Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) terjun ke dlm (air dll); b) memasuki atau mencampuri (politik, hal orang, dll): ~ diri dlm lapangan sukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. terjun ke air. b. mencampuri atau memasuki (politik dll): ~ diri dlm bidang politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menceburkan diri


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menceburkan diri dalam bidang penulisan dan DBP adalah gedung sastera yang terbaik bagi saya. Sekiranya saya mempunyai manuskrip puisi dan novel untuk diterbitkan oleh DBP, bagaimanakah caranya untuk saya laksanakan? Siapakah personel yang mungkin boleh saya berhubung terus dengan beliau tentang perkara ini? Jutaan terima kasih.Bagi penulis baru, eloklah mengasah bakat melalui majalah Dewan Sastera. Hantarkan karya anda kepada Editor Dewan Sastera, Encik Muhammad Fadhli Al-Akiti, melalui e-mel fadhli@dbp.gov.my.Lain-lain26.05.2015
Saya berminat menceburi bidang penterjemahan, tetapi tidak mempunyai kelulusan akademik dalam bidang tersebut. Bagaimanakah caranya untuk saya menceburkan diri dalam bidang ini?Jika saudara berminat untuk mengikuti kursus terjemahan, saudara boleh menghubungi pihak-pihak yang berkenaan seperti Institut Terjemahan Negara dan Persatuan Penterjemah Negara (03- 21424381) /Puan Saodah (012-22067076) , Setiausaha Kehormat Persatuan Penterjemah Malaysia). Harap maklum.Lain-lain30.03.2009
Dalam hal ini,bantuan dan sokongan daripada kerajaan mampu memberikan peluang dan suntikan semangat kepada individu yang berusaha untuk menceburkan diri dalam bidang yang berpotensi untuk dimajukan. Tuan,bolehkah saya tahu apakah kesalahan imbuhan, kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa?Cadangan jawapan yang diberikan betul dari segi imbuhan, istilah dan tatabahasa.Tatabahasa06.01.2021
apakah maksud kecimpung dan bagaimanakah contoh penggunaannya dalam ayatPerkataan kecimpung mempunyai dua makna iaitu 1. bunyi air ditepuk-tepuk (contoh ayat: Ali  bermain dalam air sambil menepuk-nepuknya hingga berbunyi kecimpung.); 2. menceburkan diri dalam sesuatu pergerakan (kegiatan dll), giat bergerak dalam sesuatu la­pangan (usaha dll) (contoh ayat: Sudah lama beliau berkecimpung dlm lapangan drama dan persuratan.)Makna10.01.2013

Kembali ke atas