Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.cau] | مڠاچاو

Definisi : 1. menggaul sampai berkacau, mengaduk: ~ air kopi; 2. menjadikan kacau (tidak teratur, tidak aman, dll), menimbulkan huru-hara (kesulitan dll): ~ ketenteraman; 3. merunsingkan (fikiran, perasaan): ~ fikiran; anaknya ~ hatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.cau] | مڠاچاو

Definisi : mengigau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.cau] | مڠاچاو

Definisi : 1 membancuh atau menggaul sesuatu sampai bercampur betul; mengaduk: Bapa menolong emak ~ dodol. 2 menimbulkan huru-hara; mengharukan (negeri); mengganggu keamanan dll: Negeri Melaka sedang dikacau pencuri. 3 menyebabkan fikiran (perasaan dll) menjadi tidak tenteram; mengusutkan: Kenangan itu sering ~ fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kacau
1. Bersinonim dengan kusut
( bercampur aduk, tunggang-langgang, bercelaru, tidak teratur, kalut, tidak tersusun, tidak tertib, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kemas

2. Bersinonim dengan gaul
( karih, karau, aduk, baur, campur, kacuk, timbuk, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan gelisah
( bingung, buncah, rusuh hati, )
(adjektif:)
Berantonim dengan tenang

4. Bersinonim dengan huru-hara
( haru-biru, gempar, gawat, honar, rusuh, ribut, heboh, kecoh, tidak tenteram, tidak aman, )
(adjektif:)
Berantonim dengan tenteram

Kata Terbitan : berkacau, mengacau, mengacaukan, kekacauan, pengacau,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
churningpenggodakanPentadbiran PerniagaanTiadaProses mengacau, memukul atau mengocak cecair susu atau krim untuk membuat mentega.
agitationpengadukkanKejuruteraanKejuruteraan MekanikProses mengacau atau menggaul bahan secara manual atau menggunakan alat mekanikal untuk menghasilkan sebatian atau campuran yang homogen. Dalam kes aerosol, proses mencampur menggunakan aliran udara, antara bahan tersebut ialah konkrit, arang batu, pasir dan logam cair.
roddingmerodokKejuruteraanKejuruteraan BangunanProses mengacau konkrit yang masih baru dengan menggunakan penggetar bagi menghilangkan gelembung udara daripada campuran konkrit.
solid spoonsenduk bujurPentadbiran PerniagaanTiadaSenduk untuk mengacau cecair atau mengangkat bahan makanan.
sauce ladlesenduk kuahPentadbiran PerniagaanTiadaAlat untuk mengacau dan menceduk kuah.
ladlesenduk; centongPentadbiran PerniagaanTiadaSenduk: Alat untuk mengacau kuah, sup, sos dan bahan cecair.
agitatorpengaduk/pemutarKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat yang digunakan untuk mengacau atau menggetar dengan cara memastikan pepejal, cecair dan gas dalam cecair sentiasa bergerak dan bercampur dengan seragam.
gravy ladlesenduk kuahPentadbiran PerniagaanTiadaSenduk untuk menceduk kuah atau mengacau kuah semasa memasak.
puddlingpengacauanKejuruteraanPetroleumDalam kerja-kerja penilaian simen, ungkapan ini bermakna mengacau atau mengocakkan buburan simen yang terdapat di dalam acuan dengan menggunakan batang pengacau. Tujuannya ialah untuk mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang terdapat dalam simen tersebut. Dalam praktik lapangan, ungkapan “pengacauan” bererti melakukan gerak maju, mundur atau pemutaran selongsong semasa atau setelah operasi penyimenan dilakukan.
roddingmerodokKejuruteraanTiada1. Melegakan atau mengnyah sumbatan saliran dengan menggunakan rod saliran.,2. Proses mengacau konkrit yang masih baru dengan menggunakan penggetar bagi menghilangkan gelembung udara daripada campuran.
12

Kembali ke atas