Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.ga/] | منݢق

Definisi : 1. lurus ke atas, tidak condong atau miring: sesuatu garisan itu ~ jika ia meng­hala ke pusat bumi ini; 2. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke pering­kat yg lebih tinggi dlm tangga yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.ga/] | منݢق

Definisi : menjadi tegak (lurus ke atas): Anak pokok yg baru akan tumbuh ~ dr mata tunas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegak (adjektif)
Bersinonim dengan lurus, tidak condong, tidak miring, tidak senget;,
Kata Terbitan : tegak-tegak, menegak, menegakkan, tertegak,

Puisi
 

Berapa dalam lubuk Inggeris,
     Saya berani menebar jala;
Berapa tajam pisau dan keris,
     Saya berani menegak dada.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vertical equityekuiti menegakEkonomiTiadaPrinsip kesaksamaan atau keadilan dalam menanggung beban cukai. Mengikut ekuiti menegak, pembayar cukai yang mempunyai pendapatan atau kekayaan (sebagai ukuran kemampuan membayar cukai) yang berbeza, patut membayar cukai yang berbeza. Misalnya, orang yang berpendapatan RM50 000 setahun patut membayar cukai yang lebih banyak daripada orang yang berpendapatan RM20 000 setahun. Sinonim kesaksamaan menegak, keadilan menegak.
apeektegak/hampir tegakSukanTiada1. Dalam kedudukan menegak atau hampir menegak.,2. Ke arah atas.
apeaktegak/hampir tegakPelayaranTiada1. Dalam kedudukan menegak atau hampir menegak.,2. Ke arah atas.
verticasl visibilityketampakan menegakMeteorologiMeteorologi PerhubunganJarak yang dapat dilihat secara menegak oleh pemerhati dalam keadaan kehadiran fenomena pengaburan. Anggaran ketampakan menegak diperoleh berdasarkan penaikan belon siling atau belon duga, atau dengan penembusan cahaya sorot siling atau dengan silometer.
hydrostatic equationpersamaan hidrostatikGeologiTiadaPersamaan bagi komponen menegak persamaan vektor gerakan apabila semua daya Coriolis, lengkungan bumi, geseran, dan pecutan menegak terlalu kecil sehingga boleh diabaikan jika dibandingkan dengan daya tekanan menegak dan daya graviti.
hydrostatic equationpersamaan hidrostatikSainsHidrometeorologiPersamaan bagi komponen menegak persamaan vektor bagi gerakan apabila kesemua unsur Coriolis, lengkungan bumi, geseran dan pecutan menegak terlalu kecil sehingga boleh diabaikan jika dibandingkan dengan daya tekanan menegak dan daya graviti. Oleh itu dengan ialah tekanan; pecutan graviti; dan ketinggian geometri. Untuk gerakan skala siklon, ralat yang timbul akibat penerapan hidrostatik kepada atmosfera adalah kurang daripada 0.01 peratus.
vertical half pageseparuh halaman menegakKomunikasiKorporatRuang iklan menegak yang memenuhi separuh halaman sesuatu penerbitan bercetak. Ruang iklan ini mempunyai dua faedah utama. Pertama, kos iklan yang rendah. Kedua, cara ini boleh menarik perhatian khalayak untuk membaca bahan bertulis di sebelahnya yang secara tidak langsung akan terdedah kepada iklan berkenaan. Iklan yang memenuhi ruang ini kerap disesuaikan dengan tema rencana pada halaman tersebut dan jenis khalayak yang disasarkan. Selain boleh menjimatkan kos, iklan ini boleh meningkatkan keberkesanan penyampaian mesej. Walau bagaimana pun, kos ruang iklan ini bergantung pada jenis dan kedudukan halaman dalam sesuatu penerbitan. Lebih kerap halaman terdedah kepada pembaca maka lebih tinggi nilai kos iklan di halaman menegak tersebut..
bar chart or bar graphcarta bar atau graf barTeknologi MaklumatTiadaCarta atau graf yang menggambar maklumat (nilai melawan kategori) dalam bentuk palang atau bar. Bar yang digambarkan boleh dalam bentuk menegak (nilai di paksi menegak, kategori di paksi mengufuk) atau dalam bentuk mengufuk (nilai di paksi mengufuk, kategori di paksi menegak). Dalam carta/graf bar yang sama, dua atau lebih kategori boleh digunakan untuk tujuan membandingkan nilai kategori tesebut. Contoh carta bar mengufuk seperti berikut: Rajah 1
rising mainsesalur menegakTeknikElektrikSistem pendawaian yang hanya digunakan dalam keadaan menegak, misalnya sebagai pendawaian bekalan masuk ke setiap tingkat rumah bertingkat. Pendawaian ini biasanya dibuat dengan menggunakan palang bas yang diisi ke dalam sesalur atau menggunakan kabel dalam pembuluh.
vertical polarizationpengutuban menegakAeroangkasaTiadaFenomena fizikal gelombang elektromagnet yang mengehadkan getaran pada arah menegak.
12345678910...

Kembali ke atas