Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.lan] | منلن

Definisi : 1. memasukkan (makanan dll) ke dlm perut melalui kerongkong: makanan itu pun dikunyahnya, kemudian barulah di­telannya; 2. memakan mangsa dll, melulur: ular itu kononnya sangat besar dan boleh ~ seekor kerbau; 3. ki memakai banyak-banyak (perbelanjaan dll), banyak memakan atau menggunakan: utk mengundang manusia seramai itu pun sudah ~ belanja yg besar juga; 4. ki mengambil sesuatu secara gelap atau haram (makan suap dll): sebahagian wang ini ditipu dan ditelan oleh pegawai-pegawai yg bertanggungjawab dlm lapang­an sosial; 5. ki menerima sesuatu yg tidak menye­nangkan (spt kekalahan dll): walau bagaimanapun orang Melayu terpaksa ~ kecaman yg sebegitu pedas; 6. menguasai (negeri dll), menakluki: dia memberitahu kerajaan bahawa orang asing itu akhirnya akan ~ Jepun; 7. ki menguasai, menghapus­kan, melenyapkan: sesungguhnya itu satu lagi warisan budaya yg patut sama-sama di­pe­li­hara agar tidak pupus begitu sahaja ditelan zaman (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.lan] | منلن

Definisi : 1 memasukkan sesuatu ke dlm perut melalui kerongkongan: Sebelum ~, kita hendaklah mengunyah makanan lumat-lumat. 2 memakan mangsanya dgn tidak dikunyah (ttg ular dll): Bagai cacing hendak ~ naga. 3 menggunakan banyak-banyak (ttg belanja dll): Pembinaan jambatan itu telah ~ belanja dua juta ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telan
Kata Terbitan : menelan, tertelan,

Puisi
 

Kalau hendak menangkap labi,
     Lehernya itu jangan dijerut;
Ulat yang menelan babi,
     Cacing pula bengkak perut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kapak menelan beliung.

Bermaksud :

Yang baik ditukar dengan yang buruk.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tongue thrustlidah menonjolPergigianTiadaTabiat mengeluarkan lidah sewaktu proses menelan. Tabiat ini menyebabkan gigitan terbuka anterior akibat daya yang dikenakan oleh lidah ke permukaan palatal gigi anterior maksila. Tabiat ini boleh diatasi dengan memakai aplians arkus lingual berkrib mandibel atau aplians pemegang palatal berpagar. Aplians ini menghalang pesakit menonjolkan lidahnya, di samping melatih lidah berfungsi dengan betul semasa menelan.
dysphagiadisfagiaAIDSTiadaKesukaran menelan akibat penyempitan esofagus yang disebabkan oleh virus herpes simpleks (HSV)
dysphagiadisfagiaGerontologiTiadaKesukaran menelan akibat penyempitan esofagus.
deglutitionpenelananBiologiFisiologiProses menelan.
phagocytosisfagositosisPerubatanTiadaProses menelan zarah atau sel lain oleh sel tertentu, seperti makrofaj, ameba dan leukosit.
acataposisakataposisPerubatanTiadaKesukaran untuk menelan (istilah usang bagi disfagia).
dysphagiadisfagiaPerubatanTiadaKesukaran untuk menelan, biasanya disebabkan esofagus tersumbat atau gangguan pada otot yang terlibat dalam penelanan.
phagocytefagositPerubatanTiadaSel yang menelan sel dan zarah lain di sekitarannya melalui proses fagositosis. Biasanya bahan yang ditelan itu dicernakan di dalam sel tersebut. Contoh sel jenis ini antaranya termasuk polimorf dan makrofaj di dalam vertebrat, yang memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan organisma terhadap jangkitan.
pinocytepinositPerubatanTiadaSel yang berupaya �menelan� makanan secara pinositosis.
deglutitiondeglutisi/penelananPerubatanTiada2. Proses atau tindakan menelan.
123

Kembali ke atas