Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.wan] | مناون

Definisi : 1. menangkap atau menahan musuh dll (dlm peperangan dll): bapa-nya tidak dapat ditawan, akhirnya Jepun menangkap dia; 2. merampas dll harta musuh, menjarah, merebut: tentera payung terjun dgn serta-merta telah ~ lapangan terbang itu dr tangan musuh; 3. = ~ hati ki menambat (memikat, mempengaruhi, me­narik) hati: wajah yg menarik dan budi bahasa yg ~ membuat Badrul ingin mene­ruskan per-sahabatan; banyak dia berkorban utk ~ hati gadis itu; 4. menguasai: mereka sentiasa berusaha utk ~ perhatian negara jiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.wan] | مناون

Definisi : 1 menangkap atau menahan musuh dlm peperangan dsb: Akhirnya mereka dpt juga ~ pihak musuh. 2 merampas harta benda dll yg dimiliki oleh musuh; menjarah: Dlm masa beberapa hari saja, tentera Jerman telah berjaya ~ negeri Belanda. 3 = ~ hati ki memikat hati; menarik hati: Perangainya yg lemah lembut dan tutur katanya yg manis itu telah ~ hatiku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tawan
Kata Terbitan : menawan, tertawan, tawanan, penawanan, penawan,

Puisi
 

Burung merbuk burung merpati,
     Terbang berpusing hala bendang;
Wajah elok menawan hati,
     Siang malam hamba terkenang.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
"Jentayu" menawan hati orang2 Kuala LumpurHussein NoorUtusan Malaysia23.09.1980
Ghazal tetap menawan hati generasi mudaShukri Matt AliUtusan Malaysia02.08.1986
Taktik Jepun menawan Pulau SingapuraShaharom HusainMerdeka01.11.1983
Ke arah menawan pembacaMokhtar YusofUtusan Malaysia22.04.2002
Kebaya Perlis mampu menawan wanita MalaysiaZawiyah BabaUtusan Malaysia04.12.2006
Cerita lemah, fotografi menawanAbd. Wahab HamzahUtusan Malaysia20.03.1993
Fesyen tradisi terus menawanTiadaMingguan Perdana10.03.1985
Kain batik makin menawan hati penggunaTiadaUtusan Zaman25.03.1984
Songket mesin tetap menawanSharifah Salwa Sayed HassanHarian Metro (Variasi)10.05.2005
Fesyen tradisi Sarawak yang menawanNormahizan KassimMingguan Perdana03.03.1985
12

Kembali ke atas