Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tepat (adjektif)
Bersinonim dengan betul, benar, sah, sahih, jitu, positif, tidak salah;,
Kata Terbitan : bertepatan, menepati, ketepatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
closing datetarikh akhirKomunikasiKorporatTarikh yang ditetapkan oleh pihak media terhadap pengiklanan bagi menyerahkan salinan terakhir pengiklanan untuk dimasukkan ke dalam sesuatu masa siaran atau isu penerbitan. Ketepatan masa penyerahan salinan amat perlu bagi memudahkan kerja terakhir penyiaran atau penerbitan iklan. Hal ini kerana sekiranya pihak pengiklanan tidak menepati masa atau berlaku kelewatan penghantaran salinan, maka pihak agensi penyiaran atau penerbitan boleh melakukan penggantian kandungan siaran atau penerbitan dengan kandungan yang lain.
quality controlkawalan mutuPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah, tindakan dan peraturan yang dibuat ke atas sesuatu produk atau perkhidmatan untuk menjamin piawaian yang standard dipenuhi. Kawalan mutu merangkumi beberapa aspek utama seperti memastikan produk yang tinggi mutunya, pengawasan dan pemantauan yang rapi, ciri-ciri pembungkusan yang menarik, pengagihan produk yang cekap, bersih, serta menepati masa, kecekapan menyediakan perkhidmatan dan keterbukaan menerima maklum balas. Kawalan ini penting bagi memastikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dapat memberi kepuasan kepada para pengguna atau pelanggan, di samping membentuk imej organisasi yang kukuh dan cemerlang. Kawalan mutu yang berkesan bukan sahaja dapat memberikan pulangan yang baik tetapi juga dapat memastikan kekukuhan dan kemantapan organisasi.

administrative culturebudaya pentadbiranPentadbiranTiadaSatu set kesefahaman atau cara bekerja yang dikongsi bersama oleh anggota dalam sesebuah organisasi. Amalan ini dipengaruhi oleh norma, nilai, latar belakang, kepercayaan serta latihan organisasi atau masyarakat tersebut. Contohnya, etika kerja masyarakat di Jepun dan Korea Selatan yang telah diterapkan melalui Dasar Pandang ke Timur. Etika kerja dan slogan ini diperkenalkan dengan tujuan untuk mengubah budaya kerja dan tingkahlaku kakitangan kerajaan seperti pengenalan kad perakam waktu bagi memupuk budaya menepati masa.
cultural issuesisu budayaPentadbiranPentadbiran Awam

Perkara atau persoalan utama yang wujud berkaitan dengan cara hidup, nilai sosial, adat resam, tradisi, kepercayaan, tingkah laku dan persekitaran dalam masyarakat. Persoalan ini boleh wujud dalam pelbagai rupa dan bentuk yang mempengaruhi persekitaran kerja dan pengurusan organisasi. Isu budaya turut mempengaruhi kualiti kehidupan individu dan juga anggota masyarakat. Dalam konteks perkhidmatan awam, isu budaya sering dilihat dalam bentuk kegagalan menepati masa, lambat bertindak, tidak mesra pelanggan dan protokol yang keterlaluan.

persuasionpemujukanKomunikasiKorporatProses mempengaruhi khalayak yang dilakukan secara sedar untuk memastikan berlakunya perubahan emosi, pandangan, sikap, nilai, keyakinan, kepercayaan, dan perlakuan khalayak berkenaan. Proses tersebut dilakukan dalam tiga keadaan utama. Pertama, apabila sesebuah organisasi mengalami krisis komunikasi. Kedua, apabila organisasi secara mutlak berfungsi sebagai agen pemujukan. Ketiga, apabila organisasi yang terlibat mempromosikan sesuatu acara, barangan, dan perkhidmatan. Kaedah pemujukan boleh dilakukan dengan menyalurkan mesej dalam medium terpilih seperti komunikasi antara perseorangan, komunikasi kumpulan kecil, komunikasi awam, dan media massa. Mesej bersifat pemujukan dicipta dan diolah secara strategik dengan mengambil kira pemilihan perkataan, ayat, audiovisual, warna, masa, tempat, keadaan, dan sebagainya bagi menepati latar belakang dan keperluan khalayak sasaran. Matlamat akhir proses pemujukan adalah untuk mewujudkan kesan perubahan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Proses pemujukan biasanya menggunakan pendekatan pemikat lucu, pemikat perasaan, dan pemikat berganjar.

Kembali ke atas