Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.ki] | منداکي

Definisi : 1. memanjat (gunung, bukit, dsb): pengembara itu terpaksa ~ gunung dan meredah hutan; 2. menuju ke puncak (gunung, bukit, dsb) atau ke bahagian yg makin tinggi: jalan kecil yg berliku ~ bukit Seri Melaka; 3. makin menaik atau meninggi: memandu kereta mengikut jalan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.ki] | منداکي

Definisi : 1 memanjat (bukit, gunung dll): Dia mencuba ~ gunung itu tetapi gagal. 2 makin naik atau meninggi: Utk sampai ke tempat itu, mereka terpaksa mengambil jalan yg ~ dan berliku-liku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendaki

Puisi
 

Kalau ke bukit sama mendaki,
     Kalau ke laut sama berenang;
Kalau kita bersatu hati,
     Kerja yang berat menjadi senang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tertukik jejak mendaki,
     tersendorong jejak menurun.

Bermaksud :

Kaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(Saya mendaki gunung) dan (Saya mendaki ke gunung),mana satu salah?Ayat yang gramatis ialah saya mendaki gunung.Tatabahasa31.07.2012
keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. atau keadaan cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. tuan, yang manakah ayat yang lebih sesuai digunakan. TQAyat yang lebih sesuai digunakan ialah 'Keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai.'Tatabahasa15.08.2011
Mendaki gunung (ialah, adalah) aktiviti yang sangat digemari oleh golongan muda.Mendaki gunung ialah aktiviti yang sangat digemari oleh golongan muda.Tatabahasa25.07.2013
Apakah kesalahan dalam ayat ini. *Beta bercadang untuk membukukan pengalamannya semasa mendaki Gunung Everest.*Beta berhasrat untuk membukukan pengalamannya mendaki Gunung Everest.Tatabahasa01.06.2016
1. Kita mesti membuang sampah ( ke / di ) dalam tong sampah. 2. Berpeluh-peluh Ali menolak motosikalnya yang rosak ketika ( mendaki / mengharung ) bukit yang tinggi itu. Apakah jawapan yang paling betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih.

Saudara Gina,

jawapan yang betul ialah i. ke dalam tong sampah ii. mendaki bukit

Tatabahasa27.05.2010
Hi, nak tanya ayat berikut boleh digunakan tak? Jika tidak, apa yang sesuai? 1. Kanak-kanak semua suka binatang kecil. 2. Bilakah tarikh hari jadi awak? 3. Saya tidak berminat terhadap mendaki gunung. (atau berminat dalam?) 4. Apakah yang awak lukis? Adakah panda? Tidak mirip. Mohon jawapan dari pihak tuan. Terima kasihAyat yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Semua kanak-kanak suka akan binatang kecil/Semua kanak-kanak menyukai binatang kecil.
2. Bilakah tarikh hari jadi awak?
3. Saya tidak berminat dalam aktiviti mendaki gunung/Saya tidak berminat untuk mendaki gunung.
4. Apakah yang awak lukis? Adakah panda? Nampaknya tidak seperti panda.
Tatabahasa20.06.2019
Hasrat Aiman untuk menyertai ekspedisi mendaki Gunung Tahan terpaksa dimansuhkan. Adakah perkataan 'dimansuhkan' dalam ayat di atas salah penggunaannya? Salam.Dimansuhkan bermakna dibatalkan.  Jadi penggunaan perkataan dimansuhkan dalam tersebut tidak salah.Istilah13.06.2014
Selamat pagi. Sekolah saya baru menjalankan peperiksaan percubaan kali ke-4. Kami mengalami kekeliruan terhadap sesetengah jawapan bagi soalan berikut: 1. Penganut agama Hindu itu ____________ tangga untuk sampai ke Batu Caves. A berjalan B menaiki C menuruni D mendaki * Mengikut jawapan yang diberi, jawapannya ialah B. Tetapi merujuk kepada DBP edisi ke-4, definisi 'menaiki' juga bermaksud 'mendaki'. 2. "Awak pergilah dulu ke kantin. Sebentar lagi, saya akan _________," kata Emily kepada En. Woon. A mengejar B menyusul C mengikuti D mengekori ** Mengikut jawapan yang diberi, jawapannya ialah B. Tetapi merujuk kepada DBP edisi ke-4, definisi 'menyusul' juga bermaksud 'mengikuti' dan 'mengekori'. Sekian, terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kata 'menaiki' juga sama dengan 'mendaki'. Begitu juga kata ' menyusul' juga bermakna 'mengikuti' dan 'mengekori'. Sila berbincang dengan pihak  sekolah tentang perkara ini.Makna08.08.2008
Salam sejahtera, 1.Zali dan keluarganya mendaki Gunung Kinabalu yang tinggi. 2.Zali dan keluarganya bergambar di puncak gunung. Adakah ayat-ayat ini betul? Terima kasih.Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, kedua-dua ayat ini betul.Tatabahasa19.09.2021
ICerpen "Hajat Ibu"dihasilkan olehnya. IISurat perjanjian itu telah beliau tandatangani. IIIBerhati-hati mendaki Bukit Gerun adik bongsu saya. IVJambangan bunga ini akan kami hadiahkan kepada Cikgu Yeo bersempena dengan Hari Guru. Pilihkan ayat-ayat yang betul Jawapan ialah ?

Ayat yang betul ialah ayat I, II dan IV.

Sila rujuk guru bahasa Melayu di sekolah anda atau buku-buku yang berkaitan dengan tatabahasa seperti Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mengetahui jawapan yang tepat.

Tatabahasa03.08.2022
12

Kembali ke atas