Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mengarahkan kpd, memakĀ­sudĀ­kan, menuju; 2. ki menyambar (petir). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. melepaskan bedilan dgn senjata api (senapang, pistol, dll), melepaskan bedilan ke arah (seseorang atau sesuatu), membedil: seorang pun tidak berani ~ harimau yg ganas itu; 2. Id menyepak bola ke arah gol (dlm permainan bola sepak); 3. ki berbuat bohong, membohongi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tembak
Kata Terbitan : bertembak-tembakan, menembak, tembakan, penembakan, penembak,

Puisi
 

Orang menembak Johor Lama,
     Asap sampai Johor Bahru;
Hajat hati sudah lama,
     Nak cakap takut malu.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Tembak-menembak di Kalimantan, Mati terkena peluru buta; Ombak Tsunami kias-kiasan, Maut menyambar sekelip mata.Pantun Melayu SarawakAgama
Orang menembak sampai ke awan, Kain kuning dibuat baju; Dilambung ombak sampai ke awan, Lancang kuning bertambah maju.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Orang menembak Johor Lama, Asap sampai Johor Bahru; Hajat hati sudah lama, Nak cakap takut malu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Budak menembak tiga sekawan, Sagun berderai di atas tikar; Pesan saya lupalah jangan, Lupalah jangan di dalam sedar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Ali menembak berdetus, Bunyi sampai tepi madrasah; Nampak genting tidak putus, Dengar berderak tidak patah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Bulan terang menembak camar, Camar ditembak celah batu; Budak berdua memang dilamar, Tidaklah adik abang malu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak raja turun menembak, Bunyi berdentum patah pedati; Tenggelam timbul dilambung ombak, Kalau tak karam balik ke tepi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tuan haji berbaju jubah, Turun ke padang menembak rusa; Tuan mengaji memuji Allah, Tuan sembahyang mengampun dosa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Datang cikgu menanam kacang, Ditanam oleh anak sekolah; Hendak menembak burung terbang, Burung terbang terlampau payah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas