Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lir] | مڠالير

Definisi : menangkap buaya dgn tali alir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lir] | مڠالير

Definisi : 1. bergerak berterusan (bkn air, cecair, tenaga elektrik, dll): air sungai ~ ke laut; darah ~ keluar drpd luka di kepala­nya; 2. bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit, meleleh (bkn air mata, peluh, dll): air matanya ~ juga dlm suram-suram cahaya; 3. bergerak melalui atau menerusi kawat (bkn arus atau tenaga elektrik); 4. bergerak keluar atau masuk (dr sebuah negara ke negara lain dsb), berpindah banyak-banyak (ke negara atau tempat lain): emas ~ ke luar negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lir] | مڠالير

Definisi : 1 bergerak maju perlahan-lahan (ttg benda-benda cair): Air sungai ~ ke laut. 2 bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit (spt air mata dll); meleleh: Peluhnya ~ membasahi bajunya. 3 bergerak melalui atau menerusi kawat (ttg tenaga elektrik). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalir

Puisi
 

Sungai Apu air mengalir,
     Tempat orang menuba ikan;
Adik ke hulu abang ke hilir,
     Sama-sama tolak belakang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Dari telaga yang jernih,
     tak akan mengalir air yang keruh.

Bermaksud :

Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengalirme.nga.lirLain-lain23.04.2008
Yang manakah betul? 1) Pelajar itu dikejarkan ke hospital kerana luka di kakinya tidak berhenti mengalir atau: 2) Pelajar itu dikejarkan ke hospital kerana luka pada kakinya tidak berhenti mengalir
Jawapan yang betul:

Pelajar itu dikejarkan ke hospital kerana luka pada kakinya tidak berhenti mengalir
Tatabahasa09.01.2019
Air jernih mengalir ke/di pipi?Jawapan yang betul ialah Air jernih mengalir ke pipi.Lain-lain17.03.2010
Yang manakah ayat berikut lebih tepat ? Saya tidak pasti guna meleleh atau mengalir lebih sesuai bagi air liur. (1) Air liur saya mengalir tidak berhenti-henti apabila terhidu bau durian yang wangi. (2) Air liur saya meleleh tidak berhenti-henti apabila terhidu bau durian yang wangi.Perkataan yang sesuai ialah meleleh.Tatabahasa26.08.2014
Apakah maksud kata hikmah ini“membantu orang lain dengan harta,adalah perbuatan yang mulia.Membantu orang lain dengan ilmu,bagi sumber air mengalir terus.”?

Dari sudut ajaran Islam “membantu orang lain dengan ilmu, bagai sumber air mengalir terus” bermaksud ilmu yang baik dan bermanfaat yang diajarkan oleh seseorang kepada orang lain selagi ilmu tersebut diamalkan/dimanfaatkan, orang yang mengajarkan ilmu tersebut akan mendapat pahala yang berterusan.

Makna25.07.2021
Untuk bahagian badan, seperti kepala, kaki, mulut, jantung dsb, kata sendi yang betul ialah 'dari' atau 'daripada'? Contohnya: 1. Air liur mengalir keluar dari/daripada mulutnya. 2. Saya memohon maaf dari/daripada hujung kepala ke hujung kaki. 3. Darah dipam keluar dari/daripada jantung ke seluruh badan.1. Air liur mengalir keluar daripada mulutnya.
2. Saya memohon maaf dari hujung kepala ke hujung kaki.
3. Darah dipam keluar daripada jantung ke seluruh badan.
Kata sendi nama "dari" digunakan bagi menunjukkan arah, tempat dan masa. Kata sendi nama "daripada" digunakan bagi menunjukkan sumber atau perbandingan.
Tatabahasa19.06.2015
Pak Rahim (mengesat) peluh yang mengalir di dahinya semasa dia bertungkus-lumus di sawah padi. Mengapakah kita tidak boleh menggunakan "mengelap" ?
  • mengesat

    1. menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll);
  • mengelap

    menyapu atau mengeringkan dgn kain lap dll, menyeka: dia berdiri seketika, kemudian ~ dahinya; tidak mengapa tumpah sedikit saya boleh lap;
  • Berdasarkan  makna yang diberikan di atas, apabila dipadankan dengan contoh ayat , menunjukkan kedua-dua kata tersebut boleh digunakan, namun yang lebih tepat dan biasa digunakan ialah mengesat.

    Makna02.10.2009
    Pak Rahim ____ peluh yang mengalir di dahinya semasa dia bertungkus-lumus di sawah padi. A memerah B mengelap C mencuci D mengesat Apakah jawapan yang betul dalam soalan ini. Terima Kaish.Jawapan yang betul ialah:  D. mengesatLain-lain29.09.2009
    air matanya meremang sewaktu melihat jenayah isteri dan anak kecilnya. soalan saya ialah mengikut kamus dewan edisi ketiga, maksud meremang kedua ialah mengalir perlahan-lahan, meleleh, bersimbah (peluh). bolehkah meremang bagi pernyataan di atas. air mata boleh digunakan?Air matanya meremang sewaktu melihat jenayah isteri dan anak kecilnya. Maksud meleleh atau bersimbah peluh tidak lazim digunakan untuk meremang, makna yang lazim ialah tegak atau berdiri (bulu badan atau roma), kata lainnya seram. Oleh itu kata meremang tidak sesuai digunakan dalam ayat itu, yang betul ialah "Air matanya mengalir sewaktu melihat jenazah isteri dan anak kecilnya"Tatabahasa22.06.2008
    Mengapa ayat-ayat yang berikut salah? 1. Ali yang benar bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu milik Pak Ali yang benar. 3. Fius berfungsi memutuskan elektrik apabila voltan yang mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosam. 4. Adik sering berlawan cakap kakak apabila kakak memarahinya. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan yang kaya sentiasa dikenang. 6. Menjadi gila anak-anak muda dengan nyanyian lagu artis popular itu. 7. Penyair terkenal itu mendendangkan syair hasil nukilan sasterawan negara.

     
    Berikut ayat yang telah dipinda.

    1. Ali yang  bersalah dalam pergaduhan itu.
    2. Tanah itu sebenarnya milik Pak Ali.
    3. Fius berfungsi mematikan aliran elektrik apabila voltan mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosak.
     4. Adik sering melawan cakap kakak apabila dimarahi.
    5. Sudah menjadi lumrah kehidupan, yang kaya sentiasa dipuji.
    6. Nyanyian lagu artis popular itu menjadi kegilaan anak-anak muda.
    7. Penyair terkenal itu mendeklamasikan syair hasil nukilan sasterawan negara.

    Tatabahasa19.07.2013
    123

    Kembali ke atas