Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.du.du.ki]/[men.du.du/.ki] | مندودوقي

Definisi : 1. mengambil tempat duduk, duduk di: tikar terbentang diduduki; 2. = mengeduduki mendiami, tinggal di: bebe­ra­pa orang datang ke bilik yg diduduki orang baru itu; rumah itu sudah lama tidak di­duduki orang; 3. menakluki (mengalahkan) dan menguasai sesebuah negeri dll: penye­rangan itu bermaksud hendak ~ Sri Wijaya; 4. mengambil (memasuki, mengikuti) sesuatu peperiksaan atau ujian: mereka telah ~ pe­pe­riksaan itu dlm bahasa Inggeris pd tahun lalu; 5. duduk (berada) di (kerusi parlimen, majlis tertinggi, dsb): beliau akan ~ kerusi dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; 6. ki memikat hati se­seorang: pe­muda itu telah berjaya ~ hatinya yg kosong selama ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.du.du.ki]/[men.du.du/.ki] | مندودوقي

Definisi : 1 duduk di: Dia masuk dan terus ~ tempat yg disediakan. 2 bertempat tinggal di; mendiami; menghuni: Tidak seorang pun yg mahu ~ rumah yg dikatakan berhantu itu. 3 memasuki atau mengambil sesuatu peperiksaan atau ujian: Razak baru saja ~ peperiksaan undang-undang. 4 mendapat; menempati: Dia ~ tempat kedua dlm pertandingan itu. 5 menyerang, mengalahkan dan menguasai sesebuah negara; menakluk: Tentera Jepun ~ Tanah Melayu dr tahun 1941 hingga tahun 1945. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menduduki


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
occupy forest reservemenduduki hutan simpanPerhutananTiadaTiada
temporary occupation of landmenduduki tanah bagi sementaraUndang-undangTiadaTiada
occupied in expectation of titlemenduduki dengan harapan mendapat hak milikUndang-undangTiadaTiada
by continuing in occupationdengan jalan terus mendudukiUndang-undangTiadaTidak mengosongkan, meninggalkan atau keluar daripada tanah atau bangunan yang diduduki atau dihuni walau apapun keadaan dan/atau apa yang berlaku.
occupation of premises for non-business purposesmenduduki premis bukan tujuan perniagaanPentadbiran PerniagaanTiadaSalah satu sumber pendapatan yang dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan.
occupation of premises for non-business purposesmenduduki premis bukan tujuan perniagaanEkonomiTiadaTiada
archangelmalaikat utamaSejarahTiadaMalaikat yang menduduki tempat yang paling tinggi menurut kepercayaan agama Kristian.
genegenKimiaBiokimiaUnit keturunan yang menduduki lokus tertentu di dalam kromosom, dan dapat juga menjadi unit fungsi (sistron), unit muatan (muton), atau unit penggabungan semula (rekon).
presentationpresentasiPerubatanTiadaBahagian fetus yang menduduki kanal pelvis, yang dapat dirasai dengan jari melalui faraj.
Lappsorang LapGeografiTiadaManusia pribumi yang menduduki kawasan utara Scandinavia termasuk Sweden, Norway dan Finland.
123456

Kembali ke atas