Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngak.sés] | اکسيسوري

Definisi : mendapat atau memperoleh akses kpd sesuatu (fail komputer, data, maklumat dsb): sistem itu akan membolehkan pengguna ~ data dgn lebih mudah dan cepat; dgn cara ini dapatlah murid-murid ~ buku dgn menggunakan kad pintar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngak.sés] | اکسيسوري

Definisi : dpt mencapai, memperoleh atau menggunakan data atau maklumat dlm komputer: Sistem itu akan membolehkan pengguna ~ data dgn mudah dan cepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengakses


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana cara mengakses bahan OPACSaudara boleh melayari Laman web DBP di bawah kategori Katalog Awam Dalam Talian ( KAWAT ) ( OPAC - Online Public Access Catalog ) untuk tujuan tersebut. Lain-lain21.04.2010
kenapa saya tidak boleh mengakses sistem data korpus secara online dalam laman wen dbp

Saudara,

Untuk mengakses sistem tersebut sila hubungi Bahagian Sistem Maklumat, Dewan Bahasa dan Pustaka, di alamat sulaiman@dbp.gov.my. atau rajabi@dbp.gov.my.

Lain-lain07.10.2009
Salam sejahtera, bagaimanakah cara untuk mengakses korpus DBP untuk mencari bahan berkaitan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap?Untuk makluman puan, puan boleh mengakses data korpus DBP melalui laman web PRPM dan klik pada ikon Korpus DBP atau klik pada pautan http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/SelectUserCat.aspx. Bagi pilihan "Penyelidik", puan perlu mendaftar terlebih dahulu, manakala bagi pilihan "Pengguna Awam", puan boleh terus menggunakan korpus DBP selepas bersetuju dengan "Lesen Pengguna Korpus".

Selain itu, puan juga boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 88 yang berkaitan dengan Kata Kerja Tak Transitif.
Lain-lain14.12.2023
Padanan Perkataan1. Daftar sebagai pengguna 1Malaysia ID untuk mengakses portal PDRM. 2. Dafatar sebagai pengguna 1Malaysia ID untuk mengakses portal PDRM secara maksimum. 3. Daftar sebagai pengguna 1Malaysia ID untuk mendapat akses maksimum. pihak tuan boleh memilih salah satu yang difikirkan paling sesuai dan bertepatan dengan maklumat yang ingin disampaikan. sekiranya tidak sesuai, tuan boleh menghubungi saya untuk perbincangan lanjut.Tatabahasa27.08.2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tuan/Puan, Saya mengalami kesulitan untuk mengakses dan memuat turun Borang Perakuan Jabatan yang dilampirkan di dalam sistem E-Pengambilan DBP bagi tujuan permohonan jawatan Pembantu Tadbir.(P/O) N19. Bersama- sama ini dikemukakan tangkap layar yang berkaitan untuk rujukan tuan/puan. Perhatian dan bantuan yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.Pihak kami mengambil maklum berhubung kesulitan puan untuk mengakses dan memuat turun Borang Perakuan Ketua Jabatan dalam sistem e-Pengambilan DBP. Pihak kami telah menyelesaikan masalah teknikal ini. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan jawatan kosong atau sistem e-Pengambilan DBP, puan boleh e-mel ke pengambilan@dbp.gov.my.Lain-lain26.10.2021
Saya cuba untuk mengakses laman jurnalbahasa.dbp.my namun gagal. Adakah laman itu sudah lupus?Selamat ptg:

Laman jurnal bahasa masih diteruskan tetapi buat masa kini terdapat masalah teknikal. Pihak DBP sedang mengenal pasti masalah tersebut. Harap maklum.
Lain-lain31.10.2016
Assalamualaikum, Saya mengalami masalah untuk mengakses PRPM melalui pelayar sesawang telefon pintar saya. Adakah ketergendalaan ini sementara sahaja?Kami menjangkakan masalah tersebut hanya sementaara kerana melalui uji cuba yang kami buat kami laman web berkenaan boleh diakses seperti biasa.Lain-lain26.08.2017
Assalam, Saya sedang menggunakan Korpus DBP ( Penyelidik ) sejak pagi tadi. Namun selepas kira-kira jam 12 tengahari saya tidak dapat mengakses Korpus DBP sehingga kini..mohon jasa baik pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini kerana saya amat memerlukan maklumat dari Korpus DBP ini untuk kajian saya. Sekian, terima kasih.Aduan tuan telah kami kemukakan kepada Bahagian Sistem maklumat, DBP untuk tindakan selanjutnya. Kami berharap tuan boleh mengakses semula Korpus DBP dengan kadar yang segera.Lain-lain10.03.2015
Assalamualaikum. Maaf, kenapa saya tidak boleh mengakses laman web rasmi DBP? Terima kasih.Wassalam, pihak tuan/puan boleh menghubungi nombor telefon yang berikut sekiranya menghadapi masalah untuk akses laman web DBP, iaitu:

03-2147 9389

atau

03-2147 9387

Terima kasih.
Lain-lain10.10.2016
Salam, Saya dari Cheng Ngai. Saya telah mengakses ke laman web ini dan membuat permohonan pada 10/9 iaitu 2 hari lepas tapi masih tidak menerima maklum balas. sila maklumSila hubungi 03-214799691/9609 dan kemukakan nombor pendaftaran untuk semakan segera.Tatabahasa12.09.2014
1234

Kembali ke atas