Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.lam] | مندالم

Definisi : 1. menjadi dalam atau lebih dalam (bkn lubang dsb), bertambah dalam: lukanya semakin ~ kerana tidak dirawat dan dibubuh ubat; 2. menjadi kukuh dan tidak mudah luput (bkn perasaan, kepercayaan terhadap sesuatu dll), menjadi berat, melarat (bkn penyakit dll): perasaan cintanya terhadap Bibah semakin ~; kebencian yg ~; tradisi lama di kampungku terlalu ~; 3. sampai ke peringkat yg terperinci (bkn kajian dsb), luas dan teliti (meliputi banyak aspek): kajiannya tentang sastera Melayu kurang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.lam] | مندالم

Definisi : 1 bertambah dalam; menjadi dalam: Lukanya kian ~ kerana tidak diubati. 2 teliti (sempurna, luas dll): Pengetahuannya ttg sastera Melayu sungguh ~. 3 lebih melarat (penyakit); lebih dalam, kuat, kukuh (bkn perasaan): Perasaan bencinya terhadap bangsa asing sungguh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendalam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
depth interviewtemu ramah mendalam/temu bual mendalamSosiologiTiadaSatu wawancara yang berusaha menggali faktor-faktor dasar, dengan memberikan dorongan kepada seseorang untuk memperlihatkan pola-pola tingkah laku yang akhirnya dapat dianalisis.
deep spaceruang mendalamKesenianTiada2. Ruang mendalam: Ruang dalam lukisan dan dimensi yang menunjukan kesan dalam.
coextensivemendalamPerpustakaanTiadaPerihal mengelaskan dokumen atau buku secara teliti, mendalam dan terperinci supaya bersesuaian dengan subjek buku tersebut.
الامعانpengajaran mendalamAgama IslamHadithPengajaran Ḥadīth dengan membacanya berserta huraian yang mendalam dan teliti.
depth reportingpelaporan mendalamKomunikasiTiadaProses pemberitaan yang dibuat secara menyeluruh dan mendalam.
in depth interviewwawancara mendalamKomunikasiTiada1. Wawancara yang dilakukan untuk memperoleh maklumat yang lebih terperinci mengenai sesuatu isu. 2. Kaedah yang digunakan oleh penyelidik untuk mengumpul data dengan menggunakan penyelidikan secara kualititatif. Kaedah ini memerlukan seseorang penyelidik menjalankan temu bual dengan responden secara mendalam dan terperinci.
blurbsariKomunikasiKorporatMaklumat yang ditulis secara ringkas, padat, dan mengandungi makna mendalam mengenai sesuatu yang ingin ditonjolkan. Maklumat boleh bersifat penjelasan, komentar, pujian, publisiti dan sebagainya. Penulisan jenis ini kerap digunakan untuk menjelaskan kandungan buku, kandungan kursus, atau maklumat mengenai barangan. Kata-kata yang digunakan kerap memberikan makna yang besar dan mendalam. Selain itu, terdapat juga kenyataan yang bersifat tidak menunjukkan penglibatan, kenyataan yang diambil daripada komentar penulis akhbar, dan hasil temu bual dengan individu berwibawa mengenai sesuatu perkara. Matlamat penulisan sari adalah untuk menarik perhatian pelanggan.
reconditemendalamKesusasteraanTiadaTiada
coextensivenesspengelasan mendalamPerpustakaanTiadaPengelasan intensif dan terperinci yang dibuat untuk subjek khusus sesebuah buku.
entrenched streamsungai mendalamGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas