Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.ga/] | منݢق

Definisi : 1. lurus ke atas, tidak condong atau miring: sesuatu garisan itu ~ jika ia meng­hala ke pusat bumi ini; 2. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke pering­kat yg lebih tinggi dlm tangga yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.ga/] | منݢق

Definisi : menjadi tegak (lurus ke atas): Anak pokok yg baru akan tumbuh ~ dr mata tunas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegak (adjektif)
Bersinonim dengan lurus, tidak condong, tidak miring, tidak senget;,
Kata Terbitan : tegak-tegak, menegak, menegakkan, tertegak,

Puisi
 

Berapa dalam lubuk Inggeris,
     Saya berani menebar jala;
Berapa tajam pisau dan keris,
     Saya berani menegak dada.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimana kedudukan logo pada spine buku, menegak atau sama dengan kedudukan teks di spine bukuKedudukan logo pada tulang buku (spine) ialah menegak.Lain-lain31.03.2015
Selamat pagi. Adakah baris dan deret itu membawa maksud yang sama? "Paku itu dipasang dalam bentuk sembilan baris melintang dan sembilan baris menegak", adakah penggunaan "baris melintang" dan "baris menegak" betul dalam konteks ini? Terima kasih.Baris bermaksud banjar atau deret yang merupakan garis lurus (pokok, huruf, dan lain-lain). Deret ialah baris yang panjang atau jajar. Oleh yang demikian, baris dan deret membawa maksud yang sama. Penggunaan "baris melintang" dan "baris menegak" dalam konteks ini betul.
Lain-lain21.01.2021
ini adalah papan iklan menegak yang akan kami gunakan. di harap pihak tuan dapat memberi kelulusan dalam penggunaan bahasa tersebutUntuk pengesahan bahasa Melayu, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Puan hendaklah mendaftar masuk dan lampirkan visual iklan.Lain-lain25.11.2014
Saya ingin tahu apakah terjemah terbaik untuk 'vertical garden' dan 'vertical gardening'?Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk 'vertical garden' dan 'vertical gardening' dalam pangkalan data kami. Walau bagimanapun, terdapat istilah bahasa  Melayu untuk  'vertical landscape', iaitu landskap menegak. Istilah bahasa Melayu untuk 'garden' ialah taman dan untuk 'gardening' ialah perkebunan. Oleh itu , istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah taman menegak dan perkebunan menegak.Istilah31.03.2012
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ?

Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.

Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu;

 

 

Makna11.08.2009
Apakah hubungan paradigmatik dan sintagmantik dalam Bahasa Melayu?Paradigmatik bermaksud berkaitan dengan paradigma. Sintagmatik bermaksud berkaitan dengan  sintaksis atau ayat. Paradigmatik berlaku secara menegak dan sintagmatik secara melintang. Sila rujuk buku atau makalah dalam bidang ini yang terdapat di perpustakaan yang berhampiran dengan saudara.Tatabahasa15.08.2012
Apakah yang dimaksudkan dengan peraturan paradigmatik. Soalan ini adalah berkaitan dengan kursus yang saya ambil iaitu Tatabahasa Melayu.Perbezaan antara sintagmatik dan paradigmatik.Paradigmatik bermaksud berkaitan dengan paradigma. Sintagmatik bermaksud berkaitan dengan  sintaksis atau ayat. Paradigmatik berlaku secara menegak dan sintagmatik secara melintang. Sila rujuk buku atau makalah dalam bidang ini yang terdapat di perpustakaan di tempat saudara. Makna04.03.2008
Apakah terjemahan untuk "compressed" seperti dalam kes di bawah: Takrif: having a narrow shape as if flattened, especially sideways. adjective: compressed "most sea snakes have a compressed tail" Saya yakin ada padanan selain mampat dalam bahasa Melayu tetapi saya tidak dapat memikirkannya. Adakah pipih sesuai ataupun ia cuma untuk permukaan leper yang melintang dan bukannya menegak seperti bentuk ekor ular laut. Terima kasih.Mengikut konteks ayat yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang paling hampir bagi perkataan compressed tail ialah ekor berbentuk tirus.Penyemakan dan penterjemahan22.03.2015

Kembali ke atas