Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
maju
1. Bersinonim dengan membangun: makmur, kaya, moden, dinamik, berkembang, pesat, terkedepan, berjaya,
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

2. Bersinonim dengan bertambah baik
( meningkat, berkembang, berjaya, mencapai kejayaan, berhasil, beruntung, )
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

3. Bersinonim dengan mara
( bergerak ke depan, tampil ke depan, melangkah ke depan, mengasak ke depan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memajukan, kemajuan, pemaju,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sebagai masyarakat yang hidup dalam negara yang () dan sedang berusaha mencapai kemajuan dan bertimbang rasa harus kita utamakan Abangun Bdibangunkan Cmembangun Dmembangunkan Mana satu yang betul Terima kasihPilihan perkataan yang betul  ialah  C. "membangun" bagi contoh ayat "Sebagai masyarakat yang hidup dalam negara yang "membangun" dan sedang berusaha mencapai kemajuan xxxxx." Tatabahasa24.03.2022
1. Apakah yang dimaksudkan "Pembangunan Komersial" sesuatu kawasan. 2. Apakah Yang dimaksudkan "Estetika" sesuatu bangunan? terima kasih.

1. Pembangunan komersial bermaksud perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan dan perkembangan ataupun usaha/kegiatan  membangunkan (memajukan dan mengembangkan) sesuatu yang berkaitan dengan atau bersifat perdagangan.

2. Estetika bermaksud  cabang falsafah yg mengkaji konsep yg berkaitan dgn keindahan, cita rasa, dll.

Makna22.04.2010
APAKAH MAKNA INOVASI?Berdasarkan Kamus Dewan edisi Keempat, inovasi bermaksud 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; menginovasi membuat inovasi: negara-negara membangun tidak berpeluang ~ teknologi tersebut; penginovasi orang yg membuat inovasi, inovator: ~ teknologi.Makna06.08.2010
wujud tak perkataan lembab atau lembap? yg mana membawa maksud keadaan yg berair dan yg mana membawa maksud kurang/tidak bijak? terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat yang wujud perkataan lembap dengan maksud masih basah, tidak rancak, lambat atau kurang mencapai kemajuan, tidak cerdas, lemah, lembam. Perkataan yang membawa maksud kurang atau tidak bijak ialah lembam. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 916. Makna16.06.2008
Maksud cikgu perkataan lembab tidak wujud? adakah lembap boleh disaling tukar penggunaannya utk membawa maksud tidak bijak/kurang kemajuan? terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ,  perkataan lembap bermaksud masih basah, tidak rancak, lambat atau kurang mencapai kemajuan, tidak cerdas, lemah, lembam. Perkataan yang membawa maksud kurang atau tidak bijak ialah lembam. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 916. Makna17.06.2008
salam sejahtera. Apakah maksud perkataan di bawah? 1.progresif 2.insane 3.eksplisit 4.Perspektif ekologi 5.Makrosistem 6.kronosistem 7.Psikologi 8.mikrosistem 9.mesosistem Terima kasih atas bimbingan anda. ekosistem konstruktivis pengkuhan verbal
1.progresif =  sentiasa bergerak maju; bertujuan atau berhaluan mencapai kemajuan:

2.insane = Padanan bagi perkataan bahasa Inggeris insane ialah tidak siuman.

3.eksplisit = (dinyatakan) dengan tepat dan jelas, tanpa dikias-kias, tersurat:

4.ekologi = kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya; 2. hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan persekitaran: keseimbangan sistem ~ mengalami kerosakan sehingga menimbulkan pelbagai bencana.

5.Makrosistem = Dalam data kami, terdapat sistem makro iaitu sistem yang mempunyai kebolehan menghimpun dan juga menjanakan suruhan makro atur cara.

6.kronosistem = Dalam data kami tiada makna khusus bagi sistem kroon. Perkataan yang paling hampir ialah kronologi iaitu susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan.

7.Psikologi = 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn per­lakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kum­pulan tertentu. Sila rujuk lama web 
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=psikologi.
8.mikrosistem = Sistem mikro ialah system yang kecil atau halus. Mikro bermaksud halus; kecil. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=+mikro

9.mesosistem = Perkataan ini tidak wujud dalam data kami.


Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna perkataan.
Makna01.07.2013
Salam sejahtera, sebagai Mahasiswa dan pencinta bahasa Melayu, saya sekali lagi saya ingin meluahkan pendapat saya berkenaan dengan bahasa Melayu. Seperti apa yang kita sedia maklum, bahasa Melayu hari ini nampaknya seperti tidak memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu dan maklumat serta tiada peranan penting di peringkat pengajian tinggi atau universiti. Dahulunya bahasa Melayu dikagumi dan megah di Asia tenggara dan eropah kerana peranannya sebagai bahasa pengantar bukan sahaja dalam hal agama tetapi juga dalam perdagangan sehingga orang yang tidak pandai berbahasa Melayu menjadi sangat malu dan merasa tercicir. Siapa kata sejarah tidak boleh diulang? sebenarnya boleh jikalau kita bersatu padu mempertahankan keaslian bahasa kita. Selain itu, saya juga menyokong seratus peratus hasrat murni kerajaan Malaysia untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 iaitu matlamat untuk mencapai taraf negara maju tetapi saya sangat sedih dan kecewa mengenang nasib bahasa kita yang semakin hari semakin pupus keasliannya. Apalah nasib bahasa di masa hadapan? siapa yang mempertahankanya? tidak ada yang mahu mempertahankan melainkan masyarakat kita sendiri. Apalah gunanya negara mencapai kemajuan tetapi bahasa kita tidak mencapai kemajuan, mundur, tidak berguna dan tiada peranan. Bagi saya, bahasa Melayu juga penting dalam mencapai kemajuan dan perkembangan kerana bahasa mencerminkan dan melambangkan jati diri dan pengenalan sesuatu bangsa, masyarakat dan negara.Kami juga amat bersetuju dengan pandangan tuan. Alangkah baiknya jika bahasa Melayu kembali dimartabatkan sebagai bahasa ilmu kerana bahasa Melayu tinggi mempunyai nilainya tersendiri dalam mengungkapkan wacana. DBP sentiasa berusaha dalam skop fungsi kuasa dan peranan DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu. DBP dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan Audit Bahasa Melayu IPTA untuk melihat pelaksanaan pelan tindakan pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di IPTA 2011 - 2015.  

Lain-lain15.11.2015
Adakah perkataan "membangunkan" dan "memakmurkan" membawa maksud yang sama? Bagaimana pula jika perkataan "pembangunan'' dan 'kemakmuran" ada mempunyai maksud yang sama?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "membangunkan" membawa maksud membuat, mendirikan, membuat supaya membangun (maju dan mengembang) manakala "memakmurkan" bermaksud memajukan supaya makmur.

"Pembangunan" bermaksud perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan, usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan) manakala maksud "kemakmuran" ialah perihal makmur (mewah, ser­ba cukup, sejahtera). 

Keempat-empat perkataan ini membawa maksud yang berbeza.
Lain-lain08.07.2022
1. WHAT IS COMMUNITY? WHAT IS COMMUNITY DEVELOPMENT?Komuniti bermaksud 1. kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat(di sesuatu tempat atau negara)orang ramai umumnya.2. kumpulan individu yang mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan,dll.) yang serupa. Development  atau  pembangunan bermaksud 1. perihal membangun,proses membangun(mencapai kemajuan,perkembangan,dsb.).2. usaha atau kegiatan membangunkan(memajukan dan mengembangkan). Oleh itu pembangunan komuniti bermaksud  perkembangan atau kemajuan komuniti.  Sila kemukakan pertanyaan saudara dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita.Lain-lain04.03.2009
Salam, saya ingin bertanyakan tentang penggunaan ayat seperti ini: "..hidup dan bernafaskan inovasi" adakah penggunaan ayat tersebut betul "bernafaskan inovasi"? Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, inovasi bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dalam perkhidmatan bank, misalnya rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yang baru.

Daripada takrifan tersebut, penggunaan frasa "...hidup dan bernafaskan inovasi" tidak tepat. Cadangan kami ialah "kehidupan berteraskan inovasi", "inovasi dalam kehidupan".
Tatabahasa19.06.2015
123

Kembali ke atas