Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.ri] | منچوري

Definisi : 1. mengambil kepunyaan orang tidak dgn kebenarannya, memaling: kadang-kadang dia ~ duit ayahnya dan sebab itulah dia selalu dipukul; 2. = mencuri-curi mem­buat sesuatu dgn tidak diketahui orang atau dgn diam-diam (sembunyi-sembunyi, rahsia): ketika saya ~ melihat mukanya, nampak ia tersenyum; dia telah ~ pergi bersama-sama kawannya; ~ hati memikat hati; ~ masa menggunakan masa bekerja utk hal lain; ~ pandang memandang dgn cepat-cepat lalu menoleh ke tempat lain; ~ pekerja mengambil atau menarik pekerja (yg sedang berkhidmat dgn) sesebuah syarikat dll tanpa kerelaan majikan­nya; ~ tulang mengelakkan pekerjaan dgn tipu helah (kalau tidak diawasi tidak bekerja); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.ri] | منچوري

Definisi : 1 mengambil hak orang dgn tidak setahu atau dgn tidak mendapat kebenaran orang yg empunya: Orang yg ~ ayamnya itu telah ditangkap polis. 2 = mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu secara sem­bunyi-sembunyi: Dia ~ melihat gadis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencuri

Puisi
 

Baru kembang bunga seroja,
     Sudah ada orang mencuri;
Besar-besar istana raja,
     Kecil-kecil pondok sendiri.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Pantas seperti tangan beruk (= monyet).

Bermaksud :

Kecepatan tangan seseorang yang merampas atau mencuri barang orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Antara berikut penggunaan kata manakah yang tepat? mencuri mendengar atau mencuri dengar. Contoh ayat: Ali mencuri mendengar perbualan kakak dan kawannya atau Ali mencuri dengar perbualan antara kakak dengan kawannya?Perkataan yang betul ialah mencuri-curi yang bermaksud membuat sesuatu dengan tidak diketahui orang atau dengan diam-diam seperti mencuri-curi mendengar perbualan antara kakak dengan kawannya.Tatabahasa21.03.2012
Tuan, yang manakah betul. Laporkan pelajar yang mencuri, atau lapor pelajar yang mencuri? Laporkan atau lapor? Terima kasih.Jika ayat yang digunakan dalam bentuk arahan, maka "Laporkan pelajar yang mencuri".Tatabahasa29.09.2011
Apakah ayat songsang untuk ayat di bawah: (a) Orang-orang kampung tidak menyukai Faizan kerana dia selalu mencuri.Dalam bahasa Melayu, terdapat dua proses pendepanan prediket, iaitu: pendepanan seluruh predikat (Tidak menyukai Faiza kerana dia selalu mencuri orang-orang kampung) dan pendepanan sebahagian daripada predikat (Tidak menyukai Faizan orang-orang kampung kerana dia selalu mencuri). Melalui pendepanan sebahagian daripada predikat juga boleh dengan cara pendepanan kata kerja sahaja, pendepanan kata kerja dengan objek dan pendepanan kata kerja dengan kata bantu.Tatabahasa08.11.2015
Tuan,betulkah pengunaan kata 'siapa' ini? Dia tidak mengetahui siapa yang telah mencuri buku itu? sekiranya salah apalah perkataan yang sesuai untuk menggantikan kata 'siapa' itu? Terima kasihAyat tanya yang betul ialah siapakah yang mencuri buku saya?Tatabahasa28.06.2012
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat berikut betul? 1 Memanjat pokok ialah perbuatan yang bahaya. 2 Mencuri ialah perbuatan yang bersalah. Terima kasih.Ayat yang pertama itu betul manakala ayat yang kedua salah. Ayat kedua yang betul ialah Mencuri ialah perbuatan yang salah.Tatabahasa15.06.2012
Apakah pengertian Jenayah?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jenayah ialah perbuatan ~ kejahatan (spt mencuri, merompak, membunuh, dll) yg salah di sisi undang-undang, perbuatan salah (di sisi undang-undang), perbuatan kriminil: polis menganggap perkara itu sbg satu perbuatan ~ yg nekad; ~ harta kejahatan yg bersangkutan dgn harta (spt mencuri, merompak, menipu, pecah amanah, dll); ~ kolar putih (perbuatan) jenayah yg dilakukan oleh mereka yg bertugas dlm bidang pengurusan (profesional dsb), biasanya oleh mereka yg berkedudukan penting dlm perkhidmatan awam (syarikat dll); ~ komputer jenayah yg dilakukan dgn menggunakan sistem komputer utk mencuri maklumat atau wang; kesalahan ~ kesalahan kerana melakukan perbuatan jenayah;Makna07.06.2009
Adakah kedua-dua ayat berikut betul dari aspek tatabahasa? 1) Oleh kerana kelaparan, dia terpaksa mencuri. 2) Ianya salah di segi undang-undang untuk memiliki senjata api. Terima Kasih.

Kedua-dua ayat kurang tepat dari segi tatabahasa. 

1) Adakah kedua-dua ayat berikut betul dari aspek tatabahasa? Ayat yang tepat - Oleh sebab kelaparan, dia terpaksa mencuri.

2) Ianya salah di segi undang-undang untuk memiliki senjata api. Ayat yang tepat - Salah di sisi undang-undang memiliki senjata api.

Tatabahasa29.06.2011
Tuan, berpandukan maksud ketiga perkataan "maka" dalam Kamus Dewan, "maka" bermaksud "bahawa". Jadi, soalan saya, bolehkah perkataan "maka" digunakan sebagai kata komplemen dalam ayat majmuk pancangan komplemen? Contoh ayat: 1. Orang itu menafikan maka dia mencuri dompet itu. Dalam ayat ini, "maka" bermaksud "bahawa". Namun begitu, ayat ini menimbulkan kekeliruan pengguna bahasa. Pengguna bahasa akan keliru sama ada ayat ini bermaksud "Orang itu menafikan bahawa dia mencuri dompet itu", atau "Orang itu menafikan lalu dia mencuri dompet itu." Hal ini kerana selain bermaksud "bahawa", perkataan "maka" juga bermaksud "lalu, dan". Contoh-contoh ayat lain: 2. Lee Kian mendengar maka ada satu peraduan menyanyi yang akan diselenggarakan pada Isnin hadapan. 3. Cikgu Rabiatul mengatakan maka sesiapa yang bising tidak dibenarkan balik. 4. Kerajaan menegaskan maka walau dalam apa jua keadaan pun, rakyat Malaysia mesti bersatu. 5. Encik Wong berasa maka di sebalik lelaki yang berjaya pasti ada seorang wanita yang menyokongnya. Sebagai peringatan kepada tuan, semua perkataan "maka" dalam ayat 2,3,4 dan 5 bermaksud "bahawa" dan memikul tugas yang sama dengan kata hubung komplemen.Kata “maka” tidak boleh berfungsi sebagai kata komplemen. Maksud ketiga bagi “maka” yang bermaksud “bahawa” hanya dalam maksud seperti ayat contoh yang dirakamkan dalam kamus. Sebagai peringatan, terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu, iaitu untuk dan bahawa, sila rujuk Tatabahasa Dewan. Tatabahasa07.12.2014
Adakah perkataan -nya boleh digabungkan dengan perkataan "seolah-olah"? Contoh ayat: Kalau kamu berkata begitu, seolah-olahnya kamu menuduh saya mencuri. Pada pendapat saya, dalam contoh ayat di atas, perkataan -nya itu adalah tidak diperlukan untuk menyampaikan maksud ayat kerana jika digugurkan perkataan -nya dalam ayat itu, ia masih menyampaikan maksud yang sama. Kalau kamu berkata begitu, SEOLAH-OLAH kamu menuduh saya mencuri. Untuk itu saya berpendapat perkataan seolah-olah tidak perlu sama sekali disertakan dengan -nya dalam mana-mana keadaan jua. Ia menjadi perkataan yang lewah dan berlebihan. Ia juga tidak menjadikan perkataan seolah-olah sebagai penegasan. Adakah betul pendapat saya?Antara fungsi -nya ialah sebagai kata tugas, iaitu penegas dalam ayat seperti dalam contoh ayat yang tuan berikan. Kata -nya perlu hadir untuk melengkapkan ayat tersebut. Untuk lebih jelas sila lihat contoh yang lain seperti sesungguhnya pemuda itu telah difitnah sebelum ini.Tatabahasa29.05.2020
Salam sejahtera. Bolehkah perkataan “kalau” dan “sekalipun” digunakan dalam satu frasa yang sama? Contoh: Kalau saya tiada duit sekalipun, saya tak akan mencuri.Perkataan "kalau" dan "sekalipun" tidak boleh digunakan dalam ayat yang diberikan kerana "kalau" dan "sekalipun" merupakan kata hubung. Kata hubung yang sesuai digunakan dalam ayat tersebut ialah "sekalipun". Contoh ayat ialah "Sekalipun saya tiada duit, saya tidak akan mencuri."Tatabahasa17.07.2020
123

Kembali ke atas