Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lir] | مڠالير

Definisi : menangkap buaya dgn tali alir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lir] | مڠالير

Definisi : 1. bergerak berterusan (bkn air, cecair, tenaga elektrik, dll): air sungai ~ ke laut; darah ~ keluar drpd luka di kepala­nya; 2. bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit, meleleh (bkn air mata, peluh, dll): air matanya ~ juga dlm suram-suram cahaya; 3. bergerak melalui atau menerusi kawat (bkn arus atau tenaga elektrik); 4. bergerak keluar atau masuk (dr sebuah negara ke negara lain dsb), berpindah banyak-banyak (ke negara atau tempat lain): emas ~ ke luar negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lir] | مڠالير

Definisi : 1 bergerak maju perlahan-lahan (ttg benda-benda cair): Air sungai ~ ke laut. 2 bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit (spt air mata dll); meleleh: Peluhnya ~ membasahi bajunya. 3 bergerak melalui atau menerusi kawat (ttg tenaga elektrik). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalir

Puisi
 

Sungai Apu air mengalir,
     Tempat orang menuba ikan;
Adik ke hulu abang ke hilir,
     Sama-sama tolak belakang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Dari telaga yang jernih,
     tak akan mengalir air yang keruh.

Bermaksud :

Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tengkok, *tengkuk* Ibsejenis pokok memanjat, buahnya dimasak lama kemudian direndam dalam air yang mengalir sebelum dimakan untuk membuang racunnya.Bahan-bahan yang diperlukan dalam proses ngembun ialah kunyit, halia, minyak kepayang, buah tengkok, garam mengkudu atau garam nipah, buah kepayang dan kulit buah langir.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
temuai MSrsejenis perahu.Sampai di tepian, Batang Nyabur sedang menolak arus surutnya. Air mengalir agak laju ke hilir. Di tebing yang ketohoran tetapi masih basah itu, kelihatan beberapa buah perahu jenis temuai yang tersadai melintang-pukang.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ilang II Ib, Kn, Khsejenis parang, matanya rata pada satu bahagian dan melengkung pada bahagian yang lain, hulunya bercabang, biasanya digunakan untuk ngayau.Pada ilang, darah masih mengalir jatuh ke dalam lubang.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas