3. nasihat (ajaran) yg baik; 4. amanat, pesanan, wasiat: segala ~nya itu dijalankan; petaruh orang yg bertaruh; berpetaruh 1. memberi petaruh, menasihat; 2. berpesan, berwasiat: dia ~ benar melarang orang menyentuh barang itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk1. pergi ke dlm (bilik, rumah, tubuh badan, dll), datang ke dlm, lwn keluar: apabila ia melihat orang datang, maka larilah ia ~ hutan; lekas ~!; ia bebas ~ dan keluar; 2. terbenam (matahari, bulan, dll) ke dlm; 3. hadir di atau pergi ke tempat bekerja (se­kolah dll): mengapa engkau tidak ~ bekerja semalam?; enam bulan kemudian dia ~ hospital; ~ sekolah a) pergi ke sekolah utk belajar; b) menjadi murid di sekolah; 4. men­jadi ahli sesuatu pertubuhan (askar, agama, dll): maka segala orang negeri Fansuri itu pun ~ Islam; 5. sudah sampai (umur, tempoh, waktu, dll): umurnya baru ~ enam tahun; perundingan itu sudah ~ hari yg ketujuh; ~ saja waktu isyak, kesemuanya sudah menge-ruh; 6. terbilang, terhitung, tergolong dlm, terkira (termuat) dlm: ia ~ orang yg berada; kain ini ~ dlm jenis kain yg baik juga; tarian ini tidak ~ dlm acara pertunjukan malam terakhir; 7. ikut serta, turut campur: Ali tidak dapat ~ peperiksaan kerana sakit; 8. yg diperoleh (diterima, didapati): ada kerja ada ~, tak ada kerja, tak ada ~; ~ ajar mendengar atau menerima nasihat orang; ~ akal dapat diterima oleh akal (fikir­an), tidak mustahil; ~ angin sakit kerana kesejukan (perut kembung dll); ~ Belanda Id menjadi warganegara Belanda; ~ buku dicatat dlm buku (perbelanjaan dll); ~ campur ikut serta, turut mengambil bahagian; ~ daun sudah mendapat peluang yg baik (sesuatu yg pasti akan berhasil); ~ hati diterima oleh hati, ber­setuju; ~ Jawi Kd berkhatan; ~ kerja datang atau hadir bekerja; ~ kira terhitung (tergolong) dlm; ~ kompeni Id menjadi askar; ~ Melayu a) ark menganut agama Islam; b) menganuti (mengikuti) adat resam orang Melayu; ~ mulut turut memberi fikiran atau nasihat; ~ suluk mengasingkan diri (utk mengamalkan suluk); ~ syaitan dirasuki syaitan; ~ tangan campur tangan; ~ waktu sampai waktu (utk bersembahyang); ~ lima keluar sepuluh prb belanja yg lebih besar drpd penghasilan; ~ sarang harimau prb terperosok ke dlm suatu bahaya besar; memasuki 1. masuk ke dlm (rumah dll): orang itu kelihatan sedang ~ pintu pagar rumahnya; 2. mengikuti (kursus, kuliah, dll), menjadi pelajar (di sekolah dll): seramai tiga puluh lima orang penuntut dr sekolah Alam Shah akan ~ universiti tahun ini; 3. meng­ambil bahagian (dlm peraduan, peperiksaan, dll): beberapa hari lagi dia akan ~ pepe-riksaan; 4. menyertai sesuatu pertubuhan (pakatan dll): ~ pertubuhan SEATO; 5. mencampuri (urusan orang lain); memasukkan 1. membawa (membiarkan dll) masuk, mengisikan (ke dlm): ia ~ mesin taip ke dlm bilik; perusahaan ~ nanas ke dlm tin; dialah yg mula-mula ~ suatu konsep baru ke dlm kesusasteraan kita; 2. menjadi­kan seseorang ahli sesuatu pertubuhan dll: ramai ibu bapa ~ anak-anak mereka ke sekolah itu; 3. menaruhkan wang ke dlm sesuatu perusahaan dll, menanam modal: ia ~ RM50 ke dlm sebuah syarikat pd awal tiap-tiap tahun; termasuk 1. sudah masuk; ~ di hati ki dapat diterima, dipercayai; 2. tergolong (terhitung dll) dlm: labah-labah tidak ~ dlm kumpulan serangga; kemasukan 1. dimasuki (hantu, orang ha­lus, dll), dirasuki (hantu dll): lembu tua itu lari dan terus lari spt ~ hantu merempuh segala tanaman; 2. ada yg masuk, dimasuki oleh: matanya pedih kerana ~ asap sabut yg tebal itu; 3. perihal masuk (menganggotai) sesuatu pertubuhan dll: ~ Malaysia sbg anggota majlis keselamatan; pemasukan perbuatan (tindakan, kerja, proses, dsb) memasukkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
angin1. udara yg bergerak (sehingga terasa gerakan atau alirannya): ~ kencang sekali hari ini; 2. hawa, udara; mengambil ~ berjalan-jalan menghirup (menikmati) hawa yg bersih; 3. gas yg terdapat atau berkumpul dlm perut dan usus: perutnya berasa kurang sedap kerana berisi ~; membuang ~ kentut; 4. ki desas-desus, khabar yg belum sah, gelagat bahawa sesuatu akan terjadi: ada ~ yg dia akan datang ke mari; 5. ki kosong, hampa, sia-sia: cakap ~; 6. kemungkinan, peluang, kesempatan: menantikan ~ baik; 7. sifat atau perangai yg tidak menentu (berubah-ubah tanpa sebab yg nyata): dia itu ada ~, kadang-kadang riang dan kadang-kadang muram; ~ ahmar keadaan yg timbul tiba-tiba apabila saluran darah ke otak pecah atau tersumbat, yg mengakibatkan kehilangan kemampuan utk menggerakkan sesetengah bahagian badan, strok; ~ badai angin ribut; ~ barat (barat daya dll) angin yg datang dr barat (barat daya dll); ~ bohorok (Sumatera) angin kering dan panas yg turun dr pergunungan; ~ (sorong) buritan angin yg datang dr buritan; ~ cekang kelat = ~ tegang kelat angin kencang; ~ darat angin yg datang dr darat; ~ ekor duyung angin yg datang dr berbagai-bagai jurusan; ~ gila angin yg tidak tentu arahnya; ~ gunung-gunungan angin besar; ~ haluan angin yg datang dr depan perahu; ~ hulu timur angin tepat dr timur; ~ indera bayu sl angin ribut; ~ kelambu menunggal angin utara yg membawa hujan; ~ kelambu sebelah angin utara yg tidak kencang dan tidak membawa hujan; ~ kepala angin utara timur laut; ~ lalu ki khabar yg tidak tentu benar salahnya; ~ langkisau angin puting beliung; ~ laut angin yg datang dr laut; ~ lintang angin kuat yg bertiup melintangi arah laluan kenderaan; ~ membakat = ~ menebing = ~ menumbuk kurung = ~ tumbuk kurung angin yg tepat dr buritan dgn ombak yg tinggi; ~ musim angin yg datang menurut musim tiap-tiap tahun; ~ paksa angin yg baik utk belayar; ~ pancaroba angin yg tidak tentu arah­nya; ~ pasang pasang-pasang; ~ penga­rak pagi angin pd waktu dinihari; ~ puting beliung = ~ puyu(h) angin yg berpusing-pusing; ~ ribut angin besar (bertiup dgn kencang), taufan; ~ sakal angin yg berlawanan dgn arah perahu; ~ salah angin yg tidak baik; ~ sapu-sapu = ~ sepoi-sepoi (bahasa); ~ selembubu ~ selung bubu angin yg berpusing; ~ sendalu angin yg sedang; ~ sepoi-sepoi (bahasa, basa) angin yg bertiup lembut; ~ sorong buritan = ~ turutan angin buritan; ~ taufan angin puting beliung; ~ tegang kelat sl angin kencang: maka baginda berbuat se­buah negeri terlalu besar, tujuh buah gunung di dalamnya, luas kotanya pd sepenampang sehari pelayaran ~ tegang kelat; ~ tembe­rang buritan (haluan) angin yg serong dr buritan (haluan); ~ tenggara mandi angin keras dr tenggara; ~ tikus = ~ tukus angin pd awal angin tenggara; ~ timba ruang angin keras dr sisi perahu; ~ yahum angin tumbuk kurung; ~ berputar, ombak bersabung prb dikatakan bkn suatu perkara yg sangat sukar diselesai­kan; ~ bersiru kami tahu prb Mn kami sudah tahu bahawa hal (niat) seseorang telah ber­ubah; ~ tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam prb (Lampung) khabar-khabar yg ganjil itu tidak dapat disembunyikan (disimpan); ke mana ~ yg deras, ke situ condongnya = spt sepohon kayu, di mana ditiup ~, di sanalah ia condong prb dikata­kan kpd orang yg tidak tetap pendiriannya; kalau tiada ~ bertiup takkan pokok ber-goyang = tak sebab kerana ~, pokok kayu maukah bergoyang prb tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu hal; tahu di ~ turun naik prb orang-orang yg arif bijaksana tahu akan keadaan susah atau senang; seangin sedikit sahaja, sekelumit; angin-angin 1. desas-desus, khabar yg belum sah; 2. gelagat; angin-anginan panas baran, lekas marah; berangin 1. ada angin: hari panas dan tidak ~; 2. diketahui orang sedikit-sedikit: setelah ~ hal itu, dia pun ditangkap polis; ~ keluar terbuka rahsia (khabar dll); berangin-angin duduk di tempat yg ada angin (supaya sejuk): kedua-duanya pun ~ di beranda; mengangin 1. ark menjadi angin (hilang lenyap); 2. bertiup angin; 3. menumpah-numpahkan padi drpd nyiru supaya yg hampa ditiup angin dan terpisah drpd padi yg berisi: petani itu sedang ~ padi; mengangini memberi berangin, memasuk­kan (meniupkan) angin, mengipasi; menganginkan, mengangin-anginkan 1. = mem­­­peranginkan menaruhkan di tem­pat yg berangin (utk menyejukkan atau mengeringkan sesuatu), mengipasi: tembikar itu dikeluarkan dr tempat pembakar dan dianginkan hingga sejuk; 2. membayang-bayangkan, menyatakan dgn samar-samar: isterinya ~nya supaya anak mereka dijodohkan saja dgn anak saudaranya; terangin 1. kena angin; 2. tampak angin-anginnya (gelagatnya); terangin-angin tersiar khabar angin (desas-desus); peranginan 1. tempat beristirahat atau berangin-angin (rumah atau bahagiannya); 2. = tempat ~ = kawasan ~ tempat utk ber­istirahat yg biasanya agak jauh dr bandar (spt di tepi pantai, di puncak bukit, dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas