Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.wan] | مناون

Definisi : 1. menangkap atau menahan musuh dll (dlm peperangan dll): bapa-nya tidak dapat ditawan, akhirnya Jepun menangkap dia; 2. merampas dll harta musuh, menjarah, merebut: tentera payung terjun dgn serta-merta telah ~ lapangan terbang itu dr tangan musuh; 3. = ~ hati ki menambat (memikat, mempengaruhi, me­narik) hati: wajah yg menarik dan budi bahasa yg ~ membuat Badrul ingin mene­ruskan per-sahabatan; banyak dia berkorban utk ~ hati gadis itu; 4. menguasai: mereka sentiasa berusaha utk ~ perhatian negara jiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.wan] | مناون

Definisi : 1 menangkap atau menahan musuh dlm peperangan dsb: Akhirnya mereka dpt juga ~ pihak musuh. 2 merampas harta benda dll yg dimiliki oleh musuh; menjarah: Dlm masa beberapa hari saja, tentera Jerman telah berjaya ~ negeri Belanda. 3 = ~ hati ki memikat hati; menarik hati: Perangainya yg lemah lembut dan tutur katanya yg manis itu telah ~ hatiku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tawan
Kata Terbitan : menawan, tertawan, tawanan, penawanan, penawan,

Puisi
 

Burung merbuk burung merpati,
     Terbang berpusing hala bendang;
Wajah elok menawan hati,
     Siang malam hamba terkenang.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Menawan puncak Everest dan teknologi telekomunikasiRamli Abdul HalimDewan Masyarakat1 July 1997
Menawan puncak Gunung BelumutAzman SidekDewan Siswa1 January 1996
Hikayat Menawan DurjanaHamdan YahyaDewan Sastera1 October 2004
Lat menawan hati dengan lakaran kartunZaiton Abu SamahDewan Masyarakat1 February 2004
Tioman pulau menawanAdnan JamilDewan Budaya1 October 1994
Minyak sawit menawan pasaran duniaAhmad IbrahimDewan Masyarakat1 July 1995
Labuan pasti menawanZulkifli SallehDewan Masyarakat1 December 1996
Bonsai: si kenit menawanAbd. Nasir Mohd. RazaliDewan Siswa1 July 1989
Bintang gimrama yang menawanAzahar Mohd. TaibDewan Siswa1 May 1995
Koperal Mohd. Hazamuzakir: berusaha menawan kutub utaraTiadaDewan Masyarakat1 May 1998
12

Kembali ke atas