Berair kerongkongan. | Mendapat rezeki. kerongkongan = pembuluh nafas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rongkongan menghadap mudik. | Mudah mendapat rezeki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rongkongan menghadap hilir. | Sukar mendapat rezeki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertemu bukit di tepi telaga. | Mendapat rezeki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hempas tulang berisi perut. | Rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ringan tulang berat perut. | Yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki. (lawannya: Berat tulang, ringan perut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada gula, ada semut. | Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padi masak, adalah pipit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada padi masak, adalah pipit. | Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada gula, ada semut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar menyelodok ke bawah rumah, asal mendapat telur ayam. | Biar mengerjakan pekerjaan yang kurang baik martabatnya asalkan mendapat rezeki yang halal. menyelodok = merangkak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |