Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.ngar] | مندڠر

Definisi : 1. menangkap (bunyi, suara) dgn telinga: pd mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu; 2. mendapat (khabar, berita, dll), mendapat tahu: setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja; 3. memberikan perhatian kpd kata-kata dsb seseorang (utk mengikutnya, memper­timbangkannya, dsb), mempedulikan, me­ngikut (kata, suruhan, dll): kerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya; ~, mengingat (menimbangkan) memutuskan Id (digunakan berkaitan dgn) proses membuat sesuatu ke­putusan (resolusi); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.ngar] | مندڠر

Definisi : 1 dpt menangkap atau menanggap bunyi (suara dll) dgn telinga: Saya ~ suara orang meminta tolong dr pondok itu. 2 mendapat berita (khabar dll): Saya baru ~ berita sedih dr kampung. 3 mengikut kata, suruhan, tegahan dll; mempedulikan: Dia tidak mahu ~ nasihat guru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendengar

Puisi
 

Pokok nyiur pokok pinang,
     Pokok dedap pohon pandan;
Bila mendengar adik bertunang,
     Abang di sini tak sedap badan.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Kerana mendengar bunyi.

Bermaksud :

Terpedaya kerana mendengar berita baik saja.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mendengar dari radio @ Mendengar daripada radio?

Yang lazim digunakan ialah mendengar radio.

Tatabahasa13.10.2011
1. Rita berehat sambil mendengar radio di bawah pokok. 2. Rita berehat di bawah pokok sambil mendengar radio. 3. Rita mendengar radio sambil berehat di bawah pokok. Dari segi bahasa, sila memberikan nasihat mengenai struktur ayat yang betul. Terima kasih.

Cik Ng, ketiga-tiga ayat di atas betul. Cuma kita kena tahu apakah sebenarnya, atau fokus kita semasa menulis ayat tersebut. Terima kasih 

Tatabahasa17.01.2009
Ayat 1. Ali berehat di bawah pokok yang rendang. Ayat 2. Ali mendengar radio. Ayat majmuk: 1. Ali bereha di bawah pokok yang rendang sambil mendengar radio. 2. Ali berehat sambil mendengar radio di bawah pokok yang rendang. Soalan: Yang manakah betul antara ayat majmuk 1 dengan ayat majmuk 2?Kedua-dua ayat majmuk Ali bereha di bawah pokok yang rendang sambil mendengar radio dan Ali berehat sambil mendengar radio di bawah pokok yang rendang  betul.Tatabahasa03.03.2012
Tuan/Puan, Saya inginkan kepastian tentang terjemahan "Listening To" yang merujuk kepada lagu yang seseorang dengari (sepanjang menjadi ahli akaun), dalam sesuatu akaun muzik. Contohnya: Dalam akaun Spotify, terdapat ikon yang menunjukkan lagu yang Christopher suka dengari (lihat lampiran). Apakah terjemahan yang paling tepat untuk "Listening To": a. Mendengar b. Sedang Mendengar c. Mendengar Kepada d. Mendengari e. Mendengarkan atau, adakah terjemahan lain yang lebih tepat? Terima kasih atas bantuan pihak tuan/puan.Tuan/puan,

Jika dilihat lampiran yang diberikan, "Listening to" lebih sesuai diterjemahkan sebagai "Sedang mendengar".
Penyemakan dan penterjemahan24.10.2017
Salam sejahtera tuan/puan. Mohon pengesahan/ penjelasan tuan/puan bagi perkataan yang bersesuaian berdasarkan situasi: 1) Doa Ketika Mendengar Petir atau Doa Ketika Mendengar Bunyi Petir 2) Doa Keluar Masjid atau Doa Keluar dari Masjid Terima kasih.1. Doa Mendengar Petir
2. Doa Keluar Masjid
Lazimnya sesuatu tajuk termasuklah tajuk doa ditulis ringkas. Hal ini berbeza dengan ayat yang ditulis dengan binaan lengkap, seperti berdoa ketika mendengar petir dan berdoa ketika keluar dari masjid.
Tatabahasa15.09.2020
Tuan di talian, Ayat manakah yang betul bagi ayat contoh di bawah. 1. Murid-murid tekun mendengar ceramah motivasi itu. atau 2. Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun.Ayat yang gramatis ialah Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun.Tatabahasa07.06.2012
Tuan, Antara berikut penggunaan kata manakah yang tepat? mencuri mendengar atau mencuri dengar. Contoh ayat: Ali mencuri mendengar perbualan kakak dan kawannya atau Ali mencuri dengar perbualan antara kakak dengan kawannya?Perkataan yang betul ialah mencuri-curi yang bermaksud membuat sesuatu dengan tidak diketahui orang atau dengan diam-diam seperti mencuri-curi mendengar perbualan antara kakak dengan kawannya.Tatabahasa21.03.2012
Saya seringkali mendengar orang mengatakan 'jam 9 malam' atau 'pukul 9 malam'. Menurut DBP dan korpusnya, mana satukah yang lebih lazim digunakan dan diterima sebagai baku?Perkataan yang tepat ialah pukul seperti pada pukul 9.00 malam.Tatabahasa13.11.2018
Saya pernah mendengar bahawa frasa "mungkin barangkali" tidak wajar digunakan secara berturutan dan dianggap lewah. Boleh pihak DBP menjelaskan dengan lebih terperinci? Hal ini demikian kerana saya tidak bertemu jawapan yang tepat apabila membuat pencarian di internet. Contoh ayat: Mungkin barangkali dia akan tiba esok. Terima kasih.Antara maksud kata 'barangkali' ialah mungkin. Penggunaan yang betul ialah 'Mungkin dia akan tiba esok' atau  'Barangkali dia akan tiba esok'. Penggunaan yang bertururtan menjadikan ayat tersebut tidak gramatis.Tatabahasa10.12.2010
Saya pernah mendengar dari beberapa pegawai kerajaan tentang perkataan INTERGRITI. Satelah melakukan pencarian ayat, masih belum saya menjumpai erti perkataan tersebut. Tolong bantu saya dalah hal ini.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud integriti ialah kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Terima kasih.Makna05.11.2007
12345678910...

Kembali ke atas