Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.gu/] | منݢوق

Definisi : minum (air, ubat, dll), menelan (air): mereka ~ kopi masing-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.gu/] | منݢوق

Definisi : menelan sesuatu benda cair: ~ air kopi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teguk
Kata Terbitan : meneguk, tegukan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah adalah betul ? 1. Lukman berdiri sambil meneguk minuman yang disediakan di tepi meja. 2. Lukman berdiri sambil meneguk minuman yang berperisa epal di meja.Yang  betul  ialah Lukman berdiri sambil meneguk minuman yang disediakan di tepi meja.Tatabahasa02.03.2019
Yang manakah betul? 'melepaskan batuk di tangga' ATAU 'melepaskan batok di tangga'. Jika merujuk KD edisi 4 m/s 137. Makna 'batuk' -mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya, bunyi seseorang batuk, penyakit. Sebaliknya' batok' lebih sesuai kerana 'batok' ialah 'tempurung' yang biasanya digunakan untuk meneguk air. Harap dapat memberikan penjelasan. terima kasih.Data dalam Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu ialah "melepaskan batuk di tangga". Peribahasa "melepaskan batuk di tangga" ini telah diterima pakai sekian lama walaupun ada yang memberikan pandangan bahawa perkataan yang betul ialah batok bukan bantuk.Tatabahasa28.09.2012
1. Emak menghiris se ____ bawang merah. A. ulas B. ketul C. labu D. jambak. 2. Pemuda ____ minuman. A. menyedut B. menghirup Apakah jawapan yang betul dalam soalan 1 dan 2 ?Mengapakah ? 3. Lina tidak suka mengambil makanan yang (berat) seperti nasi terutamanya pada waktu malam. Perkataan "berat" boleh gunakan dalam ayat ini?Jika salah, apakah perkataan yang sesuai ? Terima kasih.1. Emak menghiris seulas bawang merah. Labu boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar. Walaupun makna labu sebagai penjodoh bilangan tidak ada dalam kamus, tetapi korpus bahasa Melayu (boleh dilihat melalui laman web DBP www.dbp.gov.my) merakamkan penggunaan labu sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar dan bawang putih.
2. Dalam Kamus Dewan, menghirup bermaksud "menyedut dan menelan benda cair, meneguk". Menyedut pula bermaksud "menarik masuk (ke dalam)  dengan kekuatan udara (dengan mulut , hidung dan lain-lain), menghirup, menghisap.' Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan "menghirup" dan "menyedut" boleh digunakan.
3. Makanan berat adalah betul dan boleh digunakan.
Tatabahasa24.01.2013

Kembali ke atas