Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.lan] | منلن

Definisi : 1. memasukkan (makanan dll) ke dlm perut melalui kerongkong: makanan itu pun dikunyahnya, kemudian barulah di­telannya; 2. memakan mangsa dll, melulur: ular itu kononnya sangat besar dan boleh ~ seekor kerbau; 3. ki memakai banyak-banyak (perbelanjaan dll), banyak memakan atau menggunakan: utk mengundang manusia seramai itu pun sudah ~ belanja yg besar juga; 4. ki mengambil sesuatu secara gelap atau haram (makan suap dll): sebahagian wang ini ditipu dan ditelan oleh pegawai-pegawai yg bertanggungjawab dlm lapang­an sosial; 5. ki menerima sesuatu yg tidak menye­nangkan (spt kekalahan dll): walau bagaimanapun orang Melayu terpaksa ~ kecaman yg sebegitu pedas; 6. menguasai (negeri dll), menakluki: dia memberitahu kerajaan bahawa orang asing itu akhirnya akan ~ Jepun; 7. ki menguasai, menghapus­kan, melenyapkan: sesungguhnya itu satu lagi warisan budaya yg patut sama-sama di­pe­li­hara agar tidak pupus begitu sahaja ditelan zaman (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.lan] | منلن

Definisi : 1 memasukkan sesuatu ke dlm perut melalui kerongkongan: Sebelum ~, kita hendaklah mengunyah makanan lumat-lumat. 2 memakan mangsanya dgn tidak dikunyah (ttg ular dll): Bagai cacing hendak ~ naga. 3 menggunakan banyak-banyak (ttg belanja dll): Pembinaan jambatan itu telah ~ belanja dua juta ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telan
Kata Terbitan : menelan, tertelan,

Puisi
 

Kalau hendak menangkap labi,
     Lehernya itu jangan dijerut;
Ulat yang menelan babi,
     Cacing pula bengkak perut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kapak menelan beliung.

Bermaksud :

Yang baik ditukar dengan yang buruk.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
choke~ st down, menelan sst (dgn susah), terpaksa menelan: she hated escargots but somehow managed to ~ them down, dia sama sekali tdk suka akan siput tetapi dapat menelannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
costvi incur expenditure, menelan belanja: the highway project ~s too much, projek lebuh raya ini menelan belanja yg begitu banyak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swallow 1 vi menelan: the girl ~ed nervously before replying, gadis itu dgn gugupnya menelan air liur sebelum menjawab soalan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drink~ st down, menelan sst: he tipped the glass and quickly drank the medicine down, dia menunggangkan gelas lalu menelan ubat itu cepat-cepat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
engulfvt 1. swallow up, menelan: huge waves ~ed the small boat, gelombang besar menelan bot kecil itu; 2. overwhelm, swamp, melanda; (by silence, grief, etc) menyelubungi: a wave of panic ~ed the people, panik melanda orang ramai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
devouringadj 1. engulfing, sedang /menelan, memakan/ + approp n: ~ flame, api yg sedang menelan rumah itu; 2. (of look) lahap; 3. (of eyes) memandang dgn lahap; 4. engrossing, absorbing, menguasai sso: a ~ passion, perasaan ghairah yg menguasai sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swallow 1 3. (colloq) put up with, accept patiently, menelan: she ~ed the insult and injustice and carried on doing her duty, dia terpaksa menelan penghinaan dan ketidakadilan itu dan terus menjalankan tugasnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swallow 1 vt 1. ingest (food etc) by muscular contractions of the throat, menelan: the child refused to ~ the medicine, budak itu enggan menelan ubat itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
costlyadj (expensive) mahal; (involving considerable expenditure), /menelan, memakan/ belanja yg /besar, banyak/; (involving great loss) merugikan: she decorated her home with ~ furniture, dia menghias rumahnya dgn perabot yg mahal; the expedition proved to be ~, ekspedisi itu didapati menelan belanja yg banyak; it was a ~ mistake and one which should not be repeated, itu satu kesilapan yg merugikan dan tdk patut berlaku lagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gobble 2 ~ st up, a. eat st quickly or greedily, makan sst dgn gelojoh; b. (colloq) menelan sst: the unsuccessful business venture ~d up all our money, usaha perniagaan yg tdk berjaya itu telah menelan semua wang kami.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas