Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
maju
1. Bersinonim dengan membangun: makmur, kaya, moden, dinamik, berkembang, pesat, terkedepan, berjaya,
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

2. Bersinonim dengan bertambah baik
( meningkat, berkembang, berjaya, mencapai kejayaan, berhasil, beruntung, )
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

3. Bersinonim dengan mara
( bergerak ke depan, tampil ke depan, melangkah ke depan, mengasak ke depan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memajukan, kemajuan, pemaju,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
modern statenegara modenPentadbiranPentadbiran Awam

Pemerintah yang sudah mencapai tahap kemajuan yang tinggi, mengamalkan pembahagian kerja dan sistem hierarki yang tersusun serta birokrasi yang cekap. Pemerintah atau negara ini sudah beranjak dari tahap tradisional kepada tahap yang moden berteraskan sains dan teknologi. Bidang kuasanya dibahagikan kepada tiga badan utama, iaitu legislatif, eksekutif dan kehakiman. Pentadbiran dalam pemerintahan menekankan kecekapan, motivasi dan mempunyai matlamat atau sasaran yang sudah ditetapkan. Perincian tugas pelbagai bahagian dalam birokrasi ini dibuat secara sistematik bagi mengelak pertindanan tugas. Nilai urus tadbir yang baik, akauntabiliti dan transparensi ditekankan dalam pemerintahan moden bagi mengelakkan nilai negatif seperti korupsi, penyalahgunaan dan pengumpulan kuasa.

bureaucracy performanceprestasi birokrasiPentadbiranPentadbiran Awam

Tahap pencapaian mutu kerja dan pelaksanaan bidang tugas dalam organisasi pentadbiran. Tahap ini boleh diukur bagi menilai peranan dan fungsi birokrasi dalam mencapai sasaran. Prestasi birokrasi yang efisyen dan efektif akan membawa kepada kemajuan perkhidmatan dan pentadbiran dalam sesebuah negara. Oleh itu, tahap dan pencapaian birokrasi perlu dinilai, diselenggara dan ditingkatkan dari masa ke semasa, khususnya dalam hal-ehwal yang berkaitan dengan pembangunan masyarakat. Sebagai contoh, pengiktirafan sijil ISO boleh dianggap sebagai memenuhi tahap prestasi birokrasi yang cemerlang.

political developmentpembangunan politikSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan politik sesebuah masyarakat yang sudah mencapai satu tahap yang baik atau matang. Politik yang maju sering dilihat sebagai memuaskan hati rakyat, dapat memelihara hak dan kepentingan orang ramai, berupaya memajukan ekonomi negara serta sentiasa dapat memelihara kestabilan dan keamanan. Dalam persoalan ini, timbul perdebatan mengenai negara yang lebih matang tahap politiknya. Bagi negara demokrasi, mereka mendakwa lebih matang dalam politik begitu juga dengan negara sosialis dan komunis yang mendakwa sedemikian. Contohnya, pembangunan politik negara-negara Scandinavia sangat pesat dan tinggi. Sinonim kemajuan politik.
self-managementpengurusan kendiriPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah, kemahiran dan strategi yang ada pada individu dalam pelaksanaan aktiviti tertentu untuk mencapai matlamat atau tujuan yang ditetapkan. Pengurusan kendiri merupakan salah satu daripada faktor utama yang mempengaruhi peningkatan jati diri, sahsiah, integriti, profesionalisme dan kecekapan. Antara kaedah atau cara pengurusan yang diamalkan termasuklah penetapan matlamat, perancangan, penjadualan, penilaian diri, campur tangan, kemajuan diri, dan sebagainya. Pengurusan kendiri yang sempurna dipercayai dapat membantu seseorang individu memantapkan lagi daya fikir dan kemahiran yang sedia ada. Biasanya, dalam sesebuah organisasi, kaedah ini dijadikan sebagai salah satu daripada penekanan dalam program latihan dan pembangunan kakitangan.

clinical data repositoryrepositori data klinikalTeknologi Maklumate-KesihatanPangkalan data masa sebenar, yang menerima data dari pelbagai sumber klinikal dan memberikan gambaran menyeluruh tentang seseorang pesakit. Pangkalan data ini dioptimumkan agar pengamal perubatan dapat mencapai data pesakit secara individu berbanding kesemua pesakit yang mempunyai ciri yang sama bagi memudahkan pengurusan sesebuah jabatan klinikal. Antara data yang terdapat dalam pangkalan data ini ialah keputusan ujian makmal klinikal, demografik pesakit, maklumat farmasi, laporan radiologi dan imej, laporan patologi, tarikh masuk, keluar dan perpindahan hospital dan nota kemajuan pesakit.
renaissancenahdahKesusasteraanTiadaZaman yang muncul selepas zaman pertengahan dalam sejarah Eropah apabila minat terhadap seni dan sastera klasik Yunani dan Latin dibangkitkan semula. Zaman Nahdah dipercayai bermula di Itali pada penghujung kurun ke-14 dan berterusan sehingga kurun ke-16. Pada zaman ini, seni catan, seni bina, arca dan kesusasteraan mencapai tahap kegemilangannya. Zaman ini juga merupakan zaman kecemerlangan kegiatan intelektual, kreativiti serta kemajuan pengetahuan. Antara penulis terkenal pada zaman ini ialah Dante, Petrarch, Machiavelli, Lope de Vega dan Shakespeare. Renaissance dikenali juga sebagai �Zaman Pencerahan�.

Kembali ke atas