Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lir] | مڠالير

Definisi : menangkap buaya dgn tali alir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lir] | مڠالير

Definisi : 1. bergerak berterusan (bkn air, cecair, tenaga elektrik, dll): air sungai ~ ke laut; darah ~ keluar drpd luka di kepala­nya; 2. bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit, meleleh (bkn air mata, peluh, dll): air matanya ~ juga dlm suram-suram cahaya; 3. bergerak melalui atau menerusi kawat (bkn arus atau tenaga elektrik); 4. bergerak keluar atau masuk (dr sebuah negara ke negara lain dsb), berpindah banyak-banyak (ke negara atau tempat lain): emas ~ ke luar negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lir] | مڠالير

Definisi : 1 bergerak maju perlahan-lahan (ttg benda-benda cair): Air sungai ~ ke laut. 2 bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit (spt air mata dll); meleleh: Peluhnya ~ membasahi bajunya. 3 bergerak melalui atau menerusi kawat (ttg tenaga elektrik). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalir

Puisi
 

Sungai Apu air mengalir,
     Tempat orang menuba ikan;
Adik ke hulu abang ke hilir,
     Sama-sama tolak belakang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Dari telaga yang jernih,
     tak akan mengalir air yang keruh.

Bermaksud :

Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
influentinfluenGeologiTiada1. Sungai permukaan yang mengalir ke tasik, atau sungai atau cabang sungai yang mengalir ke sungai yang lebih besar.,2. Sungai yang mengalir ke dalam gua.
effluentefluenGeologiTiada1. Sungai permukaan yang mengalir keluar dari tasik, atau sungai atau cabang sungai yang mengalir keluar dari sungai yang lebih besar.,2. Air kumbahan yang mengalir keluar dari suatu reservoir atau loji pembersih.
intermittent streamsungai bermusimKejuruteraanPetroleumSungai yang mengalir hanya pada masa tertentu bergantung pada punca air yang terlibat dan pada masa yang lain ia tidak mengalir atau kering. Misalnya ia akan mengalir pada musim hujan dan berhenti pada musim kemarau atau mungkin kering untuk jangka masa tertentu.
leakage curentarus bocorFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanArus diingini yang mengalir menerusi atau melintasi permukaan bahan penebat. Arus terus yang mengalir menerusi bahan dielektrik lemah di dalam kapasitor. Arus ulang-alik yang mengalir melalui suatu rektifier dengan tidak terektifikasi (tidak menjadi arus terus).
coulombcoulombTeknikElektrik1. Unit bagi kuantiti elektrik (cas elektrik) yang mengalir ke dalam litar. Satu coulomb sama nilainya dengan satu ampere arus elektrik yang mengalir selama satu saat. 2. Cas elektrik yang mengalir di dalam litar yang mempunyai rintangan satu ohm, selama satu saat dengan tekanan satu volt.
tidal currentarus pasang surutPerikananTiadaArus yang mengalir ke kawasan pesisiran pantai semasa air pasang dan mengalir keluar semasa air surut. Arus pasang surut berlaku akibat daya tarikan graviti bulan dan matahari terhadap bumi serta putaran bumi. Arus ini kadangkala berkelajuan sehingga 20 km/jam atau 10 knot dan berbahaya semasa mengalir melalui terusan yang sempit ke kawasan teluk yang besar atau ke pelabuhan.
running waterair mengalirGeografiTiadaAliran bertumpu atau tidak bertumpu yang mengalir di permukaan bumi.
rectifierrektifierFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanKomponen litar tak linear yang membenarkan arus untuk mengalir lebih pada satu arah berbanding dengan arah yang lain. Secara unggul komponen tersebut membenarkan arus mengalir pada satu arah tanpa halangan tetapi tidak membenarkan arus untuk mengalir pada arah yang berlawanan.
leakage currentarus bocorTeknikElektrikarus yang mengalir tidak pada laluan yang sepatutnya, seperti arus yang mengalir ke bumi apabila bahagian hidup litar dengan bahagian bumi bersentuhan.
fluidbendalirKimiaTiadaJirim yang boleh mengalir dan tidak mempunyai bentuk tetap. Sifatnya yang penting ialah kebolehannya untuk mengalir di dalam saluran atau tiub. Bendalir terdiri daripada dua jenis, iaitu cecair dan gas. Air dan oksigen merupakan bendalir, tetapi air ialah cecair sementara oksigen pula ialah gas.
12345678910...

Kembali ke atas