Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.ri.ta] | مندريتا

Definisi : 1. menanggung kesusahan (ke­sakitan, keseksaan, dsb): dia hidup ~ sejak ditinggalkan kekasih; 2. = menderitai menanggung, mengalami: orang pelarian Kampuchea ~ kemiskinan yg teruk; kerugian yg mereka deritai amatlah banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.ri.ta] | مندريتا

Definisi : menanggung kesusahan (kesakitan, seksaan dll): Orang-orang miskin di luar bandar selalu hidup ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menderita

Peribahasa

Barang tergenggam jatuh terlepas.

Bermaksud :

Menderita kemalangan sehingga barang yang sudah dimiliki hilang.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paranoidparanoidPerubatanTiadaSeseorang yang menderita gangguan neurosis kronik yang berkembang secara beransur-ansur. Berpunca dari kebimbangan kehilangan sesuatu yang telah diperolehi.
sadnesskesedihanPerubatanTiadaPerasaan muram dan pilu yang dirasai oleh pesakit akibat menderita sakit.
giberrellic acidasid giberelikBiologiPatologiBahan yang merangsang pertumbuhan pucuk, terutama benih. Gejala pada benih padi yang menderita penyakit besar rabu disebabkan oleh bahan pengawalatur pertumbuhan ini. Perkataan giberelik berasal daripada nama peringkat seks kulat yang menyebabkan penyakit tersebut, iaitu Gibberella fujikuroi.
ascorbic acidasid askorbikKimiaBiokimiaVitamin larut air yang terdapat dalam sayur-sayuran hijau segar dan buah-buahan sitrus. Kekurangannya dalam diet boleh menyebabkan seseorang menderita penyakit skurvi iaitu kelemahan dinding rerambut, kekurangan rintangan terhadap penyakit, dan sebagainya: vitamin C
parasiteparasitBiologiPatologiOrganisma yang sebahagian atau seluruh hidupnya memperoleh makanan berupa karbon organik daripada organisma hidup yang lain. Hasil persekutuan ini organisma lain tersebut menderita sedangkan parasit tidak bermanfaat kepada organisma yang diparasitnya. Persekutuan kedua-kedua organisma tersebut lebih merupakan hubungan langsung yang melibatkan pengambilan makanan sahaja. bd. patogen.
dodderdedaluBiologiPatologiTumbuhan berbunga (angiosperma) daripada genus Cuscuta yang hidup sebagai parasit dengan cara melekat, dan memasukkan haustoriumnya ke dalam banyak jenis tumbuhan berbunga yang lain untuk memperoleh makanan, hingga tumbuhan berbunga yang diparasitnya menderita dan mati.

Kembali ke atas